Pages

Sunday, July 22, 2012

Salam Ramadhan

Alhamdulillah. Hari ini kita masuk hari kedua berpuasa. Bagaimana puasa setakat ni? Semalam aku tidur sahaja sejak lepas solat subuh. Sedar-sedar dah pukul 11 pagi. Sampaikan ayah aku siap tanya, aku sihat tak? Tanpa buang masa, terus aku bangun dari katil. Lagipun tidur lama-lama pun tak elok. Sepanjang puasa semalam, tak ada apa-apa aktiviti yang aku buat sementara tunggu petang untuk siapkan juadah berbuka puasa sebelah petang. 

Cerita pasal puasa ni, teringat aku masa aku mula-mula belajar puasa. Tak salah aku mula puasa pada umur 8 tahun. Itupun aku sempat puasa 1 hari. Letih sangatlah katakan. Bila umur aku 9 tahun, dapat puasa 1 minggu dan umur 10 tahun, dapat puasa 21 hari. Semakin umur meningkat semakin bertambah aku dapat puasa dan buat kali pertama dapat puasa penuh pada umur 11 tahun. Cewaah! Naik umur 12 tahun dah tak dapat puasa penuh sebab datang bulan. :(


Sepanjang bulan Ramadhan, aku nak sangat makan ayam panggang, murtabak dengan air tebu. Memang terbaiklah kalau dapat makan semua tu. Peliknya masa bulan lain, tak ada pula nak makan macam tu malah pandang sebelah mata pun tak ingin. Itu namanya dugaan dan cabaran. Lebih-lebih lagi masa tengah perut lapar. Semua benda nampak sedap malah orang makan maggi dalam TV pun nampak sedap. Hehehe..(nasib baik tak meleleh air liur)

Bulan Ramadhan kali ini aku cuba nak banyakkan solat terawih. Aku miss terawih pada malam pertama sebab tak sedia apa-apa lagi. Alhamdulillah malam semalam aku pergi dan sempat buat 8 rakaat sahaja. Lutut sakit. (tanda-tanda dah tua) InsyaAllah malam ni aku pergi solat terawih. 


p/s: selamat berpuasa. hadapinya dengan sabar dan tenang. 

No comments:

Post a Comment