Pages

Friday, October 7, 2011

Kita kawan sahaja ok

Baru-baru ini ada kawan lama tegur aku kat FB. Mula-mula aku agak ragu-ragu sebab tiba-tiba sahaja mamat ni nak tegur aku. Ok fine..aku layan je lah sebab dia adalah kawan lama aku. Oh ya..dulu masa sekolah pernah jadi scandal.  Konon-konon aku nak mengimbas kembali kenangan lama, masa muda-muda dulu. Hahaha!

Tengah seronok layan mamat ni, mulalah keluar ayat yang aku tak suka dengar. Bukan ayat-ayat cinta tapi ayat-ayat yang berbau unsur-unsur mengajak aku buat bisnes.

Damn!! Aku dah agak! Aku dah banyak kali kena. Konon nak tolong orang..nak majukan bangsa. Bukan aku tak nak tolong orang tapi aku tak suka sesuatu persahabatan dicampur aduk dengan agenda sendiri umpama ada udang di sebalik mee. Kenapa tak boleh kita cuma kawan sahaja? Susah sangat ke?

Ini adalah perbualan antara aku dengan mamat tu:

Aku: saya bersyukur dengan apa yang ada. 
(kadang-kadang juga ada masa kering dan terpaksa tunggu gaji baru masuk)

Mamat ni masih tak puas hati dengan jawapan aku.

Mamat: betul cakap awak tapi kalau awak ada peluang nak tolong orang dengan lebih banyak, apa salah nya kan?

Ish mamat ni, geram pula aku dibuatnya.

Aku: yang penting kita ikhlas. tak kiralah berapa banyak kita nak tolong. 

Mamat tu mula bebel macam-macam dan aku mula malas nak layan. Apa lagi, aku terus keluar daripada FB. Rasakan! 

Sorrylah ya mamat. Aku memang malas nak layan orang yang ajak masuk apa-apa bisnes. Aku tahu niat kau baik tapi lebih baik kau cari orang lain. Jangan habiskan masa kau untuk pujuk aku. 

p/s: i'm happy with my life. ok?

No comments:

Post a Comment