Pages

Wednesday, June 26, 2013

Laksa

Dah berapa hari aku nak cari laksa sedap. Aku dapat tahu kat kawasan Bangi ada 1 gerai jual laksa yang sedap. Gerai tu kecil je, siap ada jual cendol lagi.  Macamana aku nak terangkan lokasinya? Gerai ni jual tepi jalan dekat barisan kedai Makcik yang jual peralatan buat kek tu. Ada siapa tahu? Nak tahu, kali pertama aku makan, aku terus suka. 

Hari tu aku pergi, kedai dah nak tutup (masa tu baru pukul 6.30pm). Semalam aku keluar opis tepat pukul 5.30pm semata-mata nak beli laksa tapi sayang kedai tak buka. Sedihnya. 

Petang ni aku nak cuba lagi. Manalah tahu ada rezeki aku, aku dapat makan laksa. Punyalah aku nak sangat makan laksa, aku siap mimpi lagi tu. Kronik betul aku ni. 

p/s: nak laksa

Tuesday, June 25, 2013

Photo book album


Semenjak ada photo book album, semakin senang kerja aku nak simpan gambar. Kalau dulu masa zaman pakai filem memang leceh. Mula-mula beli filem lepas tu hantar kedai gambar untuk proses gambar dan nak cari album untuk simpan gambar. 

Setakat ini aku dah ada 4 photo book album yang mempunyai gambar konvokesyen dan perjalanan aku sebelum ini. Yang best tu, kita boleh susun atur gambar kita sesuka hati dan hasilnya amat memuaskan. Sekali pandang macam hasil kerja daripada photographer profesional. Cewaah! 

Bolah tahan juga harganya. Tak salah aku, harga untuk setiap photo book album dalam lingkungan RM70-80. Itu pun sebab aku pakai baucer. Kalau tak, harga asalnya memang mahal. Memang aku tak mampu nak bayar! 

Nak buat pun tak susah sebab arahan yang diberikan memang mudah dan senang difahami. Aku yang tak ada pengalaman nak design pun boleh buat. Sesiapa yang ingin mencuba, boleh pergi website Pixajoy. Selamat mencuba

p/s: masih ingat lagi? beli kodak untuk ambil gambar. 

Friday, June 21, 2013

Tak tahanlah


p/s: keadaan yang selalu berlaku bila tak tahan dah. 

Thursday, June 20, 2013

Seminar luar negara

Dapat arahan daripada boss untuk ke seminar luar negara. Ingatkan dah tak nak ke mana-mana lagi lepas balik dari Shenzhen-Macau-Hong Kong. Dahlah tu buat masa bulan Ramadhan. Hmm..nampak gaya merasalah aku berpuasa di perantauan. Cewaah! 

Nasib baik tak lama cuma 4 hari sahaja ke sana. Kalau lama, memang awal-awal lagi aku dah tolak. 

Haaa nak tahu seminar ke mana? Tunggu dulu. Aku baru sahaja hantar borang permohonan, belum pasti lagi aku dapat atau tak. 

Sesiapa ada pengalaman berpuasa di luar negara? Bolehlah sama-sama kongsi pengalaman ya. 

p/s: asyik ingat makan sahaja. 

Wednesday, June 19, 2013

Friday, June 7, 2013

Day 7: Shenzhen

Memandangkan ini adalah hari terakhir perjalanan Shenzhen-Macau-Hong Kong, tak perlulah nak tergesa-gesa nak check out. Bangun je terus makan pagi di bilik sekenyang-kenyangnya dan kemas baju, barang dan beg untuk dibawa pulang. Pukul 11.30am keluar dari bilik dan uruskan urusan check out. Selesai sahaja semuanya, tahan teksi dan bawa beg ke Luoho shopping mall. Sampai sahaja ke Luoho shopping mall, simpan beg dulu dan mulalah shopping untuk kali kedua. Hehehe..

Aku tak plan nak beli apa-apa tapi adik aku pesan tolong carikan hadiah hari guru anak saudara aku. Hmmm..beli apa ya? Sudahnya aku beli purse comel untuk hadiah hari guru dan beberapa beg kecil untuk aku dan adik-adik aku. 

Oh ya lupa pula aku nak beritahu. Di Luoho shopping mall, ramai penjual di sana pandai berbahasa melayu. Nampak sahaja aku yang bertudung, siap panggil lagi "Kakak mari-mari. Murah-murah sahaja" dengan slang cinanya. Ini memudahkan aku untuk membeli. Tips lain yang boleh aku beri, semasa tawar harga, tawarlah sehingga separuh harga sebab selalunya penjual ni memang sengaja letak harga tinggi. 

Lebih kurang pukul 4pm, kami beredar dari Luoho shopping mall dan ambil metro terus ke lapangan terbang. Memandangkan metro memang ada dalam kawasan Luoho shopping mall, memudahkan lagi perjalanan aku ke lapangan terbang. Perjalanan menaiki metro ke lapangan terbang mengambil masa hampir 1 jam sebab stesennya dari hujung ke hujung (Luoho ke lapangan terbang). Aku sempat lagi tidur sementara sampai ke destinasi. 

Sampai sahaja ke stesen mestro lapangan terbang, kena jalan sikit sebab lapangan terbang antarabangsa terletak di bangunan sebelah. Di sini bangunan lapangan terbang antarabangsa dan domestik diasingkan jadi taklah nampak sesak sangat. Kalau nak dibandingkan, lapangan terbang antarabangsa taklah sebesar yang domestik sebab penerbangan antarabangsa tak banyak. 

Masa nak check in, aku dah mula risau sebab aku cuma ambil beg dengan muatan 20kg sahaja tapi bila timbang, nak tahu berapa? Cuma 19.6kg sahaja. Fuuuuhh! Lega. Sikit lagi nak lebih muatan. Pandai tak aku agak? 

Kecil sahaja lapangan terbangnya. 

Sepatutnya flight aku pukul 8.50pm tapi sampai lambat. Tak salah aku flight bertolak dalam pukul 9.30pm dan sepanjang aku dalam kapalterbang, aku tidur sehingga aku sedar dah nak sampai ke LCCT dekat pukul 1.00am. 

Selesailah sudah perjalanan 7 hari aku ke Shenzhen-Macau-Hong Kong. Ini adalah perjalanan yang paling lama, menacabar dan hebat sebab ia merangkumi 3 negara. Aku tak tahulah lain kali ada lagi perjalanan yang macam ni atau tidak. Apa-apa pun, persiapan secukupnya amat penting dari segi kewangan, fizikal, mental dan lain-lain.

p/s: ada berani nak buat lagi?

Thursday, June 6, 2013

World's Most-Visited City

Aku ambil daripada ABC news. 

Think you know which city is the world's most visited? If you guessed London, New York or Paris, you would have guessed wrong.

According to the recently released Global Destinations Cities Index by MasterCard, an Asian city tops the list of having the most international visitor arrivals in 2013. The winning city narrowly inched out London, the top spot in 2012, for the No. 1 spot by 200,000 visitors. This year is the first time since the launch of the Index in 2010 that an Asian city came in at No. 1.

And the winner is: Bangkok.

The capital of Thailand, according to the Index, posted 18 percent growth rates in the past two years. Two years ago, Bangkok ranked No. 3 on the Index.

Istanbul and Dubai also showed dramatic growth in international visitors. Paris (No. 3) dropped a spot since last year; it's the only city in the top 20 that shows a projected decline in the number of international visitors.

"Destination cities in emerging markets in the Middle East and Asia are expanding the fastest in being connected to the rest of the world through having more flights to more cities, and more frequent flights to cities where they are already connected," the report noted. "This will strongly drive the growth of their visitor arrivals and cross-border spending in the coming years."

Only two U.S. cities made the Index's top 20: New York City, which came in at No. 5, and Los Angeles, coming at No. 20.

When it came to visitor spending, however, New York did take the top spot, with an estimated $18.6 billion in international overnight visitor spending. By that measure, Bangkok, with $14.3 billion, ranked No. 4.

Index Ranking by Number of International Visitors (in millions):

1. Bangkok 15.98

2. London 15.96

3. Paris 13.92

4. Singapore 11.75

5. New York 11.52

6. Istanbul 10.37

7. Dubai 9.89

8. Kuala Lumpur 9.20

9. Hong Kong 8.72

10. Barcelona 8.41

11. Seoul 8.19

12. Milan 6.83

13. Rome 6.71

14. Shanghai 6.50

15. Amsterdam 6.35

16. Tokyo 5.80

17. Vienna 5.37

18. Taipei 5.19

19. Riyadh 5.05

20. Los Angeles 4.84

p/s: rasanya ada nak ke Bangkok lagi tahun depan. wink wink. hehehe..

Wednesday, June 5, 2013

Day 6: Shenzhen

Tarik nafas panjang-panjang dulu. Bila agaknya nak habis cerita aku ni? Sabar ya, dah tinggal sikit je ni. Hehehe...

Selepas makan pagi di bilik, terus bergerak mencari metro untuk ke Window of World (WOW). Katanya dari hotel nak ke metro, (panggilan keretapi di Shenzhen) taklah jauh tapi sebenarnya jauh juga aku jalan. Aku rasa mahu dekat 15-20 minit jalan kaki ke stesen metro Hubei. Masa aku nak tahu arah jalan metro, timbul pula masalah komunikasi sebab dia orang tak fasih English. Nasib baik aku ada download English-Mandarin translation. Kalau nak tahu metro terdekat, aku tunjuk je telefon aku. 

Dari stesen metro Hubei terus ke stesen metro Shijiezhichuang yang terletaknya WOW. Di WOW terdapat replika bangunan masyhur di seluruh dunia. Ada Eiffel Tower, Piramid, air terjun Niagara dan banyak lagi. Cuma 1 yang aku terkilan, aku tak nampak pun bangunan yang mewakili Malaysia.  Negara-negara lain seperti Singapura, Indonesia dan Thailand ada pula. 

Tiket untuk masuk WOW ialah RMB160/seorang tapi untuk menaiki tram, skuter atau apa-apa yang ada, ada bayaran lain pula dikenakan. Aktiviti pertama aku buat semasa aku masuk WOW ialah main cop-cop pasport dengan bayaran RMB20. Yang bestnya kita dapat cop imigresen dari 46 negara. Bangga dapat sebanyak tu walaupun secara realitinya aku belum lagi sampai ke 46 buah negara tu.


Tekun betul kawan aku cop pasport. Rasa-rasa boleh kerja dengan imigresen tak?

Kemudian naik tram dengan bayaran RMB20 untuk mengelilingi WOW. Sempatlah berhenti sekejap di beberapa kawasan untuk mengambil gambar. 




Tak lama lepas turun dari tram, hujan turun dengan lebatnya selama 1 jam.  Nasib baik tak hujan masa naik tram. Lega. Sementara tunggu hujan reda, aku duduk sambil makan roti. 

Sempat lagi bergurau dengan baby ni. 

Bila aku tengok hujan dah reda, ambil metro untuk pergi ke Luoho shopping mall. Ada macam-macam jual daripada baju, iPhone casing, beg, kasut dan banyak lagi. Dahlah murah, cantik pula tu. Aku boleh jadi hilang akal! Kawan aku siap borong iPhone casing sampai 1 tahap tu aku nak tukar kepada iPhone sekarang tapi aku taklah sampai tahap kritikal macam tu. 

Aku sempat beli lagi baju untuk anak saudara aku sampai habis duit RMB. Cari-cari dalam beg, jumpa $HK dan nasib baik mereka boleh terima lagi baki $HK aku. 

Ini sebahagian hasil tangkapan aku. Tshirt budak boleh dapat 3 helai dengan harga RMB100. 

Selesai shopping, ambil teksi dan pulang ke hotel. Aku sempat mencuba makanan di hotel untuk makan malam. Bolehlah tahan rasanya tapi yang paling aku tak boleh lupa makan sate kambing. Sedap sangat. Sayang, aku dapat makan 2 cucuk sahaja. Maaf aku tak sempat ambil gambar sebab aku lupa bawa kamera. Lepas makan, masing-masing dah jadi ular yang kekenyangan. Balik bilik, apa lagi aktiviti seterusnya. Jawapannya tidurlah! 

p/s: tinggal 1 hari sahaja. 

Sunday, June 2, 2013

Day 5: Hong Kong-Shenzhen

Hari terakhir berada di Hong Kong. Tak perlu nak tergesa-gesa nak check out sebab cuma 1 tempat sahaja nak pergi iaitu Masjid Ammar di Wanchai. Yang istimewa di Masjid Ammar ini ada disediakan kantin yang menghidangkan dimsum halal. Ramai orang pesan kalau nak cari dimsum halal, pergi sahaja ke situ. Hati teruja tak terkata sebab aku memang suka makan dimsum. 

Lepas urusan checkout selesai, kami pun bergerak dengan menaiki MTR ke Wanchai. Sampai sahaja stesen Wanchai, masing-masing puas mencari  lokasi Masjid Ammar sebab tak ada peta nak rujuk. Aku rasa entah berapa kali aku pusing kat pasar jual daging babi. Kali pertama aku tengok orang jual daging babi segar siap aku boleh nampak sendiri kepala, hidung dan kaki babi tu. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga Masjid Ammar tu. Alhamdulillah.

Dimsum halal dijual di kantin tingkat 5. Tak salah aku, dimsum dijual sampai pukul 3 petang jadi kalau lambat memang terlepaslah. Di sini bukan sahaja jual dimsum, pelbagai jenis lauk dan nasi pun ada. Aku memang suka bab makan ni. Memang aku cukup pantang, pantang jumpa mesti nak makan. Hehehe... Tak perlu aku cerita panjang, mari aku hidangkan kepada semua dengan makanan yang boleh membuat air liur meleleh. 















Aku dah cakap kan. Memang sedap. 

Aku siap minta bungkus nasi goreng ikan masin dan dimsum untuk buat bekal ke Shenzhen. Nasi goreng yang disediakan memang banyak, boleh makan untuk 2 orang. Harga semua makanan yang aku ambil boleh tahan juga mahalnya iaitu $HK315 tapi memang sedap. Memang berbaloi. 

Muka dah kenyang. Makanan pun tak larat nak habiskan. 

Di hadapan Masjid Ammar.

Selesai makan, balik semula ke hotel dan angkut beg untuk meneruskan perjalanan ke Shenzhen. Dari hotel naik teksi terus ke stesen MTR Hung Hom dan dari situ akan terus ke stesen Lo Wu yang membawa ke sempadan Hong Kong-China. Jauh juga untuk sampai ke stesen Lo Wu yang mengambil masa dalam 45 minit. Sampai sahaja ke stesen Lo Wu, aku pulangkan kad Octopus untuk dapatkan deposit dan baki jumlah kad. 

Lupa pula aku nak cerita pasal kad Octopus ni. Untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di Hong Kong, digalakkan untuk membeli kad Octopus yang berharga $HK150 (termasuk $HK50 deposit). Kad Octopus boleh dipakai untuk menaiki bas dan MTR. Senang sahaja untuk dapatkan kad Octopus ni, dapatkan di mana-mana stesen MTR. 

Urusan imigresen untuk memasuki Shenzhen tidak mengambil masa yang lama. Kebetulan masa aku beratur, ramai betul kanak-kanak dari Shenzhen yang pulang dari sekolah di Hong Kong. Siap ada kaunter khas lagi untuk mereka. 

Keluar sahaja dari stesen Luohu (stesen Lo Wu dan Luohu terletak bersebelahan sahaja. Stesen Lo Wu terletak di bahagian Hong Kong dan stesen Luoho terletak di bahagian Shenzhen), ramai pula orang yang menawarkan teksi dengan harga mahal. Aku panik bila tiba-tiba sahaja ada orang tegur aku dan tawar naik teksi. Untuk selamat, abaikan mereka dan diam. Terus sahaja cari teksi bermeter yang boleh bawa terus ke hotel. 

Ada insiden kelakar berlaku semasa aku nak naik teksi. Di sana mereka memandu sebelah kiri. Oleh sebab aku dah terbiasa naik kereta sebelah kiri, aku terkejut tiba-tiba nampak ada stereng. Aku terlupa dan pada masa yang sama malu sangat. Aku terus tutup pintu pemandu dan terus ke sebelah kanan. 

Di Shenzhen, aku tinggal di Shenzhen Muslim Hotel. Aku pilih hotel ini sebab senang nak cari makan halal tapi bila aku tengok keadaan bilik, amat sedih. Sedih sebab kebersihan bilik tak berapa terjaga dan usang dan pada masa yang sama keadaan luar yang agak bising terutamanya sebelah malam. Aku pujuk hati untuk terima sahaja apa yang ada lagipun cuma menginap 2 malam. 

Ok, dah rehatkan badan sekejap terus ambil teksi ke Dongmen Street. Di Dongmen Street memang ada jual pelbagai barang terutamanya baju, kasut, mainan dan lain-lain. Aku sempat beli baju untuk anak saudara aku dan manicure. Sejarah tercipta, inilah kali pertama sepanjang umur hidup aku, aku buat manicure. Percayalah! Harga yang dikenakan memang murah cuma RMB20.

Comel je gadis ni. 

Aku tak plan nak buat manicure ni tapi bila aku tengok kawan aku buat, seronok pula aku tengok. Kebetulan tak tahu nak buat apa, buat sekalilah. Aku asyik tengok kuku lepas manicure. Waah, cantik dan berkilatnya kuku aku. (maaflah, akak ni jakun sikit)

Aku perasan juga, orang di Shenzhen memang menjaga kecantikan. Di mana-mana sahaja, mesti ada kedai kecantikan dan urut. Di Shenzhen juga, suasananya lebih santai berbeza sekali dengan di Hong Kong yang serba serbi sibuk dan laju. 

Suasana malam di Dongmen Street. 

Dah puas membeli-belah, ambil teksi dan balik ke hotel. Masuk bilik, terus tidur. Kruuuhh....

p/s: sabar ya..sambung lagi hari keenam. 

Saturday, June 1, 2013

Day 4: Hong Kong

Aku rasa inilah hari kemuncak aku berada di Hong Kong. Apa taknya, hari inilah aku ke Disneyland Hong Kong dan impian aku sejak kecil lagi untuk masuk ke Disneyland akhirnya tercapai. Hati gembira tak terkata bila dapat melihat sendiri watak-watak terkenal seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Donald Duck dan lain-lain. 

Awal-awal lagi aku keluar untuk ke Disneyland dan untuk ke sana dengan menaiki MTR sangat mudah bermula dengan stesen Tsim Sha Tsui:


Tsim Sha Tsui - Central - Sunny Bay - Disneyland 

Yang istimewa bila aku naik MTR menuju ke Disneyland dari Sunny Bay, hiasan dalaman MTR bercirikan Disneyland. So cute!!


Nampak tak tingkap dan pemegang Mickey Mouse? Comel kan? 

Pintu gerbang Disneyland Hong Kong. Yeaah!

Masa aku sampai, Disneyland belum buka lagi. Punyalah ramai orang beratur nak masuk. Bila pintu dah buka, ada pula penjaga yang periksa beg. Cuak juga sebab aku ada bawa bekal roti. Nasib baik lepas. Fuuh lega! Mereka periksa beg untuk keselamatan manalah tahu ada yang bawa barang merbahaya masuk. Untuk pengetahuan semua, harga tiket masuk untuk 1 hari ialah $HK450/seorang. 

Beratur dulu sebelum masuk. Belum apa-apa lagi dah ramai yang tunggu.

Masuk sahaja Disneyland, perkara pertama aku cari ialah peta dan waktu pertunjukan. Kena rancang baik-baik supaya tak terlepas. Dalam Disneyland ada keretapi yang mengelilingi seluruh kawasan dan inilah yang aku mula-mula naik. 



Aku tak naik sampai habis sebab turun di Fantasyland dan mulalah operasi untuk naik game yang ada di sana. Aku rasa tak sempat nak main semua sebab Disneyland ni besar. Memang tak cukup 1 hari nak explore semua. 

Ada insiden berlaku masa aku naik Dumbo the Flying Elephant. Boleh pula hujan turun elok-elok sahaja aku duduk dalam kerusi Dumbo. Masa Dumbo tu berpusing, memang aku basah lencun. Dahlah tak boleh buka payung, baju hujan lupa bawa. Nasib badanlah. Senyum je lah bila dah naik tapi dalam hati penuh sumpah seranah. 

Ini  antara yang sempat aku naik. 

Jangan lepaskan peluang untuk menonton persembahan Lion King dan Mickey Mouse dan perarakan. Best sangat!





Kalau sempat, boleh ambil gambar dengan watak-watak yang ada. Kena tahu juga di mana watak-watak ini berada dan waktu mereka ada. 

Beratur dulu sebelum ambil gambar. 

Cerita pasal makan, memang ada tempat makanan halal di Disneyland yang terletak di Tahitian Terrace. Ada pelbagai jenis makanan yang ada. Pilih apa sahaja yang berkenan dan jangan lupa sediakan wangnya. 

Tahitian Terrace yang terletak di Adventureland.

Nasi dengan kari ikan, kari ayam, sayur goreng, sup kosong dan jus oren harga $HK110. 

Memang aku berada di Disneyland sampai malam. Sebelum Disneyland tutup, ada  persembahan percikan bunga api dan ramai yang menunggu waktu ini. Boleh pula aku lupa pula nak ambil gambar sebab ramai orang dan kebetulan tempat aku tak berapa strategik. Memang cantik sangat tengok percikan bunga api. Kagum sangat sampai nganga mulut. Hehehe... 

Selesai sahaja persembahan percikan bunga api, aku pun beredar meninggalkan Disneyland yang aku sayang. Selamat tinggal Disneyland. Ada rezeki kita akan berjumpa lagi. Cewaah syahdu pula aku. Aku memang  mengesyorkan sesiapa yang sampai di Hong Kong untuk melawat Disneyland terutamanya yang berkeluarga. Bukan Sara dengan Hadi yang suka nanti, makcik dia pun suka tau! 

p/s: sambung hari kelima ok.