Pages

Sunday, October 23, 2011

Kota Kinabalu part 2

Mari kita sambung pula cerita hari kedua di Kota Kinabalu. Selepas breakfast, terus jalan-jalan ke Pasar Tamu Gaya Street. Ada macam-macam jual kat sini, sebut sahaja apa nak. Kalau kat Temerloh, lebih kurang macam Pekansari. Pasar Tamu ini bermula pukul 6.30 pagi sampai 1 tengahari. Apa 6.30 pagi? 6.30 pagi di sana memang cerah macam pukul 7.30 pagi kat sini.  





  

  

Tak beli apa-apa sangat cuma beli sedikit fridge magnet dan keychain untuk dibawa sebagai ole-ole. 

Destinasi seterusnya ke Jesselton Point Waterfront untuk island hoping. Kami pilih untuk melawat 3 pulau iaitu Pulau Sapi, Pulau Manukan dan Pulau Mamutik dengan menyewa 1 bot dengan harga RM350. Ada bayaran lagi murah sebenarnya tapi yang tak syoknya kena kongsi dengan orang lain. Kalau sewa 1 bot terus, ada privacy sikit dan tak perlu nak tunggu orang lain pula. 

Antara ketiga-tiga pulau tu, yang paling best adalah Pulau Sapi. Bayaran masuk pulau dikenakan sebanyak RM3 dan tiket bayaran perlu disimpan. Kalau tak, kena bayar lagi kalau pergi pulau lain. Kiranya bila kita bayar sekali adalah juga untuk bayaran masuk untuk pulau lain. 

Pulau Sapi.

Pulau Manukan.

Pulau Mamutik. 

Pukul 4 lebih balik semula ke Marina Court untuk rehatkan diri. Banyak penat woo!! 

Pukul 6.30 petang siap sedia untuk makan makan. Destinasi makan-makan kami adalah Seafood Restaurant, Kg Salut yang terletak lebih kurang setengah jam dari pekan Kota Kinabalu dan ini adalah hasil tangkapan untuk makan malam kami. 

Amik kau! Kalau tak puas makan seafood, aku tak tau nak cakap apa lagi. 

p/s: sambung pula hari ketiga..boleh nampak puncak gunung kinabalu.

1 comment:

  1. salam. saya nak tanya pasal island hopping di KK. saya akan ke sana tak lama lagi tapi cuma utk 3 hari saja dan cadang nak island hopping pada hari ketiga. flight balik ke kl pulak pada pukul 4 setengah ptg. sempat tak island hopping waktu pagi tu?

    sila email saya.
    kkaigoku87@yahoo.com

    Tq.

    ReplyDelete