Pages

Monday, July 30, 2012

Kad raya give away

Masih ada orang lagi ke yang hantar kad raya? Bagi aku, aku masih meneruskan tradisi menghantar kad raya walaupun aku tahu dah ramai tak buat lagi. 

Sempena bulan yang mulia ini, aku nak beri kad raya kepada yang sudi. Jangan lupa sertakan nama dan alamat dan emel kepada mazuriah@gmail.com. Tawaran ini terbuka kepada semua, tak kira di mana anda berada. Cuma ada 5 keping kad raya yang aku ada jadi siapa cepat, dia dapat. 

p/s: masa sekolah dulu, siap lawan siapa dapat kad raya paling banyak. 

Sunday, July 29, 2012

Kasut merah

Aku plan nak pakai kasut merah masa konvo bulan Oktober nanti. Sengaja aku nak tukar style, malas nak pakai kasut yang biasa dan warna gelap. Baju dah ada (warna hijau), tudung pun dah jumpa, cuma tinggal kasut sahaja. Apa? Tak matching? Biarlah...aku suka apa. 

Nak cari kasut yang berkenan memang susah sebab saiz kasut aku yang agak sukar nak cari. Nak buat macamana saiz kasut aku sangat BESAR dan tak semua kedai ada jual saiz istimewa ni. 

Sempat lagi aku cari gambar kasut yang aku berkenan tapi tak tahulah kalau ada saiz aku atau tak. Lagipun tak salah kan kalau nak berangan. Hehehe..



Ada berani ke aku nak pakai boot tu? Errkk??!!

p/s: siapa jumpa kasut merah, beritahu aku ya. 

Saturday, July 28, 2012

Buat projek?


Terkejut akak. Ada juga orang search keywords hotel hotel yang selamatt untuk buat projek di pulau langkawi kat blog aku ni. Cuba klik kat gambar atas ni untuk lebih jelas. Projek apa tu agaknya?

p/s: kena bersangka baik. hehehe...

Wednesday, July 25, 2012

Suraya

Siapa nama Suraya mesti bangga sebab ada kurma nama Suraya. 

p/s: suka dengar lagu Suraya daripada kumpulan Headwind. 

Tuesday, July 24, 2012

Le Creuset-sesi cuci mata

Kali pertama aku tengok periuk Le Creuset masa tengok rancangan memasak Nigella Lawson. Wah cantiknya periuk dia pakai. Mana aku nak cari periuk macam tu? Mulalah aku berangan, adakah masakan aku akan sedap seperti Nigella kalau pakai periuk Le Creuset? Apa yang dia masak, semua nampak sedap. Betul tak?

Suka tengok Nigella. Siapa sangka umur dia dah 50 tahun. She looks great!

Sempat juga aku search harga Le Creuset yang jual di Malaysia. Mak ooi! Mahalnya. Harga sampai 4 angka ya. Oklah, tak dapat beli tapi dapat tengok pun jadilah (pujuk hati, sabar ya)

Mari kita cuci mata. 





p/s: bila agaknya aku dapat beli ya?

Monday, July 23, 2012

Puasa hari ketiga

Jadual bekerja di opis aku sepanjang bulan Ramadhan ada 3 iaitu:

1. 7.30am - 4.30pm

2. 8.00am - 5.00pm

3. 8.30am - 5.30pm

Aku pilih jadual bekerja no. 1 sebab aku nak kejar balik rumah untuk masak juadah berbuka puasa. Selalunya waktu balik 4.30 kereta tak berapa sesak sangat di jalanraya. Lebih kurang pukul 5 petang, aku dah ada kat rumah.

Selalunya untuk juadah berbuka puasa, aku masak yang simple sahaja. Kalau sempat, aku singgah ke bazar Ramadhan untuk beli lauk atau kuih mana yang berkenan. Untuk hari ini, aku masak sup ayam dan rebus telur masin. Ayah siap beli lauk pajeri nenas dengan gulai kawah daging. Adik bongsu aku pula buatkan sambal belimbing istimewa. (aku siap tambah nasi)


Sup ayam. 

Gulai kawah daging. 

Pajeri nenas.

Telur masin. 

Aku tak sempat nak ambil gambar sambal belimbing istimewa sebab dah dekat waktu berbuka. Hehehe.. Kalau ada buat sambal belimbing lagi, aku akan ambil gambar dulu ya. 

Lepas berbuka, terus pergi solat terawih tapi kali ini aku pakat dengan ayah cari surau yang baca surah pendek-pendek. (jahatnya aku) Sebelum ini, aku pernah pergi surau dekat rumah memang baca ayat panjang-panjang sampai naik lenguh lutut aku dibuatnya. Macamana nak dapat berkat bulan Ramadhan ni? 

p/s: banyakkan amal dan ibadah pada bulan Ramadhan. 

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini kita masuk hari kedua berpuasa. Bagaimana puasa setakat ni? Semalam aku tidur sahaja sejak lepas solat subuh. Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Sampaikan ayah aku siap tanya, aku sihat tak? Tanpa buang masa, terus aku bangun dari katil. Lagipun tidur lama-lama pun tak elok. Sepanjang puasa semalam, tak ada apa-apa aktiviti yang aku buat sementara tunggu petang untuk siapkan juadah berbuka puasa sebelah petang. 

Cerita pasal puasa ni, teringat aku masa aku mula-mula belajar puasa. Tak salah aku mula puasa pada umur 8 tahun. Itupun aku sempat puasa 1 hari. Letih sangatlah katakan. Bila umur aku 9 tahun, dapat puasa 1 minggu dan umur 10 tahun, dapat puasa 21 hari. Semakin umur meningkat semakin bertambah aku dapat puasa dan buat kali pertama dapat puasa penuh pada umur 11 tahun. Cewaah! Naik umur 12 tahun dah tak dapat puasa penuh sebab datang bulan. :(


Sepanjang bulan Ramadhan, aku nak sangat makan ayam panggang, murtabak dengan air tebu. Memang terbaiklah kalau dapat makan semua tu. Peliknya masa bulan lain, tak ada pula nak makan macam tu malah pandang sebelah mata pun tak ingin. Itu namanya dugaan dan cabaran. Lebih-lebih lagi masa tengah perut lapar. Semua benda nampak sedap malah orang makan maggi dalam TV pun nampak sedap. Hehehe..(nasib baik tak meleleh air liur)

Bulan Ramadhan kali ini aku cuba nak banyakkan solat terawih. Aku miss terawih pada malam pertama sebab tak sedia apa-apa lagi. Alhamdulillah malam semalam aku pergi dan sempat buat 8 rakaat sahaja. Lutut sakit. (tanda-tanda dah tua) InsyaAllah malam ni aku pergi solat terawih. 


p/s: selamat berpuasa. hadapinya dengan sabar dan tenang. 

Tuesday, July 17, 2012

Jamuan potluck 3 dalam 1

Ada jamuan potluck pagi tadi (habis lari diet aku hari ni) sempena mengalu-alukan kehadiran staf baru, ucap selamat tinggal kepada staf dan menyambut bulan Ramadhan. Ada macam-macam makanan yang ada tapi ini sahaja yang aku sempat ambil gambar. 


Apple pie

Cream puff dan coklat ball

Carrot cake (aku yang bawa)

Telur rebus 1 papan (makan dengan nasi lemak)

Roti jala

Roti canai

Sandwich tuna dan telur

Minuman

Buah-buahan

Trifle

Makaroni bakar

Ada nasi lemak, aiskrim, kuih-kuih dan jeruk tapi aku lupa nak ambil gambar. Tengah tekun menikmati makanan. Hehehee..

p/s: kenyang sampai tengahari. 

Monday, July 16, 2012

Jadual waktu imsak dan berbuka puasa 1433H/2012

Tinggal beberapa hari nak sambut bulan Ramadhan. Dah sedia ke? Ok..kat sini aku nak kongsi jadual waktu  imsak dan berbuka puasa untuk sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya. 


Lafaz niat puasa fardhu Ramadan

Sahaja aku puasa esok hari menunaikan fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.



p/s: selamat berpuasa!

Saturday, July 14, 2012

Anak kucing aku

Di rumah aku ada 4 ekor anak kucing yang baru berumur 4 bulan. Dengan umur 4 bulan, mereka ni memang tengah nakal, lasak dan pada yang sama sangat jinak. Hati mana tak geram bila tengok anak kucing ni. 

Pada mulanya, plan asal nak bagi anak kucing kat orang bila dapat tahu mak kucing, Koko bunting sekali lagi. Siap dah jumpa orang nak ambil anak kucing ni tapi entah macamana tak jadi. Tak jadi sebab ayah aku tak bagi sebab ayah dah sayang sangat dengan anak kucing ni. Sayang punya pasal, sanggup beli makanan kucing Blackwood lagi tu.


Makanan kucing Blackwood (kitten) 3kg harga RM50. 


Memang ramai puji makanan ni sebab ia penuh dengan khasiat untuk tumbesaran kucing terutamanya untuk anak kucing yang membesar. Siapa nak beli boleh hubungi Zahid di talian 016-246 1283 dan kedainya terletak di Balakong. Nak tolong hantarkan? Boleh sahaja, telefon Zahid. (Zahid, aku siap buat promosi untuk kau tau)

Nak berkenalan dengan anak kucing aku?




Bulat yang sedang lepak kat tempat kegemaran dia dalam pasu. 


Kiki yang sangat licik. 


Susu atau nama Myanmar dia Maung Soe Soe. 



Debab atau nama manja Abab. 

p/s: aku tak sempat nak ambil gambar mak kucing, Koko. 

Dah ganti puasa?

Tak lama lagi kita nak menyambut bulan Ramadhan yang mulia. Kepada kaum wanita (atau lelaki), dah habis ganti puasa ke belum? Aku? Ada tinggal lagi 2 hari. Ya aku tahu, tak elok ganti last minit. Kalau dibuatnya tak sempat, siapa nak jawab? InsyaAllah aku ganti minggu depan. Sempat rasanya. Hehehe..

Aku memang tekad nak ganti awal dari dulu lagi tapi dok tangguh sahaja. Bila dah sampai hujung-hujung, barulah tergesa-gesa nak buat. Baru padan muka. 

Rasa cepat betul masa berlalu. Tanpa kita sedari, dah nak puasa. Korang dah sedia? Semoga Ramadhan kali ini akan mendapat keberkatan. 

p/s: cuba untuk banyakkan terawih. 


Tuesday, July 10, 2012

Kerusi patah-updated

Semalam aku balik kerja, aku tengok kerusi aku yang patah tu dah tak ada lagi. Rupa-rupanya ayah dah jual kerusi aku tu. Dapat RM2 hasil daripada jualan kerusi. Kira oklah tu.  

Buat masa ini aku pinjam kerusi adik aku dulu sementara dia outstation di Kluang. Nak tunggu gaji masuk baru beli kerusi. Sekarang ni..tengah bulan. Faham-fahamlah ya. Tengah kering ni. 

Boleh bagi cadangan nak beli kerusi kat mana ya. Pastikan kukuh tau. 

p/s: sayang je beli kerusi hari tu. baru 1 minggu dah patah. 

Sunday, July 8, 2012

Big boss control TV

Semenjak musabaqah Al-Quran bermula semalam kat TV1, big boss a.k.a wan   (mak kepada ayah) mula control TV. Memang big boss selalu ikut musabaqah Al-Quran dari dulu lagi. Tak salah aku, sejak aku sekolah lagi. Lama tak? Dulu masa dia kuat lagi, sanggup ke PWTC dari Temerloh semata-mata nak tengok sendiri. Sekarang ni, setakat tengok kat TV je lah. Satu lagi, masa musabaqah Al-Quran, janganlah menggatal nak tukar atau tengok channel AXN, Starwold dan seangkatan dengannya. 

Inilah big boss aku. Kecil sahaja orangnya. 

Ya..aku akur. 

Walaupun big boss jarang tengok TV, kalau dia dah control aku dah tak boleh buat apa. Bagilah peluang big boss tengok lagipun bukannya selalu. Daripada aku layan perkara tak berfaedah, baik aku dengar orang mengaji. Pahala pun dapat tau. 

p/s: insaf kejap... 

Thursday, July 5, 2012

Kerusi patah

Kerusi yang aku pakai dah patah tadi. Tak salah aku, aku baru je beli minggu lepas. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kerusi ketiga yang aku pakai. Kerusi yang sebelum ni pun semuanya patah. 

Selamat tinggal kerusi yang ketiga. 

Tanda apakah itu? Adakah kerusi itu tidak mampu menampung berat aku atau aku memang dah gemuk? Sila pilih jawapan mana yang betul. Hahaha!

Terpaksalah aku pinjam kerusi adik aku dan harapnya janganlah patah lagi. Aku siap sms dia nak pinjam kerusi sebab dia outstation. Pinjam ya. Nanti Along cari kerusi lain. 

p/s: mana aku nak cari kerusi yang kukuh ni? 

Sunday, July 1, 2012

Rainbow cake

Buat kek pun ada musim kan? Aku tengok ramai betul buat rainbow cake. Ingat nak cuba sekali buat. Bila tengok bahan-bahan dan cara nak buat, tak lah susah sangat. Kebetulan kat rumah memang ada bahan-bahan nak buat rainbow cake. Apa lagi, aku terus buatlah. Nasib baik kawan opis aku sudi pinjamkam acuan kek. Kalau tak, tak kuasa aku nak beli nak acuan kek sampai 6 biji semata-mata nak buat rainbow cake. 


Operasi buat kek bermula lepas zohor dan dalam pukul 4 lebih, aku dah siap letak frosting cream cheese. 

Hasilnya??? Bagi aku, percubaan pertama amat berpuas hati. InsyaAllah ada rezeki, boleh buat lagi lain kali. 

Rainbow cake sebelum dipotong. 

Selepas dipotong. Nampak tak? Ada 6 lapisan warna: hijau, oren, merah, kuning, biru & violet. 

Untuk dapatkan resepi rainbow cake, boleh dapat di sini


p/s: memang memerlukan kesabaran tinggi. 

Header baru

Header lama.


Header baru.

Sengaja aku tukar header baru. Untuk pengetahuan semua, gambar ini diambil ketika aku melancong ke Kota Kinabalu tahun lepas. Ok tak?

p/s: gambar sebelum ni dah lama sangat.