Pages

Thursday, December 20, 2012

Bangkok-checklist

Checklist ke Bangkok:

Tiket kapalterbang - siap
Hotel - siap
Pengangkutan - siap
Plan perjalanan - siap
Duit belanja - setengah siap (dalam proses cari duit lagi)

Harap semua ok. Untuk panduan kita bersama-sama, aku ada jumpa artikel persediaan sebelum kita memulakan perjalanan. 


1. Ketahui sebanyak mungkin destinasi yang akan dikunjungi terutama tempat menarik di sana. Dengan itu, anda dapat menentukan tempat yang akan dilawati ketika sudah berada di sana.



2. Mengetahui keadaan cuaca di tempat yang akan dikunjungi adalah sangat penting. Dengan mengetahui keadaan cuacanya, anda boleh merancang perjalanan yang sesuai terutama mengenai pakaian selain ubat-ubatan yang perlu dibawa dan disediakan.



3. Adalah lebih baik juga anda cari tahu keadaan sosial politik tempat yang di tuju. Ia bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah atau terjebak dengan sebarang nanti. 

4. Pastikan pasport anda masih sah laku dan lebih daripada enam bulan. Ini kerana, sesetengah negara tidak mengizinkan pelancong memasuki negaranya jika tarikh luput pasportnya tinggal enam bulan. Negara kita sendiri tidak membenarkan kita meninggalkan negara jika sah laku pasport hanya tinggal enam bulan. 

5. Selain pasport, anda perlu mengetahui sama ada visa diperlukan atau tidak untuk memasuki negara yang dituju. 

6. Pastikan sebarang dokumen yang diperlukan sepanjang percutian anda. Ia penting bagi memastikan percutian anda aman tanpa masalah. 

7. Cari maklumat mengenai penyambung plug yang digunakan di negara yang akan dikunjungi. Beberapa negara, plak yang digunakan adalah berbeza. Seperti contoh, di Indonesia, plak yang digunakan berkaki dua mana kala di Amerika Syarikat pula berkaki tiga. 

Justeru, dengan maklumat itu, anda boleh bersedia dengan membawa penyambung plug antarabangsa yang boleh didapati di mana-mana kedai. 

8. Jika melancong seorang diri atau berkumpulan, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, cari maklumat mengenai kos pengangkutan awam tempatan. Dengan itu, anda boleh merancang kos perjalanan anda dengan baik. Jangan lupa memastikan bayaran teksi atau apa-apa pengangkutan secara pajak dan tip yang biasa di sana. 

9. Mengetahui nilai tukaran wang asing penting. Ia bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan sepanjang percutian. Jangan nanti, belanja anda tidak cukup di sana. Ia pasti akan menyusahkan dan membuatkan percutian anda kelam kabut. 

10. Satu lagi yang perlu anda ketahui ialah hari cuti umum di tempat yang dituju. Ini kerana, jika sepanjang anda bercuti, negara itu cuti umum, pastinya pejabat akan ditutup.

Apa tunggu lagi? Jom bercuti!

p/s: apa yang istimewa nak beli di Bangkok?

No comments:

Post a Comment