Pages

Monday, December 31, 2012

Makan-makan di D'One Steak Restaurant

Pada suatu petang...

Aku: jom jalan-jalan.

Adik: nak ke mana?

Aku: jom try makan kat D'One nak?

Adik: ok.

D'One Steak Restaurant ni dah lama buka kat sini tapi aku je yang baru cuba nak makan. Ramai yang kata sedap tu yang buat aku tak sabar-sabar nak pergi. Bila lalu je, mesti nak tanya, "bila agaknya nak makan sini ya?"

Kepada sesiapa yang nak cuba cari tempat, ini alamatnya: (tepi jalan sahaja dan  dekat dengan tasik cempaka)
D'One Steak Restaurant
No. 1 Jalan 6/7B, Seksyen 6
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan

Ini hasil tangkapan kami. 

Sizzling seafood - ada sotong, udang dan ikan. (sedap sampai licin aku makan)

Mixed steak - ayam dan daging (daging agak liat dan keras)

Secara keseluruhan aku berpuas hati dengan perkhidmatan diberi. Layanan pekerja mesra dan cepat. Ada insiden berlaku semasa menunggu makanan siap. Seorang pelayan datang ke meja aku dan mencadangkan tukar meja sebab kawasan meja aku panas. Memang plan nak tukar meja tapi tak sangka pula pelayan dia yang tegur dulu. Satu lagi, bila aku keluar, pelayan siap ucap terima kasih dan minta aku datang lagi. Alahai berbudi bahasa dia orang ni, cair akak dibuatnya.

Berapa bintang aku boleh beri? Hmm...3.75 bintang (kedekutnya aku nak bagi bintang) daripada 5 bintang. Minuman yang dihidangkan besar dan sedap tapi aku tak sempat nak ambil gambar. 

Soalan lain: Nak datang lagi? Ya, aku pasti datang lagi dan cuba makanan lain pula. 

p/s: boleh jadi port nak makan besar nanti. 

Sunday, December 30, 2012

Resepi lama

Sambil kemas rumah jumpa resepi lama kek oren.


Tak salah aku, ini tulisan arwah mak. Punyalah lama sampai kertas pun dah bertukar warna kuning. Aku cuba nak fahamkan resepi manalah tahu aku boleh cuba buat kek oren macam arwah mak buat dulu. 

p/s: kena cari buah oren dulu kalau nak buat. 

Saturday, December 29, 2012

Thai talk for beginners-part 2

Directions in Thai:

I want to go – yaak ja pai……(krap/ka)


Where is – yuu tee nai……(krap/ka)

Turn left – leeo sai (krap/ka)

Turn right – leeo kwaa (krap/ka)

Straight ahead – trong pai (krap/ka)

Stop here – yuut tee nee (khrup/ka)

Slow down – cha cha (krap/ka)

Be careful – ra wang (krap/ka)

Places in Thai:

Airport – sanam bin

Bus station – sa-tanee rot mai

Railway station – sa-tanee rot fai

Police station – sa-tanee tum road

Hotel – rong raem

Embassy – san tantood

Hospital – rong-payabann

Post office - prai-sanee

Market – talaad

p/s: mari sama-sama belajar bahasa Thai

Friday, December 28, 2012

Thai talk for beginners-part 1

Hello – sawasdee krub (male) sawasdee ka (female)

Thank you – kob koon (krub/ka)

How are you? – Sai bai dee mai (krub/ka)?

Fine thank you – sai bai dee (krub/ka)

Never mind/it’s okay/no problem – mai pen rai (krub/ka)

I cannot speak Thai - phood Thai mai dai (krub/ka)

Please speak slowly – phood cha cha (krub/ka)

I don’t understand – mai kao jai (krub/ka)

Where is the rest room? – hong nam yoo tee nai (krub/ka)

How much does this cost? – nee tao rai (krub/ka)?

What is this – nee arai (krub/ka)

Very expensive – paeng mak (krub/ka)

The bill please – gep taang (krub/ka)

Goodbye – la gon (krub/ka)

Good luck - kor hai chock dee (krub/ka)

Sorry/excuse me – kor thoad (krub/ka)

I need a doctor – tong karn mor ma raksa (krub/ka)


p/s: kena berlatih cakap Thai

Thursday, December 27, 2012

Aktiviti waktu cuti

Hari ini hari kedua aku cuti. Sepanjang aku bercuti, aktiviti utama aku ialah kemas rumah. (terasa macam orang gaji  kat rumah sendiri) Semalam aku kemas bawah sinki dan hari ini aku lap tangga dan melipat baju 2 bakul. 

Bila aku dah kemas, rasa puas hati sangat. Nak harapkan makcik aku? Jangan haraplah. Itu pun tadi aku dah bebel kat dapur sebab tak basuh pinggan, barulah terhegeh-hegeh nak basuh. Esok aku rasa nak sambung kemas rumah lagi. Hmmm mungkin nak vacuum 1 rumah pula. Buat sikit-sikit dulu sampai kemas 1 rumah. Dah tak larat nak buat semua sekaligus sebab aku sedar aku dah tak muda macam dulu. Hehehe...

Lap tangga macam cerita Oshin dulu. 

Susun barang dapur elok-elok. 

Bawah sinki.

p/s: waaaah lega dah kemas rumah.

Monday, December 24, 2012

Kuali tefal


Suka dengan hasil tangkapan Tefal di Parkson. Kalau tak ada promosi kumpul 10 setem, jangan haraplah aku nak beli kuali ni. Semalam beli 2 kuali dan 1 penutup Tefal dengan harga RM219.70. Murah tu kalau nak bandingkan dengan harga asal mahu dekat RM500! 

Ada extra setem, lepas ni boleh beli lagi untuk tambah koleksi Tefal. Hehehe..Kena beli cepat sebab promosi penebusan setem sampai 15 Januari 2013. Aku berkenan dengan stewpot tu tapi tengoklah dulu kalau ada duit lebih. 

p/s: tiba-tiba aku terasa macam makcik-makcik pula. 

Thursday, December 20, 2012

Bangkok-checklist

Checklist ke Bangkok:

Tiket kapalterbang - siap
Hotel - siap
Pengangkutan - siap
Plan perjalanan - siap
Duit belanja - setengah siap (dalam proses cari duit lagi)

Harap semua ok. Untuk panduan kita bersama-sama, aku ada jumpa artikel persediaan sebelum kita memulakan perjalanan. 


1. Ketahui sebanyak mungkin destinasi yang akan dikunjungi terutama tempat menarik di sana. Dengan itu, anda dapat menentukan tempat yang akan dilawati ketika sudah berada di sana.



2. Mengetahui keadaan cuaca di tempat yang akan dikunjungi adalah sangat penting. Dengan mengetahui keadaan cuacanya, anda boleh merancang perjalanan yang sesuai terutama mengenai pakaian selain ubat-ubatan yang perlu dibawa dan disediakan.



3. Adalah lebih baik juga anda cari tahu keadaan sosial politik tempat yang di tuju. Ia bagi memastikan anda tidak menghadapi masalah atau terjebak dengan sebarang nanti. 

4. Pastikan pasport anda masih sah laku dan lebih daripada enam bulan. Ini kerana, sesetengah negara tidak mengizinkan pelancong memasuki negaranya jika tarikh luput pasportnya tinggal enam bulan. Negara kita sendiri tidak membenarkan kita meninggalkan negara jika sah laku pasport hanya tinggal enam bulan. 

5. Selain pasport, anda perlu mengetahui sama ada visa diperlukan atau tidak untuk memasuki negara yang dituju. 

6. Pastikan sebarang dokumen yang diperlukan sepanjang percutian anda. Ia penting bagi memastikan percutian anda aman tanpa masalah. 

7. Cari maklumat mengenai penyambung plug yang digunakan di negara yang akan dikunjungi. Beberapa negara, plak yang digunakan adalah berbeza. Seperti contoh, di Indonesia, plak yang digunakan berkaki dua mana kala di Amerika Syarikat pula berkaki tiga. 

Justeru, dengan maklumat itu, anda boleh bersedia dengan membawa penyambung plug antarabangsa yang boleh didapati di mana-mana kedai. 

8. Jika melancong seorang diri atau berkumpulan, tetapi tidak menggunakan perkhidmatan pemandu pelancong, cari maklumat mengenai kos pengangkutan awam tempatan. Dengan itu, anda boleh merancang kos perjalanan anda dengan baik. Jangan lupa memastikan bayaran teksi atau apa-apa pengangkutan secara pajak dan tip yang biasa di sana. 

9. Mengetahui nilai tukaran wang asing penting. Ia bagi membolehkan anda merancang perbelanjaan sepanjang percutian. Jangan nanti, belanja anda tidak cukup di sana. Ia pasti akan menyusahkan dan membuatkan percutian anda kelam kabut. 

10. Satu lagi yang perlu anda ketahui ialah hari cuti umum di tempat yang dituju. Ini kerana, jika sepanjang anda bercuti, negara itu cuti umum, pastinya pejabat akan ditutup.

Apa tunggu lagi? Jom bercuti!

p/s: apa yang istimewa nak beli di Bangkok?

Wednesday, December 19, 2012

Selamat bercuti

Aku dah minta cuti 4 hari dari 26-31 Disember. Sengaja aku nak habiskan cuti tahunan tapi aku tak tahu nak pergi mana. Tinggal lama sangat di rumah pun tak syok, sure aku mati kutu dibuatnya. Tunggu sehari dua manalah tahu datang idea nak ke mana-mana nanti. 

Oh ya, cerita pasal bercuti, trip ke Bangkok tinggal lebih kurang 3 minggu je. Punyalah lama aku beli tiket sejak bulan Mac. Alhamdulillah setakat ini, semua persediaan dah ok. Hotel, flight, itinerary dah settle. Tak sabar rasanya nak ke sana. 

Perasaan aku? Suka, gembira, takut dan macam-macam lagi. Istimewanya trip kali ini adalah lebih mencabar sebab inilah pengalaman pertama aku dan kawan aku ke Bangkok. Aku tak tahu nak expect apa-apa. We just follow with the flow. Anyway, aku ada baca beberapa pengalaman blogger dan sambil-sambil tanya kawan-kawan yang pernah ke sana untuk dijadikan rujukan. Harapnya semua berjalan dengan lancar. 

p/s: tinggal beberapa hari je tahun 2012.

Monday, December 17, 2012

Beto Kusyairy

Semenjak aku tengok cerita Istanbul Aku Datang, aku terus suka dengan Beto Kusyairy. Bagi aku dari segi rupa taklah kacak dan macho macam Aaron Aziz, Farid Kamil, Fahrin Ahamd ataupun Adi Putra tapi dia memang berbakat! 

1 perkataan yang dapat aku berikan, bersahaja! Beto Kusyairy berlakon yang bukan dibuat-buat. (amboi puji melambung nampak) Eh betul apa. Cuba tengok cerita Aku Dia dan Tong Sampah. Alahai sweet je dia berlakon. Kalau aku ada depan dia, aku nak je cubit pipi dia. Hehehe... Korang tengoklah cerita tu, best sangat terutama part yang dia pakai baju costume Lilo & Stich tu. 


Comel tak? Aku dah cakap kan.

Serba sikit pasal Beto ni, rupa-rupanya dia dah lama berlakon cuma aku je yang tak perasan. Ye la aku asyik dengan Aaron Aziz kan langsung tak pandang muka Beto. Dasar muka tak malu betul! Lepas ni confirm Beto ada harapan nak menang award pelakon terbaik nanti. I tell you, you know. Tunggulah nanti. 

p/s: tak sabar nak tengok lakonan Beto lagi. 

Sunday, December 16, 2012

Big Bad Wolf 2012

Aku memang menunggu kehadiran Pesta Buku Big Bad Wolf (BBW) semenjak aku pergi tahun lepas di MAEPS Serdang. Untuk tahun ini Big Bad Wolf diadakan di Mines International Exhibition Centre (sebelah Mines Shopping Mall) bermula daripada 7 Disember sehingga 23 Disember. 

Istimewa kali ini, minggu lepas dan minggu ini BBW beroperasi dari pukul 9am Jumaat sehingga 9pm Ahad non stop! Gila kan? Semalam aku berkesempatan pergi ke BBW bersama-sama dengan adik-adik aku pukul 12am dan keluar pukul 3am. Itu pun aku rasa tak explore semua tempat. Kalau tak, mahu lagi lama aku stay. Aku siap bawa beg troli untuk bawa buku-buku aku. Lagipun, takkanlah aku nak pegang ke sana sini dengan bawa buku yang banyak dan berat. Tak larat akak.  

Hasil tangkapan memang lumayan (ni baru pusingan pertama) dan kali ini memang aku target nak beli buku masakan Nigella dan Jamie. Murah sangat-sangat! Bayangkan aku beli buku kulit keras dengan harga RM20-30 sahaja dan ini hasil tangkapan aku.

Berjaya rembat 17 buah buku dengan harga RM250. 

Kebetulan aku baru sahaja beli rak buku dan bila dah beli buku semalam terus susun. 
Alamak, kena beli buku banyak lagi baru penuh rak buku aku. Hehehe...

p/s: buku yang beli tahun lepas pun tak habis baca lagi. 

Friday, December 14, 2012

Nafsu makan

Semenjak kebelakangan ini, nafsu makan menjadi-jadi. Contohnya lunch tadi, baru lepas makan nasi ayam special (extra ayam & nasi) boleh makan lagi karipap lori yang besar itu. Malam pula siap ada plan nak makan apa nanti. Itu tanda-tanda awal nak period lah tu. 


Rasa nak makan macam-macam!

Sebenarnya tak boleh layan sangat nafsu makan ni. Kalau tak, semakin bulat badan aku dibuatnya. 

p/s: nak buat macamana dah memang suka makan!

Wednesday, December 12, 2012

Japaneses lunch buffet @ Gonbei San, Starhill


Aku dah lama tunggu tawaran ini. Sila tengok berapa banyak yang beli baucar ni. Masa aku tengok hari tu, dah 1,411 dan aku tak pasti dah berapa sekarang. 

Sebenarnya dulu aku pernah beli baucar groupon ini dan bila aku nampak ada tawaran ini semula, aku cepat-cepat beli. Apa lagi, aku terus beli 7! Gila tak?  Alaaa..aku beli untuk adik-adik aku dan kawan yang nak join makan buffet makanan Jepun ni. Lagipun bukan senang nak cari buffet makanan Jepun yang murah dan sedap.

Oh ya. Aku dah tempah tarikh pergi pada 6 Januari 2013 (banyak masa lagi nak pergi) dan bila sampai masanya, aku akan buat ulasan. Tunggu ok. 

p/s: ahli rombongan dah sedia untuk makan??

Tuesday, December 11, 2012

Mati kutu

Hari ini Selangor cuti sempena hari keputeraan Sultan Selangor yang ke-66. Plan asal nak ke pameran buku Big Bad Wolf kat Mines Exhibition Centre tapi kereta kena hantar servis pula. Nak naik kereta lain, aku tak pandai bawa sebab semuanya manual. Akak tahu bawa auto je. Hehehe. (so typical woman driver)

Aku mati kutu tak tahu nak buat apa hari ini. Tengoklah petang sikit lepas kereta aku diservis ingat nak jalan-jalan sekitar Kajang. Konon nak redeem hadiah baucar yang aku dapat masa dinner. Nak beli apa ya? Lama dah aku tak shopping lingerie. Ok juga tu. Indulge and reward ourself. Asyik kerja sahaja, kena fikirkan pasal diri sendiri. Betul tak? 

Dah tak tahu nak bebel apa. Jumpa lagi. Take care. 

p/s: asyik hujan je kat sini. lagilah mati kutu aku dibuatnya. 

Saturday, December 8, 2012

Dinner opis

Semalam ada dinner opis buat di Royale Chulan Hotel, Kuala Lumpur. Bila ada peluang pergi dinner, masing-masing bergaya sakan sampaikan aku tak cam beberapa kawan aku yang buat makeover! 

Untuk pengetahuan semua, aku tak pasti bila kali terakhir opis aku buat dinner sebab sepanjang aku join, memang tak pernah buat sebenarnya. Dipendekkan cerita, kali terakhir buat dinner sebelum aku join. Lama kan?? 

Suasana dewan. Suka tengok lampu chandelier dia. 

Ni meja aku no. 53. Nun jauh belakang. 

Sedap juga dessert dia. Tak salah aku yang sebelah kiri ialah ciku strudel. 

Aku bersama-sama kawan opis. Amik kau, glamer tak akak siap ada bunga kat kepala lagi. (perhiasan tu semua pinjam macam ayat-ayat artis selalu pakai, tajaan penaja) 

Ada cabutan bertuah dan hadiah utamanya ialah TV LCD 46" tapi aku dapat....

Baucar Parkson RM150. Apa lagi, shopping lah!!!

p/s: rasa-rasa tahun depan ada lagi dinner tak? 

Tuesday, December 4, 2012

4 tahun bersama-sama



Waaah! Dah 4 tahun aku berkecimpung dengan dunia blog. Tepuk tangan..yeah! Cepat betul masa berlalu. Alhamdulillah sesungguhnya aku bersyukur diberi peluang untuk meneruskan penulisan blog ini. Cewaah skema gila ayat aku. Hahaha...

Terlebih dahulu aku ingin ucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada semua yang sudi menjenguk dan menjadi follower blog aku ini. Blog aku ini sekadar untuk berkongsi cerita dan pengalaman aku. Kadang-kadang ada yang gembira, sedih dan ada juga tiba-tiba je senyap. Well that is part of life. 

p/s: aku sayang kamu. 

Sunday, December 2, 2012

Prestasi kerja

Selalunya bila tiba hujung tahun ini, masing-masing mula sibuk isi borang prestasi kerja. Mana yang dapat cemerlang, pasti bonus dapat banyak nanti. Mana yang ala-ala kadar, bonus pun dapat ala-ala kadar. Hehehe..

Cerita pasal isi borang ni, macam-macam aku dengar. Ada tu sanggup bodek boss baik punya. Apa yang boss cakap, betul sahaja. So fake ok! Bagi aku, aku just be myself. Kalau boss tak puas hati dengan prestasi kerja aku, beritahu sahaja. Mana tahu aku boleh perbaiki lebih baik untuk tahun depan.  

Setakat ini, aku bersyukur dengan pemberian yang diberi oleh tempat kerja aku walaupun ada juga aku curi-curi cari peluang untuk cari kerja lain. Kalaulah aku nak cari kerja lain, aku tak nak kerja berdepan dengan kesesakan jalanraya. Pernah juga aku tengok tawaran yang diberi memang lumayan tapi bila tengok lokasi, aku terus cancel. Cukuplah aku dah kena dulu. Tempat kerja aku sekarang, bukan sahaja dekat (dari Bangi ke Cyberjaya sahaja) tapi jarang berlaku kesesakan jalanraya. Bayar tol? Memang tak kena langsung. Hehehe..mana nak cari woi! 

Cuma sekarang, aku tak pasti berapa lama aku dapat bertahan kerja sekarang. Cita-cita nak buka bisnes sendiri tapi keyakinan belum ada lagi. Modal adalah salah satu penyebab yang buatkan aku tak yakin. Mana aku nak cekau duit?? 

Aku nak sangat buat bisnes buat kek dan travel consultant. 2 perkara yang sangat-sangat aku suka nak buat. Kau bayangkan, sesibuk mana aku kerja tapi kalau ada orang minta pendapat pasal melancong atau kek, aku boleh tolak ke tepi kerja aku dulu. Gila kan? 

InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan cuba berusaha untuk capai impian aku itu. Doakan untuk aku ya. 

p/s: aku beri masa 5-10 tahun lagi untuk merealisasikannya. 

Wednesday, November 28, 2012

Kepada semua pengguna smartphone


Canggih macamanan telefon kita, jangan lupa orang di sekeliling.

p/s: teringat zaman kegemilangan penggunaan telefon awam

Thursday, November 22, 2012

Aku yang tersakiti - Judika

Semakin hari aku dengar lagu ini, semakin aku suka pula. Layan je lah ya.


Pernahkah kau merasa jarak antara kita
Kini semakin terasa setelah kau kenal dia
Aku tiada percaya teganya kau putuskan
Indahnya cinta kita yang tak ingin ku akhiri
Kau pergi tinggalkanku


Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti
Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

Memang takkan mudah bagiku tuk lupakan segalanya

Aku pergi untuk dia
Tak pernahkah kau sadari akulah yang kau sakiti

Engkau pergi dengan janjimu yang telah kau ingkari
Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia
(walau tak bersama dia)


Oh tuhan tolonglah aku hapuskan rasa cintaku
Aku pun ingin bahagia walau tak bersama dia

p/s: layan lagu ni sambil memandu

Wednesday, November 21, 2012

Nissan Almera lagi

Balik dari kerja petang tadi..

Macam kenal je kereta ni. 

Alamak..Almera dah keluar di jalanraya. 

Tiba-tiba rasa tertekan. Bila aku nak dapat Almera ni???

p/s: cantiknya Almera. 

Naik kapal terbang

Pada satu hari...

Hadi: mummy, lama dah tak naik kapal terbang.

Mummy: minta dengan awong. cakap nak ke mana.

Aku: haa??? 

Aik..aku pula yang kena. Tunggulah Hadi. Nanti Awong cari duit lepas tu kita  sama-sama naik kapal terbang ya.

p/s: banyakkan doa. manalah tahu dapat rezeki lebih


Sunday, November 18, 2012

Dim sum buffet di Eden, KLIA

Ada tawaran Groupon makan dim sum buffet di Eden. KLIA dengan harga RM29 seorang. Dah lama aku beli baru pagi tadi aku berkesempatan untuk pergi. 

Murah tu cuma bayar RM29 dan makanlah sepuas hati. 

Perjalanan bermula pukul 10 pagi sebab aku booking makan dim sum pukul 11 pagi. Acara makan kali ini ramai sikit, ada 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Aku sanggup makan pagi sikit semata-mata nak simpan perut nak makan dim sum. 

Pilih dulu nak makan apa. 

Muka tak sabar nak makan dim sum. 

Nak tahu apa yang kami makan? Mari kita menjamu mata. 














Penuh mulut Hadi makan dim sum. 

Sebenarnya ada banyak lagi dim sum yang kami makan tapi aku tak sempat nak snap gambar. Makan adalah lebih penting daripada segala-galanya ya. Hehehe..

Round pertama order punyalah banyak sampaikan waitress pesan jangan order banyak-banyak dulu takut nanti dim sum dah sejuk. Kau bayangkan, mula-mula nak order 6 bekas untuk setiap hidangan tapi terus potong jadi 3-4 bekas. Nasib baik tak teruskan. Punyalah banyak nak makan. (orang tamaklah katakan)

Bila masa round kedua dan ketiga dah slow. Order pun semakin kurang menjadi 1 bekas. Ada antara kami sempat lagi jalan-jalan sekitar KLIA dulu untuk bagi ruang makan dim sum. Aku? Setia menunggu di meja sambil makan dim sum. 

Aku tengok meja sebelah pun dah slow makan. Dia orang lagi banyak nak habiskan dim sum. Ya lah..kalau tak habis makan dim sum kena bayar tau. 1 bekas tak makan, kena bayar RM10. Lagipun tak elok kita membazir. 

Muka kekenyangan. 

Komen aku? Aku boleh bagi 3 bintang daripada 5 bintang. Secara keseluruhan rasa dim sum biasa-biasa sahaja. Servis di Eden, KLIA cepat jadi tak perlulah nak tunggu lama untuk dapatkan makanan. 

Bagi aku, kalau nak dibandingkan dim sum yang pernah aku makan dulu di Hotel Holiday Villa, Subang, kat situ lagi sedap. Yang tak bestnya masa tu aku terpaksa berebut nak makan sebab pergi masa hari cuti awam.

Makan mana lagi selepas ini? 

p/s: tunggu tawaran makan makanan Jepun pula. 

Friday, November 16, 2012

Sangkaan meleset

Gara-gara tahap keyakinan sangat tinggi, aku ingatkan boleh lepas tapi
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Amik kau! Kena gosok dengan tiang. Aduh! 
(alasan baik untuk ambil almera?)


p/s: dah nampak duit terbang..

Thursday, November 15, 2012

Makan-makan di Homst's Prima Saujana

Sempena cuti Maal Hijrah hari ini, aku sempat singgah Restoran Cina Muslim di Homst Prima Saujana, Kajang. Alamat penuh kedai boleh rujuk di sini: 

HOMST's, Prima Saujana, Kajang (tak jauh daripada Giant Prima Saujana)
No. 47G & 48G, 
Jalan Prima Saujana 1/1A,
Seksyen 1, Taman Prima Saujana,
43000 Kajang, Selangor.
No. Tel: 03-8734 0760

 Nak tahu apa yang aku makan? Mari kita cuci mata. 

Fu zhou taufu soup

Kangkung belacan

Sechuan chicken

Salted egg soft shell crab

Komen aku? Sebenarnya aku agak kecewa sebab tak seperti yang digambarkan. Aku ada rujuk beberapa blog mengenai Homst's yang mengatakan makanan di sini sedap tapi bila aku cuba sendiri, makanannya biasa-biasa  sahaja. 

Kalau aku nak bagi bintang, aku boleh bagi 2 bintang daripada 5 bintang. Yang best  pasal kedai ini ialah servis memang bagus sebab dapat hantar makanan cepat. Portion makanan memang banyak sampaikan aku siap minta bungkus bawa balik. (aku makan berdua dengan adik aku) 

Sekiranya diberi pilihan untuk makan sekali lagi, mungkin aku tak pergi kecuali  kalau ada orang belanja. Hehehe dasar kedekut aku ni! 

p/s: ada cadangan lain makan kat mana lagi?