Macam ayat skema kan tajuk aku kali ini. Semalam aku terima emel yang permohonan seminar luar negara telah diluluskan. Nak tahu ke mana? InsyaAllah Ahad ni aku akan bertolak ke Hanoi, Vietnam selama 4 hari. Untuk pengetahuan semua, ini adalah kali pertama aku ke sana dan aku tak dapat nak bayangkan bagaimana keadaan dan susana di sana nanti.
Ada beberapa sebab aku macam malas nak pergi sebenarnya. Mula-mula aku ingatkan tak dapat pergi sebab aku tak terima sebarang berita walaupun aku dah lama hantar permohonan seminar. Lepas tu, aku tak berapa suka jalan jauh-jauh terutama dalam bulan Ramadhan. Letih dan lapar, takut aku tak larat je nanti. Kalau pergi waktu hari biasa, mungkin aku boleh pertimbangkan lagi.
Setakat hari ini, persiapan aku ke sana belum ada apa-apa lagi tapi aku sempat baca beberapa maklumat nak cari makanan halal (makan je ingat aku ni), pengangkutan dan hotel yang aku tinggal nanti. Banyak lagi maklumat yang aku kena cari. Sempat lagi ke? Tinggal beberapa hari sahaja ni. Bukan apa, aku dah terbiasa kena siap semua terlebih dahulu nanti bila sampai sana, aku tak termangu-mangu tak tahu nak buat apa. Aku tak suka dalam keadaan macam tu.
Nasib baik aku tak pergi seorang jadi dapatlah buat teman aku di sana. Kalau nak makan, shopping atau jalan-jalan boleh pergi sama-sama. Aku dapat tahu yang kawan aku pun tak pernah ke Hanoi. Hmm..eloklah tu. Sama-sama kita teroka Hanoi. Kalau sesat, biar sama-sama sesat! Harap-harap janganlah kan. Hehehe..
Ok, ada sesiapa yang pernah ke Hanoi? Ada tips yang boleh kongsi sama? Please I need your help.
p/s: tak pernah terlintas aku akan ke Hanoi.
Tahniah kak long! Sekurang2nya sambil nyelam minum air. Dpt le melencong2 sket dan skip hanoi as the next destination... dpt pegi melencong free haa... ahakzz...
ReplyDeleteutamakan kerja dulu, lepas tu baru jalan-jalan. cewaah ayat skema gila.
Delete