Pages

Sunday, June 2, 2013

Day 5: Hong Kong-Shenzhen

Hari terakhir berada di Hong Kong. Tak perlu nak tergesa-gesa nak check out sebab cuma 1 tempat sahaja nak pergi iaitu Masjid Ammar di Wanchai. Yang istimewa di Masjid Ammar ini ada disediakan kantin yang menghidangkan dimsum halal. Ramai orang pesan kalau nak cari dimsum halal, pergi sahaja ke situ. Hati teruja tak terkata sebab aku memang suka makan dimsum. 

Lepas urusan checkout selesai, kami pun bergerak dengan menaiki MTR ke Wanchai. Sampai sahaja stesen Wanchai, masing-masing puas mencari  lokasi Masjid Ammar sebab tak ada peta nak rujuk. Aku rasa entah berapa kali aku pusing kat pasar jual daging babi. Kali pertama aku tengok orang jual daging babi segar siap aku boleh nampak sendiri kepala, hidung dan kaki babi tu. Pusing punya pusing akhirnya jumpa juga Masjid Ammar tu. Alhamdulillah.

Dimsum halal dijual di kantin tingkat 5. Tak salah aku, dimsum dijual sampai pukul 3 petang jadi kalau lambat memang terlepaslah. Di sini bukan sahaja jual dimsum, pelbagai jenis lauk dan nasi pun ada. Aku memang suka bab makan ni. Memang aku cukup pantang, pantang jumpa mesti nak makan. Hehehe... Tak perlu aku cerita panjang, mari aku hidangkan kepada semua dengan makanan yang boleh membuat air liur meleleh. 















Aku dah cakap kan. Memang sedap. 

Aku siap minta bungkus nasi goreng ikan masin dan dimsum untuk buat bekal ke Shenzhen. Nasi goreng yang disediakan memang banyak, boleh makan untuk 2 orang. Harga semua makanan yang aku ambil boleh tahan juga mahalnya iaitu $HK315 tapi memang sedap. Memang berbaloi. 

Muka dah kenyang. Makanan pun tak larat nak habiskan. 

Di hadapan Masjid Ammar.

Selesai makan, balik semula ke hotel dan angkut beg untuk meneruskan perjalanan ke Shenzhen. Dari hotel naik teksi terus ke stesen MTR Hung Hom dan dari situ akan terus ke stesen Lo Wu yang membawa ke sempadan Hong Kong-China. Jauh juga untuk sampai ke stesen Lo Wu yang mengambil masa dalam 45 minit. Sampai sahaja ke stesen Lo Wu, aku pulangkan kad Octopus untuk dapatkan deposit dan baki jumlah kad. 

Lupa pula aku nak cerita pasal kad Octopus ni. Untuk memudahkan perjalanan sepanjang berada di Hong Kong, digalakkan untuk membeli kad Octopus yang berharga $HK150 (termasuk $HK50 deposit). Kad Octopus boleh dipakai untuk menaiki bas dan MTR. Senang sahaja untuk dapatkan kad Octopus ni, dapatkan di mana-mana stesen MTR. 

Urusan imigresen untuk memasuki Shenzhen tidak mengambil masa yang lama. Kebetulan masa aku beratur, ramai betul kanak-kanak dari Shenzhen yang pulang dari sekolah di Hong Kong. Siap ada kaunter khas lagi untuk mereka. 

Keluar sahaja dari stesen Luohu (stesen Lo Wu dan Luohu terletak bersebelahan sahaja. Stesen Lo Wu terletak di bahagian Hong Kong dan stesen Luoho terletak di bahagian Shenzhen), ramai pula orang yang menawarkan teksi dengan harga mahal. Aku panik bila tiba-tiba sahaja ada orang tegur aku dan tawar naik teksi. Untuk selamat, abaikan mereka dan diam. Terus sahaja cari teksi bermeter yang boleh bawa terus ke hotel. 

Ada insiden kelakar berlaku semasa aku nak naik teksi. Di sana mereka memandu sebelah kiri. Oleh sebab aku dah terbiasa naik kereta sebelah kiri, aku terkejut tiba-tiba nampak ada stereng. Aku terlupa dan pada masa yang sama malu sangat. Aku terus tutup pintu pemandu dan terus ke sebelah kanan. 

Di Shenzhen, aku tinggal di Shenzhen Muslim Hotel. Aku pilih hotel ini sebab senang nak cari makan halal tapi bila aku tengok keadaan bilik, amat sedih. Sedih sebab kebersihan bilik tak berapa terjaga dan usang dan pada masa yang sama keadaan luar yang agak bising terutamanya sebelah malam. Aku pujuk hati untuk terima sahaja apa yang ada lagipun cuma menginap 2 malam. 

Ok, dah rehatkan badan sekejap terus ambil teksi ke Dongmen Street. Di Dongmen Street memang ada jual pelbagai barang terutamanya baju, kasut, mainan dan lain-lain. Aku sempat beli baju untuk anak saudara aku dan manicure. Sejarah tercipta, inilah kali pertama sepanjang umur hidup aku, aku buat manicure. Percayalah! Harga yang dikenakan memang murah cuma RMB20.

Comel je gadis ni. 

Aku tak plan nak buat manicure ni tapi bila aku tengok kawan aku buat, seronok pula aku tengok. Kebetulan tak tahu nak buat apa, buat sekalilah. Aku asyik tengok kuku lepas manicure. Waah, cantik dan berkilatnya kuku aku. (maaflah, akak ni jakun sikit)

Aku perasan juga, orang di Shenzhen memang menjaga kecantikan. Di mana-mana sahaja, mesti ada kedai kecantikan dan urut. Di Shenzhen juga, suasananya lebih santai berbeza sekali dengan di Hong Kong yang serba serbi sibuk dan laju. 

Suasana malam di Dongmen Street. 

Dah puas membeli-belah, ambil teksi dan balik ke hotel. Masuk bilik, terus tidur. Kruuuhh....

p/s: sabar ya..sambung lagi hari keenam. 

2 comments: