Pages

Thursday, October 18, 2012

Mana duit aku? (part 2)

Sambungan daripada kisah homestay hari tu, aku masih tak puas hati. Marah aku belum reda lagi. Masih bengang dengan tuan punya homestay. Aku ni susah nak marah tapi kalau sekali aku dah marah, memang lambat nak reda.  Aku call banyak kali, langsung dia tak jawab. Aku terus sms dia:

"salam, boleh saya tahu apa masalah awak? kalau ada apa-apa masalah berkaitan dengan duit tu, sekurang-kurangnya inform saya dulu. saya boleh pertimbangkan bagi masa. ini tak cakap apa-apa, cuma janji nak bank in tapi sampai hari ini saya masih belum dapat duit saya balik. saya rasa tertipu. saya akan bawa kes ini ke tribunal tuntutan pengguna." 

Amik kau! Punyalah panjang aku sms dia. Kalau tak faham lagi, aku tak tahu nak cakap apa dah. 

Dia pun balas sms, "meeting". Oh, dalam meeting patutlah tak dapat nak jawab call aku. Aku masih tak puas hati sebenarnya jadi aku sms lagi:

"kalau susah nak bank in, kita jumpalah. stay kat seksyen 15 bandar baru bangi kan? hari-hari saya lalu situ." 

Atas usaha dan carian Google, aku baru dapat tahu yang dia tinggal di seksyen 15 Bandar Baru Bangi dan bukannya jauh pun dari rumah aku. Silap besarlah kau nak main-main dengan aku. Aku siap boleh cari dia sampai kat mana dia tinggal. Kau boleh lari daripada aku tapi kau tak boleh sembunyi daripada aku, ok. Hahaha!! (gelak macam orang jahat dalam drama TV)

Akhirnya barulah dia sms aku balik, "boleh tak saya bank in 31 oktober?" 

Laaaaaa...baru sekarang kau nak cakap bila kau nak bank in duit aku. Kenapa kau tak nak beritahu aku awal-awal? Tak perlulah aku mengamuk tak tentu pasal kat kau. Satu perkara lagi, kenapa kau nak bank in 31 Oktober? Kenapa kau tak boleh bank in awal lagi? Itu kan duit aku. 

Aku terus call dan nasib baik dia jawab. Apa lagi, aku terus marah kaw-kaw. Ingat aku main-main? Dia cuma gelak je. Kurang ajar kan? Aku tengah serius, dia siap gelak kat aku. Aku siap warning, kalau aku tak dapat duit aku pada 31 Oktober, aku cari dia sampai dapat. Peduli lah apa orang nak kata. Aku nak duit aku balik! 

Sekarang ni, aku tunggu sahaja sampai 31 Oktober. Kalau sampai 31 Oktober masih tak dapat duit aku, aku akan terus buat laporan ke Tribunal Tuntutan Pengguna. Kau nak merayu lagi? No way man! 

p/s: sama-samalah kita tunggu. 

No comments:

Post a Comment