Pages

Saturday, January 19, 2013

Jalan-jalan di Bangkok-hari pertama

Rancangan ke Bangkok bermula dari tahun lepas lagi. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku menjejak kaki ke Bangkok begitu juga dengan kawan aku, Shazwani. Untuk megetahui lebih lanjut tempat-tempat menarik di sana, aku banyak tanya pendapat orang dan pada masa yang sama sempat lagi aku survey blog yang pernah ke Bangkok. 

Pada 12 Januari, penerbangan kami ke Bangkok pada pukul 2.40pm dan sampai di Bangkok pada pukul 3.40pm (Bangkok lambat sejam). Sampai di airport Don Mueang ambil teksi dan terus ke Tune Hotel. 

Ada masalah sikit sebab pemandu teksi tak berapa tahu di mana letaknya Tune Hotel. Bila aku nak terangkan, dia pula tak berapa faham Bahasa Inggeris dan aku pula tak terlintas nak print siap-siap peta Tune Hotel. Apa lagi, aku cepat-cepat google peta Tune Hotel dan nasib baik jumpa. Fuh! Lega. 

Tune Hotel, Asoke Bangkok.

Bilik di Tune Hotel. 

Nasib baik urusan check in tak mengambil masa yang lama. Lepas letak barang, terus keluar dan cari pengangkutan ke Thailand Culture Centre untuk menyaksikan persembahan Siam Niramit. Kebetulan pengangkutan awam dekat dengan hotel, cuma jalan kaki 5-10 minit dah sampai stesen keretapi (BTS) Asok. BTS sini tinggi-tinggi belaka dan tak banyak yang ada eskalator. Habis goyang lutut aku dibuatnya bila nak mendaki tangga BTS. (tanda-tanda aku dah tua)

Perjalanan cuma mengambil masa dalam 15-20 minit dan keluar di pintu 1. Keluar sahaja, dah ada van tunggu untuk dibawa ke Thailand Culture Centre untuk menyaksikan persembahan Siam Niramit. Persembahan bermula pada pukul 8pm dan memandangkan aku dah beli tiket siap dengan makan buffet, kita makan dulu. 

Ramai orang asing yang tengok. 

Sedap, rasa macam bubur cha cha. 

10 minit sebelum persembahan mula, kami pun gerak ke dewan. Sebarang kamera dan alat perakam video tak dibenarkan bawa masuk. Siap ada orang periksa beg untuk pastikan tak ada sebarang kamera atau alat perakam video dibawa bersama-sama. Kalau ada kamera atau alat perakam video, disuruhnya simpan dulu di peti simpan. Kalau tak, tak boleh masuk! Ketat peraturan. 

Persembahan Siam Niramit berlangsung lebih kurang 2 jam dan apa yang aku dapat katakan, memang superb! Nak banding persembahan Istana Budaya, memang jauh beza macam langit dan bumi. Siap ada gajah lalu, ada penari terbang-terbang dan banyak lagi. Kalau ada peluang ke Bangkok, saksikan persembahan tu. Aku beli tiket ni pun sebab ada tawaran di Streetdeal.my dengan harga RM115 (tiket, return transfer dan buffet makan malam). Kalau ikutkan harga asal, memang mahal. 

Habis sahaja persembahan, sempat lagi aku bergambar dengan pelakon-pelakon yang ada. Comel sangat dia orang ni. 

Bersama-sama pelakon/penari yang ada tunggu di luar dewan.

Selesai bergambar, ada van tunggu untuk hantar ke hotel. Sampai di hotel, terus tidur dah tak ingat apa-apa lagi. Esok bangun awal sebab nak ke Chatuchak Weekend Market. 

p/s: sambung hari kedua. 

6 comments:

  1. Jm pun dah plan nk k bangkok bln 6 nanti so terus refer sini as a reference

    ReplyDelete
  2. Mkanan yg disediakan bufet..makanan halal tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak nampak pula ada tanda halal tapi masa tu saya cuma makan yang berasaskan makanan laut, sayur dan buah.

      Delete
  3. salam
    sy nak tnya berapa total bajet pergi bangkok
    sbb sy dlm perancangan nak g sana

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bajet saya dlm RM400/ seorg untuk flight & hotel 4H3M.

      Delete