Pages

Saturday, April 27, 2013

Selepas 17 tahun

Petang tadi aku ada reunion kawan-kawan masa ITM di A&W Petaling Jaya. Bayangkan ada yang dah 17 tahun tak jumpa. Lama betul. (nampak sangat aku dah tua kan?) Asalnya nak jumpa kat tempat lain tapi ramai yang tak dapat pergi dan akhirnya mengambil keputusan jumpa di A&W Petaling Jaya. Punyalah nostalgik tempat tu dan kebetulan pula bersesuaian dengan reunion kali ini. 

Yang datang ada dalam 10 orang dan yang paling aku kagum ada kawan dari Pulau Pinang semata-mata datang ke sini untuk reunion. Aku tabik spring sama kau lah Bad. Hehehe...

Nak tengok gambar masa muda-muda dulu?


Gambar tahun 1994 rasanya.


Gambar sekarang. 

Amacam? Ada beza tak? Hehehe..sila komen sendirilah ya. Sepanjang berada di A&W, ada sahaja cerita nak update. Biasalah tu dah lama tak jumpa. Air rootbeer float entah berapa banyak aku minum. (sugar highlah jawabnya, habislah aku) 

p/s: rasa-rasa ada reunion lagi tak?

Monday, April 15, 2013

Kasut baru


I'm desperately need a new pair of shoes.

p/s: susah nak cari saiz kasut istimewa macam aku ni.

Wednesday, April 10, 2013

Kos perbelanjaan di Singapura

Ada orang tanya berapa belanja aku sepanjang berada di Singapura. Bolehlah tahan banyaknya sebab yang pergi ini agak ramai iaitu 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Ok ini senarai perbelanjaan aku:

Hotel 81 Sakura untuk 3 bilik (3H2M): $614 (RM1,541.14)

Universal Studio Singapore:   $63 dewasa, $46 kanak-kanak (RM1,811.50)

Flight Jetstar Singapore - KLIA: RM1,389.59

Keretapi  Kajang - Woodland: RM207

3 day pass: $240 (RM602.40)

Jumlah keseluruhan perbelanjaan:  RM5,551.63 

Di sini aku juga ingin berkongsi panduan melancong di Singapura:

1. Beli tiket USS online sebab lagi murah beli di kaunter dan pada masa yang sama dapat mengelak tiket habis. Kebetulan masa aku beli ada promosi untuk pemegang kad kredit mastercard. Jadi aku dapat beli dengan harga $63 (dewasa) dan $46 (kanak-kanak). Kalau tak harga normal ialah $74 (dewasa) dan $54 (kanak-kanak). Tengok, beza banyak tu. Jangan lupa beli express pass sekali harga $30/seorang untuk mengelak beratur panjang untuk main game. 

2. Tukar duit Singapura terlebih dahulu di sini sebab kalau tukar di Singapura, kadar nilai tukar wang lagi murah. Nanti dapat duit Singapura sikit. Masa aku tukar hari tu dapat $1=RM2.51. 

3. Jangan sekali bandingkan harga dengan RM semasa membayar. Percayalah kalau kita asyik bandingkan dengan RM,  nanti kita tak beli apa-apa. Silap-silap nanti, kita tak nak makan langsung. Bahaya tu. 

4. Untuk bergerak di sekitar Singapura, digalakkan ambil Tourist Pass. Ada 1 hari, 2 hari dan 3 hari bergantung berapa lama kita tinggal. Dengan Tourist Pass, boleh naik semua pengangkutan awam kecuali teksi bila-bila masa sahaja. Jangan lupa kembalikan Tourist Pass untuk dapatkan deposit $10.

5. Untuk hotel yang ada banyak pilihan makanan dan shopping, pilihlah di kawasan Geylang. Biasanya ramai orang Malaysia dan Brunei pilih hotel kawasan Geylang. 

Aku rasa cukup panduan ke Singapura. Kalau ada tips lagi, nanti aku beritahu. 

p/s: lepas ni bolehlah merancang ke Singapura lagi kan?

Monday, April 8, 2013

Family trip to Singapore - part 3

Hari terakhir di Singapura mula dengan berjumpa keluarga Mak Long Ani di Joo Chiat Complex. Sebenarnya memang tak plan nak jumpa tapi ayah aku ada pesan, "kalau sampai di Singapura jangan lupa jumpa Mak Long Ani". Untuk tidak menghampakan harapan ayah, aku pun ikutlah. (anak yang mengikut kata kononnya) 

Itu pun aku beritahu Mak Long Ani last minit. Hehehe.."bertuahnya punya anak", Mak Long Ani bebel kat aku. Nasib baik Mak Long Ani tak ada apa-apa plan hari tu. Ikutkan Pak Long siap nak bawa pergi berkelah kat pantai tapi masa tak mengizinkan sebab nak balik petang tu jadi tak dapatlah nak pergi. Insya-Allah lain kali bila ada masa panjang, kita boleh pergi berkelah. Tunggulah ya Pak Long. Aktiviti hari tu sekadar jumpa dan makan pagi bersama-sama di restoran.

Sebelum jumpa Mak Long Ani, kami dah check out terlebih dahulu jadi senang nak ke mana-mana dan tak perlu risau nak kemas barang lagi. Mari aku tunjukkan hotel yang kami tinggal. 

Pintu masuk hotel.

Hadapan hotel. 

Jalan ramai-ramai nak jumpa keluarga Mak Long Ani. 

Selesai makan pagi dengan Mak Long Ani, aku sempat lagi shopping kain pasang di Pasar Geylang Serai. Dah duit Singapura ada lagi, habiskanlah baki yang ada. Alang-alang kan, beli baju untuk raya sekali. 

Naima, cucu Mak Long Ani dengan Sara. 

Bersama-sama Mak Long Ani sekeluarga. 

Pukul 3.00 petang, kami ambil teksi dan terus ke airport untuk pulang sebab flight kami bertolak pukul 6.00 petang. 

Selamat tinggal Singapura. Semoga kita berjumpa lagi. 

p/s: ada nak buat family trip lagi ke lepas ni?

Thursday, April 4, 2013

Family trip to Singapore - part 2

Sambung lagi kisah trip ke Singapura. Aku lupa nak beritahu yang ikut trip kali ini terdiri daripada adik-adik dan anak saudara yang berjumlah 6 dewasa dan 3 kanak-kanak. Asalnya ayah aku nak ikut tapi entah macamana tak jadi pula. InsyaAllah lain kali boleh ikut. 

Hari kedua di Singapura adalah hari kemuncaknya iaitu ke Universal Studio Singapura (USS). Yeaah!! Banyak cara untuk ke sana tapi bila aku tanya kat Hotel Manager, cara yang mudah dan murah ialah dengan naik bas dan MRT. Memandangkan aku dah siap-siap beli pas 3 hari perjalanan, kita boleh naik MRT dan bas tanpa had. Apa lagi, inilah masanya kita gunakan sebaik-baiknya. Untuk membeli pass 3 hari perjalanan boleh dibeli dengan harga $30 dan jangan lupa pulangkan balik pas untuk dapatkan deposit $10 bila kita balik nanti. 


Mari aku cerita perjalanan dari hotel ke USS. Dari hotel naik bas no. 33 dan berhenti  di MRT Dakota. Dari MRT Dakota ke Dhoby Ghaut dan dari Dhoby Ghaut tukar MRT dan terus ke HarborFront. Bunyi macam complicated tapi  sebenarnya tak. Mula-mula agak pening juga nak faham tapi lama-lama nanti oklah. Tips aku, ikut je warna jalan MRT, insyaAllah ok. 


Peta MRT di Singpura. 

Sampai di MRT HarborFront, masuk ke VivoCity dan ambil monorel di tingkat 3 terus ke Waterfront Station. Aku tak pasti berapa tiket monorel tu sebab adik aku yang bayarkan. Hehehe..

Stesen monorel di VivoCity. 

Keluar sahaja dari stesen monorel, sampailah kita di USS. 

Gambar wajib diambil bila berada di hadapan USS.

Dinasihatkan untuk membeli tiket USS terlebih dahulu untuk mengelak tiket habis. Nanti frust tak dapat nak masuk. Memandangkan ada promosi untuk pemegang kad kredit mastercard di website USS, aku beli dengan harga $63 (dewasa) dan $46 (kanak-kanak). Harga normal ialah $74 (dewasa) dan $54 (kanak-kanak). Banyak bezanya kan? 

Untuk kanak-kanak bawah 4 tahun, masuk adalah percuma. Digalakkan juga untuk membeli pas ekspress sekali (harga  1 pas ekspress ialah $30) untuk mengelak beratur panjang bila kita nak main game.

Apa yang istimewa di USS? Aku dapat bergambar dengan watak-watak terkenal seperti Marilyn Monroe, Cookie Monster, Kungfu Panda dan banyak lagi. 

Aku tak pasti nama watak ini. Sorry. 


Bersama-sama geng Madagascar.


Kena peluk dengan Cookie Monster.


Marilyn Monroe - flying kiss everybody.


Bersama-sama watak Sesame Street. 

Sempat lagi bergambar dengan Beetlejuice.

Jangan lepaskan peluang untuk mencuba game yang ada di USS. Rugilah kalau tak naik. Oleh sebab aku dah beli siap-siap pas ekspress, tak perlu lagi nak beratur panjang. Memang berbaloi! 

Ada berani naik yang ini? Aku dah cuba naik tapi tak lepas sebab tak muat. (peha aku besar sangat macam drumstik ayam) Frust! 

Ini antara game yang aku naik. 





Kalau rasa nak menang award, bolehlah cuba sekali. (nak beli tapi tak cukup bajet)

The best sister award goes to..me!!

Kami berada di USS sampai pukul 7 lebih. Itu pun tak sempat nak naik semua game yang ada. Walaupun masing-masing nampak letih, sebenarnya gembira. Akhirnya sampai juga aku ke USS! Sebelum sampai hotel, singgah makan malam dulu. 

Boleh tahan juga makanan sini. Makan macam-macam dengan harga $70++.

Makan pun sudah, perut pun kenyang. Katil di bilik dah memanggil-manggil nama aku. Apa lagi, tidurlah! 

p/s: sambung lagi, hari terakhir di Singapura. 

Tuesday, April 2, 2013

Family trip to Singapore - part 1

Dah 1 minggu berlalu trip aku ke Singapura. Maaf lambat update sebab aku demam balik dari Singapura. Percayalah, sepanjang aku berada di Singapura memang asyik jalan sahaja sampai habis lenjan badan aku dibuatnya. 

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Kajang pada pukul 11.30 pm tapi entah macamana keretapi sampai lewat. Nak tahu sampai pukul berapa? 1.00 am!!! Gila lama aku tunggu. Mengikut rekod terdahulu,  memang tak pernah lewat macam ini. Habis lewat pun dalam setengah jam. Nak buat macamana, dah nasib aku. 


Dapat naik tempat duduk sebab yang katil dah habis. 

Lebih kurang pukul 9.00 am keretapi sampai di Woodland dan selesai sahaja urusan imigresen, terus ambil teksi ke Hotel 81 Sakura di Joo Chiat Road. Oleh sebab aku sampai awal, kami tak dapat nak check in dulu. Nasib baik hotel manager benarkan kami tinggalkan beg dan bolehlah kami jalan-jalan. 

Perkara pertama, mencari makan dulu sebab aku dah lapar. Di area Joo Chiat Road, ada 1 kedai makan yang popular iaitu Restoran Hajah Maimunah. Aku sengaja pilih hotel di Joo Chiat Road sebab senang nak cari makan dan shopping. Tips penting untuk memilih hotel yang aku dapat daripada makcik aku di Singapura.

Selesai makan, jalan-jalan sekitar Kompleks Joo Chiat dan Pasar Geylang Serai. Kita tengok-tengok dulu sebab masih ada masa lagi nak shopping pada hari terakhir di sana. Aku nak tengok-tengok je? Silap besar sayang woii. Bayangkan hari pertama sampai, aku dah belanja dekat $200. Boleh ke aku bertahan sampai hari terakhir nanti? Hehehe...

Aku tengok muka masing-masing dah penat sangat. Balik ke hotel dan lepak je dulu kat lobi hotel sementara menunggu waktu check in. Agaknya hotel manager kasihan tengok kami, terus dia bagi check in dulu. Sebelum aku terlupa, aku ambil 3 bilik untuk 3 hari 2 malam dengan bayaran $614. Hotel manager beri kami 2 bilik dulu dan 1 bilik lagi akan diberi kemudian. Syukur sangat sebab yang penting dapat rehatkan diri dan mandi (dah 1 malam tak mandi lagi)

Lebih kurang pukul 5.00 pm, jalan-jalan sekitar Orchard Road. Konon nak melihat shopping complex besar-besar macam Takashimaya, Tangs dan banyak lagi. Ramai gila orang kat situ. Apa taknya, dahlah hari minggu memang ramai orang. Aduuh akak dah pening. Zaman aku untuk lepak-lepak dah berlalu. 

Pukul 8.00 pm aku dah lapar semula. Asyik makan je aku ni? Jom kita makan di Restoran Zam Zam di Jalan Bugis yang masyhur dengan nasi beriani dan murtabak. Dari Orchard Road, naik MRT terus ke Bugis. Seronok pula naik MRT ramai-ramai macam lawatan sambil belajar zaman sekolah dulu-dulu. 


Tunggu MRT sampai. 

Tunggu makanan sampai. Lapar ni.

Makan pun sudah, terus naik bas balik ke hotel. Lama betul aku tak naik bas. Pengangkutan di Singapura bersistematik dan boleh dipercayai berbanding di sini. Sampai hotel, aku terus tidur. Penat sangatlah katakan. 

p/s: sambung lagi, part 2.