Pages

Tuesday, June 19, 2012

Nak kurangkan berat badan

Aku sangat gembira! 

Sebelum ini, aku selalu mengadu berat badan naik. Apa taknya, masuk opis, bukannya buat apa-apa. Duduk sahaja dari pagi sampai petang. Sampai satu masa, bila doktor suruh aku kurangkan berat badan, baru aku sedar. Aku kena buat sesuatu. 


Berkat 20 hari jaga makan, dah nampak kesan positif dan berjaya turun sebanyak 3kg. Pada mulanya memang susah nak sesuaikan diri sebab asyik rasa lapar tapi aku cuba. Tips yang aku amalkan, bila rasa lapar, aku makan epal. Jangan tak makan langsung pula. Itu lagi bahaya. Manalah tahu dibuatnya aku pengsan, siapa yang susah?


3kg sahaja? Ya aku tahu jumlahnya sedikit tapi kalau nak dibandingkan dahulu, nak turun 1kg pun susah. Bagi aku, itu adalah penacapaian terbaik dalam hidup aku. Cewaah!


Bukan itu sahaja, aku dah boleh pakai baju yang dah lama tak pakai. Sekarang semakin banyak pilihan baju untuk dipakai ke opis. Kalau tak, balik-balik baju yang sama sahaja. 

Target aku nak turun 15kg dalam masa 3 bulan. InsyaAllah boleh. 

p/s: nak pakai kebaya masa konvo bulan 10.

4 comments:

  1. Wah 3 kg byk tu.selamat berjaya utk bergaya.hawa

    ReplyDelete
  2. thanks. insyaallah see you this saturday. :)

    ReplyDelete
  3. Tahniah2.. Good starts! Teruskan usaha k. saya pun tengah cuba turunkan berat ni:)

    ReplyDelete
  4. shazwani, jom kita sama2 turunkan berat badan. hehehe...

    ReplyDelete