Pages

Sunday, May 6, 2012

Jalan-jalan di Singapura-hari keempat

Kita sambung balik cerita di Singapura. 

Memandangkan conference habis awal, ingat nak jalan-jalan sekejap. Kebetulan ada pameran Titanic di Art Science Museum, ok juga kalau nak tengok ni. Pada masa yang sama, pameran Titanic berakhir pada 29 April (tinggal beberapa hari sahaja masa tu), menambahkan lagi semangat aku. Harga tiket ialah SGD23 dan tambah SGD10 untuk naik Skypark Marina Bay Sand.



Alamak ramai pula nak tengok pameran Titanic ni. Hmmm..beraturlah dulu.


Antara barang-barang peninggalan yang dijumpai dalam kapal Titanic.



Seterusnya kami terus ke Skypark Marina Bay Sand. Nampak je dekat dengan Art Science Musuem tapi jauh juga nak menapak. Dari bawah nampak macam sampan yang terapung. Untuk sampai ke atas tu, naik lif ke tingkat 56. 


Boleh nampak 1 bandar Singapura. Control senyum tapi masa ni tengah gayat. Nasib baik masa naik dah malam, kalau tak, lagi gayat! Banyak tinggi woo!!


Cantik sangat masa ni. 

Puas jalan-jalan, perut pula minta diisi. Makan di Makansutra Gluttons Bay. Di sini memang banyak gerai tapi cuma ada 3 gerai yang halal. 



Inilah 3 gerai yang halal.

Makanan kami pada malam itu.
Kue tiow goreng (warna merah)

Nasi goreng ayam.

Sate ayam dan daging.

Perut dah kenyang, makan pun sudah, apa lagi tidurlah. Hehehe..

p/s: sambung hari kelima pula. 

3 comments:

  1. bestnya dpt tgk barangan peninggalan Titanic... ai peminat tegar titanic mude2 dulu...hehehe

    ReplyDelete
  2. kenapa takleh nak masukkan nama pengkomen eh?? tu kuar anon tu (komen di atas).. ~jiran blakang umah~

    ReplyDelete
  3. ada gambar kapal masa scene hero & heroin titanic depa tangan tu tapi tak amik pun. mahal sangat, kena bayar SGD15. pasal keluar nama anon tu, tak tau pula jadi macam tu.

    ReplyDelete