Pages

Friday, January 25, 2013

Jalan-jalan di Bangkok - hari keempat

Hari terakhir di Bangkok sekadar nak menghabiskan duit baki baht yang tinggal 1,000 baht. Sebelum nak jalan, check out dulu lagipun takkanlah aku nak bawa beg besar sekali? 

Masih awal lagi ni. Rasanya sempat nak jalan-jalan dan aku bercadang nak ke Platinum Mall. Platinum Mall ni lebih kurang macam Kenanga Warehouse Centre tapi lagi besar. Untuk ke sana aku tanya receptionist hotel dan dia mencadangkan untuk turun di BTS Chit Lom dan dari situ, boleh ambil tuk tuk atau kalau nak jalan kaki sahaja. 

Sampai di BTS Chit Lom, ingatkan dekat tapi jauh gila. Ada dalam 1.2km rasanya aku jalan dan bila aku sampai di Platinum Mall, habis 1 badan aku berpeluh. Platinum Mall ni ada 3 bangunan yang setiap mempunyai 7 tingkat. Boleh bayangkan tak betapa besarnya. Di sini aku cuma beli sedikit ole-ole untuk dibawa pulang. Ingat lagi tak jam dinding aku hari tu? Kat sini harga lagi murah! Aku dapat tahu harganya cuma 1,000 baht. Beza 500 baht tu! Aduh rugi aku tapi nak buat macamana kan? Bukan rezeki aku.

Sebelum aku pulang ke hotel, aku singgah surau yang terletak di tingkat 2 Platinum Mall 2 untuk mengerjakan solat jamak zohor dan asar. Aku sangat kagum dengan suraunya bersih macam berada di hotel. Timbul rasa malu sebab Thailand bukanlah sebuah negara Islam tapi mampu mempunyai kemudahan surau yang jauh lebih baik dari negara kita. 

Ruang solat. Kecil tapi bersih.

Ruang mengambil wudhuk. 

Selepas solat, terus balik ke hotel tapi bila nampak tuk tuk beratur depan Platinum Mall, ingat nak cuba naik. Dari Platinum Mall ke BTS Asok bayar 200 baht. Perggh laju. Yang tak tahan tu, siap boleh main ciluk kiri kanan lebih-lebih lagi di kawasan kesesakan jalanraya. 

Muda lagi pemandu tuk tuk ni. 

Dalam perjalanan ke hotel, singgah sekejap beli roti canai. Selalu nampak kakak ni jual roti canai kat situ tapi baru inilah aku nak beli. Dahlah tengah lapar ni, lebih baik aku beli dulu buat alas perut. Aku pun beli 1 roti telur dan 1 roti telur letak pisang dengan harga 45 baht.

Kakak ni seorang jaga kedai. Steady kak. 

Nampak tak tanda halal?

Nasib baik aku dah check out awal dan tak perlu lagi aku nak kemas barang. Terus ambil teksi yang ada di depan hotel sebab flight pukul 4.20pm. Mahal juga teksi ni caj ke airport (dalam 500baht) tapi malas nak fikir panjang lagi dan yang penting selamat sampai ke airport. 

Sampai di airport, urusan check in berjalan dengan lancar. Beg aku lagi sikit nak kena lebih muatan. Fuuuh! Lega. 

Tiba-tiba aku nampak ramai orang ambil gambar di skrin. Apa hal ambil gambar ramai-ramai ni? Ooohh, rupa-rupanya dia orang ambil gambar kat skrin seolah-olah berada di luar negara. Gambar latar belakang itu sentiasa bertukar. Masa aku ambil gambar, gambar latar belakangnya di Jepun dan sebelum ini di London. Apa kata korang tengok sendiri gambar ni. 

Suka hati kita nak posing macamana. Nanti gambar kita akan keluar di skrin. 

Cewaah! Berangan kejap konon-konon berada di Jepun. 

Ok dah cukuplah. Dah tak ingat nak balik ke? 

Dah final call tu. Selamat tinggal Bangkok. 

p/s: rasa macam nak ke Bangkok lagi lah. 

13 comments:

  1. Salam Sis

    Nak tanya kalau akak nak pi Dreamworld dan shopping kat mana paling sesuai nak stay. Umur anak 3 - 14 tahun. Berapa minima budget yang perlu untuk penginapan dan sopping yang biasa-biasa. terima kasih 4 the info. Kak Sue

    ReplyDelete
  2. saya tak sempat ke Dreamworld masa saya di Bangkok tapi bila sampai di airport boleh buat arrangment ke sana.

    bajet saya hari tu pun tak banyak, ada dalam RM400-500 (hotel & makan) untuk seorg.

    kalau nak tgk contoh trip ke Bangkok dgn family, boleh refer kat sini:

    http://sawanila.com/v10/tag/sawadikap-bangkok/

    selamat bercuti.

    ReplyDelete
  3. sis,between bangkok dan bandung, u suggest mana?

    ReplyDelete
  4. ikutkan saya, saya suka dua-dua tapi kalau nak pilih juga, saya pilih Bangkok. Bangkok lebih banyak tempat menarik untuk diterokai. apa-apa pun ikut kepada tuan badan, sukanya apa.

    nak tau lebih lanjut, boleh je emel: mazuriah@gmail.com

    ReplyDelete
  5. bnyk info tq sis.. bleh jdkn ref..

    ReplyDelete
  6. kat sana. kat mana hotel budget yg bagus utk stay n senang cari makan hahal sis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. senang nak cari makanan halal, cuba cari hotel area BTS Nana. sana banyak jual makanan arab.

      Delete
  7. sekitar Tune Hotel Asoke senang nak cari haal foods tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada 1 gerai halal jual roti canai on the way jalan masuk ke Tune Hotel. Tempat lain ada di sekitar BTS Nana. Tak berapa jauh dari Tune Hotel. Kalau naik dari BTS Asoke cuma next station je.

      Delete
  8. salam. nak tanya ni... jalan masuk ke Tune Hotel tu dari jalan besar klu nak jalan kaki tak bahaya/sunyi/menakutkan ke pada waktu malam ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sunyi juga kalau jalan-jalan malam. so far ok. ada post guard jaga bangunan kat situ. nak masuk dalam ke tune hotel tu taklah jauh mana pun. dalam 100-200m je.

      Delete