Pages

Tuesday, April 2, 2013

Family trip to Singapore - part 1

Dah 1 minggu berlalu trip aku ke Singapura. Maaf lambat update sebab aku demam balik dari Singapura. Percayalah, sepanjang aku berada di Singapura memang asyik jalan sahaja sampai habis lenjan badan aku dibuatnya. 

Perjalanan kami bermula dengan menaiki keretapi dari Kajang pada pukul 11.30 pm tapi entah macamana keretapi sampai lewat. Nak tahu sampai pukul berapa? 1.00 am!!! Gila lama aku tunggu. Mengikut rekod terdahulu,  memang tak pernah lewat macam ini. Habis lewat pun dalam setengah jam. Nak buat macamana, dah nasib aku. 


Dapat naik tempat duduk sebab yang katil dah habis. 

Lebih kurang pukul 9.00 am keretapi sampai di Woodland dan selesai sahaja urusan imigresen, terus ambil teksi ke Hotel 81 Sakura di Joo Chiat Road. Oleh sebab aku sampai awal, kami tak dapat nak check in dulu. Nasib baik hotel manager benarkan kami tinggalkan beg dan bolehlah kami jalan-jalan. 

Perkara pertama, mencari makan dulu sebab aku dah lapar. Di area Joo Chiat Road, ada 1 kedai makan yang popular iaitu Restoran Hajah Maimunah. Aku sengaja pilih hotel di Joo Chiat Road sebab senang nak cari makan dan shopping. Tips penting untuk memilih hotel yang aku dapat daripada makcik aku di Singapura.

Selesai makan, jalan-jalan sekitar Kompleks Joo Chiat dan Pasar Geylang Serai. Kita tengok-tengok dulu sebab masih ada masa lagi nak shopping pada hari terakhir di sana. Aku nak tengok-tengok je? Silap besar sayang woii. Bayangkan hari pertama sampai, aku dah belanja dekat $200. Boleh ke aku bertahan sampai hari terakhir nanti? Hehehe...

Aku tengok muka masing-masing dah penat sangat. Balik ke hotel dan lepak je dulu kat lobi hotel sementara menunggu waktu check in. Agaknya hotel manager kasihan tengok kami, terus dia bagi check in dulu. Sebelum aku terlupa, aku ambil 3 bilik untuk 3 hari 2 malam dengan bayaran $614. Hotel manager beri kami 2 bilik dulu dan 1 bilik lagi akan diberi kemudian. Syukur sangat sebab yang penting dapat rehatkan diri dan mandi (dah 1 malam tak mandi lagi)

Lebih kurang pukul 5.00 pm, jalan-jalan sekitar Orchard Road. Konon nak melihat shopping complex besar-besar macam Takashimaya, Tangs dan banyak lagi. Ramai gila orang kat situ. Apa taknya, dahlah hari minggu memang ramai orang. Aduuh akak dah pening. Zaman aku untuk lepak-lepak dah berlalu. 

Pukul 8.00 pm aku dah lapar semula. Asyik makan je aku ni? Jom kita makan di Restoran Zam Zam di Jalan Bugis yang masyhur dengan nasi beriani dan murtabak. Dari Orchard Road, naik MRT terus ke Bugis. Seronok pula naik MRT ramai-ramai macam lawatan sambil belajar zaman sekolah dulu-dulu. 


Tunggu MRT sampai. 

Tunggu makanan sampai. Lapar ni.

Makan pun sudah, terus naik bas balik ke hotel. Lama betul aku tak naik bas. Pengangkutan di Singapura bersistematik dan boleh dipercayai berbanding di sini. Sampai hotel, aku terus tidur. Penat sangatlah katakan. 

p/s: sambung lagi, part 2.

2 comments:

  1. kak Long, kalo leh masukkan sekali kos naik mrt ke taxi ke, tips nak beli tiket ke universal studio ke....sonang bley guna sbg panduan...hehehe...TQ in advance!

    ReplyDelete
  2. boleh tapi tunggulah dulu
    ada entry khas untuk kos perbelanjaan di Singapura. :)

    ReplyDelete