Pages

Sunday, May 20, 2012

One Love, One Night, Save Lives

Semalam menyaksikan persembahan Francissca Peter One Love, One Night, Save Lives di Ecoba Restaurant & Bar, mengimbas kembali zaman kegemilangan beliau. Boleh katakan aku tahu hampir setiap lagu yang dinyanyikan oleh Fran sebab aku membesar bersama-sama dengan lagu Fran bermula berduet dengan Roy sampailah Fran nyanyi solo. Kelebihan dengan crowd tak berapa ramai, aku dapat rasakan shownya lebih mesra dan rapat. 

Mula-mula aku message Fran yang aku promote event dia kat blog aku. Tak sangka pula dia balas. Pada asalnya aku berbelah bahagi sama ada nak pergi atau tak tengok persembahan Fran tapi bila tengok Fran bersungguh-sungguh ajak aku, terus aku setuju. I'm speechless Fran!  


Ok..cukup intro pasal Francissca Peter. Mari kita tengok apa yang berlaku sepanjang persembahan semalam. 

Pengacara majlis oleh Will Quah. Handsome juga mamat ni. 

Bermula dengan persembahan tarian seksi. Perrggh! So hot. 



Persembahan istimewa daripada Francissca Peter. 

Crowd yang sporting. Boleh nyanyi dan menari bersama-sama.

Banyak juga lagu popular yang dinyanyikan oleh Fran. Antaranya ialah Sekadar di Pinggiran, Si Kunang-kunang, himpunan lagu duet dengan Roy dan banyak lagi. Aku cuba nak upload video tapi tak dapat. Anyway aku share video lagu Si Kunang-kunang untuk tatapan semua. Ok tak?



Sepanjang persembahan selama 3 jam (show mula pukul 9.30 malam), Fran bukan sahaja membuat persembahan malah ada juga aktiviti lelongan untuk diserahkan kepada PT Foundation. PT Foundation adalah sebuah badan kebajikan yang memberi maklumat dan memberi kesedaran yang berkaitan dengan HIV/AIDS dan seksualiti di Malaysia. 

Dapat seat baik punya. 

Bergambar dengan Francissca Peter. Akhirnya dapat jumpa personally! Siap dapat peluk lagi tu. Akak terharu. 

Rasa tak puas tengok persembahan Fran. Kalau boleh nak minta Fran sambung nyanyi lagi tapi apa yang boleh aku buat. Dapat tengok persembahan Fran, dah kira baik. 

p/s: bila dapat jumpa Fran lagi?

4 comments:

  1. salam.. nnt kalau ada show kak fran kat mana2, join lah ye :)

    tak rugi pegi malam tu kan sbb best gilaaa :D

    ReplyDelete
  2. betul mmg best sangat. insyaallah kalau ada show fran, ingat nak join lagi. ada ambil gambar fran masa tu? boleh share?

    ReplyDelete
  3. Ada, tp belum upload lg, tak sempat. Kalau dah upload nnt saya akan share sekali kat fb kak fran :)

    ReplyDelete