Pages

Monday, January 7, 2013

Makan-makan di Gonbei San, Starhill

Ini adalah kunjungan kali kedua ke Gonbei San, Starhill. Bila dapat tahu ada tawaran makan tengahari buffet dengan harga RM60 untuk seorang, cepat-cepat aku beli 7 baucar untuk adik-adik dan kawan. Acara makan bermula pada pukul 12 pm sehingga 3.00 pm dan kami sampai pukul 12.30 pm. Digalakkan untuk datang awal untuk mengelak makanan habis. 


Gonbei San di tingkat 3 Starhill. 

Pintu masuk. 

Dapat tempat makan yang luas dan selesa. 





Sebahagian hasil tangkapan makanan. 

Kawasan grill makanan.
  
Ada mee soba (aku makan 2 kali, sedap)

Pelbagai jenis sushi.

Ada dihidangkan telur mentah. (aku tak berani nak cuba)

.
Dessert.

Ahli rombongan makan-makan Cik Kiah. Masing-masing muka kekenyangan.

Secara kesimpulan, aku berpuas hati dengan makanan yang dihidangkan. Memang susah nak cari buffet makanan Jepun dengan harga murah. Aku rasa dengan harga RM60 seorang adalah sangat berbaloi-baloi sebab boleh makan sepuas hati. 

Berapa bintang aku boleh bagi? Aku boleh beri 3.5 bintang daripada 5 bintang. Perkhidmatan pelayan memuaskan. Kalau ada rezeki lebih, nanti boleh kita cuba lagi. Apa kata lepas ini, kita cari tempat lain pula. Nak tak ahli rombongan? 

p/s: nak makan apa lagi lepas ini?

No comments:

Post a Comment