Pages

Wednesday, November 9, 2011

Perbelanjaan di Kota Kinabalu

Ada juga yang bertanya berapa belanja habis melancong ke Kota Kinabalu. Hmmm..nak kata banyak tu taklah  cuma bernasib baik masa beli tiket memang murah. Tak salah aku, perbelanjaan untuk seorang (tiket pergi balik KL-KK, hotel, transportation) lebih kurang RM500 sepanjang 4 hari 3 malam di sana. 


Untuk pengetahuan semua, belanja makan, island hopping dan beli cendermata tak termasuk sebab ia mengikut kemampuan masing-masing. Rasanya aku banyak habis kat makanan...tengok seafood memang boleh bikin hati tak senang. Kat sini mana nak cari seafood yang fresh dan murah!

Perincian perbelanjaan di Kota Kinabalu (nota: bahagikan untuk 6 orang dewasa)

1. Marina Court RM300/malam (2 malam)
-RM600 (RM100/seorang)

2. Transportation-van nissan urvan 11 seater (termasuk driver dan minyak)
-RM1,200 sepanjang berada di Kota Kinabalu (RM200/seorang)

3. Hasah Homestay di Kundasang (1 malam)
-RM70/bilik (RM35/seorang)

4. Tiket pergi balik KL-KK (termasuk cukai dan beg. beli tiket masa harga promosi)
-RM122/seorang

Jumlah perbelanjaan seorang di Kota Kinabalu untuk 4 hari 3 malam ialah RM457. 

Amacam? Siapa cakap bercuti ini memerlukan perbelanjaan yang banyak? Kena rajin survey dan tanya kat kawan-kawan pasal tips pengalaman bercuti mereka. Kalau nak senang, boleh je ambil pakej tourist guide tapi selalunya mereka akan caj mahal sedikit. Untuk maklumat lebih lanjut, aku ada sertakan dalam page post, Mari Bercuti!


p/s: berbelanja secara bijak.

2 comments:

  1. nur taqiy homestay kota kinabalu pun best gak. especially utk yg gi ramai2. service tip-top! b'patutan pulak tuh!

    ReplyDelete
  2. thanks for the info. next time ke kota kinabalu boleh stay sana pula.

    ReplyDelete