Pages

Wednesday, October 10, 2012

Perjalanan ke UUM

5 Oktober 2012

Perjalanan aku ke UUM bermula dengan menaiki keretapi bersama-sama ayah di Sentral Kuala Lumpur pada 4 Oktober yang lalu. Keretapi bergerak dari Sentral Kuala Lumpur pukul 9.20 malam dan sampai ke stesen keretapi Arau pada pukul 8 pagi. Sepanjang aku dalam keretapi, aku tidur dan kadang-kadang tersedar juga bila keretapi berhenti lama di Bukit Mertajam untuk tukar kepala keretapi. 

Ini rupa katil aku. 

Keadaan di dalam keretapi. 

Sampai di stesen keretapi Arau, hujan lebat pagi tu. Dahlah stesen keretapi dalam proses ubahsuai lagi buatkan aku rasa tak selesa. Ditambah pula orang yang datang ambil kami datang lewat. Bayangkan pukul 9.30 pagi baru sampai gara-gara salah faham antara tuan punya kereta sewa dengan orang yang hantar. Angin satu badan dibuatnya. Baru sampai je, dah tak best. Dapat sahaja kereta sewa, terus ke UUM untuk urusan ambil jubah. Nasib baik tak ramai orang lagi jadi cepatlah selesai. 

Lepas tu, kami terus ke Homestay di Taman Teja untuk check in. Dipendekkan cerita, orang yang tinggal sebelum kami tak keluar lagi. Bengang gila beb. Kau dah tahu aku nak masuk, sepatutnya clear lah. Aku datang jauh-jauh tapi ini yang jadi. Apalah nasib aku kali ini. Serba tak kena dibuatnya. 

Nasib baik jiran sebelah homestay tu ada tawarkan rumah untuk kami bermalam. Rumahnya agak jauh sedikit. Aku dah tak kisah lagi yang penting malam tu, aku dapat tidur. Rumah tu kami tinggal 1 malam je sebab malam esoknya dah ada orang lain nak masuk. 

Homestay yang kami tinggal. 

6 Oktober 2012

Check out dari homestay dan singgah sekejap rumah besan ayah di Felda Laka. Apa lagi, ayah pun mengadu apa yang berlaku kepada kami sepanjang kami berada di sana. 

Kalau dibuatnya hari tu aku tak dapat nak tempat tinggal, aku nak je bermalam kat masjid. Kalau aku seorang, aku ok je tapi aku sebenarnya risau juga sebab keluarga adik aku akan datang dan mana aku nak letakkan dia orang semua tu? Alhamdulillah besan ayah telah menawarkan tinggal di rumah sewa adik ipar aku di Taman Teja. Fuuh lega! 

Tengahari pula aku dapat jemputan makan tengahari di rumah kawan aku, Zaki. Aku dah lama tak jumpa Zaki. Kali terakhir aku jumpa, semasa kami sama-sama tingkatan 5. Hmmm berapa tahun dah tu? Mahu 21 tahun beb! Lama gila. Jumpa balik di Facebook. Kebetulan aku ada konvokesyen di UUM, terus dia nak jumpa aku. 

Zaki sediakan makanan istimewa untuk kami. Terima kasih. Sedap! Kenyang aku dibuatnya. Moga dimurahkan rezeki kawan aku ni. 

Destinasi seterusnya ke Pendang untuk bertemu dengan kawan sekolah ayah pula. Mulalah mengimbas kenangan lama-lama zaman sekolah dulu. Alamak dah jadi macam sesi menjejak kasih pula. Hehehe.. Aku lupa nak ambil gambar ayah dengan kawan dia. 

Sebelum kembali semula ke Changlun, singgah sekejap di Alor Setar. Alang-alang sampai sana, kenalah naik Menara Alor Setar. Untuk naik Menara Alor Setar, jumlah tiket yang perlu dibayar adalah RM8 untuk seorang. Ada disediakan restoran untuk makanan buffet tapi aku tak pasti berapa pula harga tiketnya. 




Sampai juga ke Menara Alor Setar. 

Pemandangan dari atas Menara Alor Setar. 

7 Oktober 2012

Acara kemuncak! 

Acara konvokesyen aku. Sebelum pukul 7 pagi aku dah berada di Dewan Tan Sri Osman (TSO). 
Suasana pagi di TSO.

Katanya ada sedikit taklimat sebelum majlis konvokesyen bermula. Sempatlah jumpa kawan-kawan 1 kelas MBA dulu tapi sayang aku tak dapat jumpa Mr. X. Selesai taklimat, mulalah beratur dan beredar ke Dewan Muadzam Shah untuk majlis konvokesyen. Tiba-tiba aku nampak Mr. X sempat lambai tangan kat aku. Waaah!! Sukanya aku. Lepas juga rindu aku kat dia. Hehehe..


Suasana dalam Dewan Muadzam Shah. 

Hey..nama aku dalam skrin TV. 

Selesai majlis konvokesyen, jumpa lagi kawan lama. Yang ini lagi lama. Apa taknya, kali terakhir aku jumpa dia masa darjah 6. Mahu 26 tahun tak jumpa beb. Orang yang aku maksudkan namanya ialah Faisal yang bertugas sebagai pensyarah di UUM. 

Faisal sebenarnya pernah tinggal di hadapan rumah aku sekitar tahun 1985-1986 dan selalu bermain sama-sama masa sekolah dulu. Aku ingat lagi, dia selalu main piano. Rasa-rasanya kalau minta Faisal main piano, boleh lagi tak?

Bersama-sama Faisal. Glad to meet you again! Harapnya tak perlulah kita tunggu 26 tahun lagi nak jumpa balik. 

Majlis konvokesyen dah selesai, bersiap-siap untuk balik ke Bangi. Sebelum balik ke Bangi, singgah sekejap di Kedai Kak Su Laksa terletak di Kuala Perlis. Kedai yang sohor dengan laksanya. Bayangkan kedai tu cuma jual laksa dan pulut panggang udang sahaja. Dah boleh maju! 


The best laksa in town. Ini laksa special harga RM4 sepinggan. 
  
Jangan main-main. Herman Tino pun dah sampai makan di kedai Kak Su Laksa. 

Selepas makan laksa, perjalanan seterusnya balik ke Bangi. Alhamdulillah semuanya selamat sampai. Kalau ada rezeki boleh pergi ke UUM lagi. Manalah tahu, satu hari nanti aku sambung buat DBA pula. InsyaAllah kalau ada rezeki. 

p/s: teringat kenangan di UUM pada tahun 1999. 

No comments:

Post a Comment