Pages

Thursday, April 19, 2012

Melancong ke Pulau Langkawi 14-16 April

Aku tak pasti dah berapa kali aku ke Pulau Langkawi. Kalau tak salah aku mahu dekat 10 kali rasanya aku ke sana. Ramai orang dok tanya kenapa aku suka sangat pergi Pulau Langkawi? Aku suka sebab tempatnya aman  dan damai. Penduduk dia baik dan peramah. Tak ada alasan kenapa aku tak boleh suka dengan Pulau Langkawi. Dah memang aku suka ke Pulau Langkawi. (rasa-rasa ada harapan tak nak jadi duta Pulau Langkawi?)

Ok.. back to the trip. Trip ke Pulau Langkawi pada 14-16 April. Sekejap je ke sana untuk lepaskan rindu. Trip kali ini aku pergi berdua dengan adik bongsu aku. Sepanjang berada di Pulau Langkawi, kami menginap di Fave Hotel. Hotel ni baru je beroperasi pada November 2011. Baru juga lah hotel ni. 

Fave Hotel yang terletak di Pantai Chenang. 





Rekaan hotel yang moden dan simple. 


Tak ada almari dan peti sejuk. Penggunaan perabot yang sangat minima dan bilik yang compact. 

Ambil kereta nissan latio dengan kadar sewa RM100/malam. Bila lagi nak rasa bawa kereta macam ni?

Hari dah malam, kena cari tempat makan dulu. Di kawasan Pantai Chenang ni, aku suka makan kat kedai Hj. Ramli dari dulu lagi. 




Pilih sahaja apa yang berkenan di hati. Ada ketam, udang, sotong, ikan dan banyak lagi. 

Hari kedua, destinasi seterusnya adalah ke Cable Car. Aku dah naik 4 kali rasanya. Masa mula-mula naik gayat juga tapi lama-lama oklah. 

Bayaran masuk RM12 seorang untuk pemegang Mykad. 

Ramai juga yang nak naik cable car. Beratur dulu ya. 

Cable car dah sampai. 

Pemandangan dari dalam cable car. 

Dah nak sampi ke kemuncak. Tebalnya kabus. 

Kalau hari cerah, boleh nampak macam-macam.

Sayang..masa kami sampai kabus sangat tebal. Tak nampak apa-apa kat atas. 

Muka orang yang sangat sedih tak dapat nak tengok apa-apa. :(

Jangan tak tahu, ada peti surat kat puncak cable car. 

Destinasi seterusnya ke Tanjung Rhu. Antara banyak-banyak pantai di Pulau Langkawi, pantai paling cantik terletak di Tanjung Rhu. Lagi best kalau dapat minum air kelapa (orang Langkawi panggil ayaq nyoq) dengan laksa. Memang terbaik!!!

Rasa nyaman berada di sini sambil ditiup angin. Perrggh! Layan beb. 

Selain daripada pemandangan yang cantik, Pulau Langkawi juga adalah tarikan membeli belah. Kakak-kakak dan makcik-makcik boleh jadi gila tengok pinggan mangkuk dan periuk dijual dengan harga murah. Memandangkan tujuan aku ke Pulau Langkawi bukanlah nak shopping, aku cuma tengok gelagat mereka sahaja. 

Jangan lupa singgah ke Idaman Suri terletak di Kuah. Syurga membeli-belah. Bangunan dia dah besar!

Hasil tangkapan di Kuah. (ini kau cakap tak plan nak shopping?) Hahaha!

Hari ketiga lebih kepada aktiviti santai. Lepas check out, kami round-round 1 Langkawi sebab flight balik ke LCCT pukul 10.40 malam. 





Masa aku round-round, aku discover 1 tempat yang aku anggap bersejarah. Nak tahu apa dia? Ia adalah peninggalan jalan yang dibina daripada marmar asli. Aku tak pasti tempat dia di mana tapi dekat-dekat dengan Makam Mahsuri. Ada dibiarkan sedikit jalan asli untuk makluman orang ramai. Ooohh inilah rupanya jalan asli sebelum tar. Kalau tengok dekat-dekat boleh nampak perbezaan jalan asli dengan jalan tar.  



Pukul 8.30 malam dah berada di airport. Siap sedia untuk balik Bangi. Apa yang aku dapat katakan, trip kali ini memang rileks. Terus terang aku tak buat apa plan nak ke mana sepanjang berada di sana. Tak seperti trip sebelum ini, memang plan punyalah lama siap boleh susun nak ke mana. Balik dari Pulau Langkawi, rasa tenang je. Cewaaah! Flight sepatutnya bertolak pukul 10.40 malam tapi lewat. Aku tak pasti pukul berapa bertolak, tahu-tahu sahaja sampai di LCCT pukul 12.20 malam. Mata dah mengantuk. Sampai rumah terus tidur!

p/s: next trip? to Singapore baby!

5 comments:

  1. wahh sewa latio rm100 je semalam?? giler murah..

    ReplyDelete
  2. Hotel tu kalau stay sehari brpe ye?

    ReplyDelete
  3. saya tak pasti berapa sebab masa book sekali dengan flight untuk 2 orang 3hari 2malam, harganya RM258 (tak termasuk beg). cuba cek kat airasiago.com.

    ReplyDelete
  4. Salam sesiapa yg ingin melancong ke Pulau Langkawi. Homestay Hasfary boleh menjadi pilihan anda :)
    Terletak di tempat yg strategik iaitu BETUL2 BERADA D TGH PEKAN KUAH..
    ~ 3bilik full aircond, pantry , ruang tamu
    ~Hanya berada di hadapan bangunan Haji Ismail Group so nk p Haji Ismail group leh jalan kaki jew
    ~Berdekatan dengan kedai makan hanya bersebelahan sahaja
    ~ Dekat dengan Maybank, Cimb , Bank Islam dan Agro Bank.
    ~ kalau dtg hari RABU n SABTU leh p Psar Malam jln kaki jew..
    ~ Tiap-tiap mlm lorong Maybank ada uptown leh cuci-cuci mata.
    Semalam hanya rm250 sahaja!!! tp kalau ambik lebih dr semalam leh kurang lg .. jgn risau.. hihiiii
    Mai2 pm cepat sementara msih ada kosong..
    P/s : Kalau ambik homestay ngan kami n anda nk mangrove tour n island hopping automatik anda akan dpt harga yg sngt istimewa .. contact saya 0134569984 ana

    ReplyDelete