Pages

Tuesday, July 2, 2013

Periuk raya


Aku suka lagi hari ini. Periuk yang aku order kat Mysale.my bulan lepas dah selamat sampai pagi tadi. Hari-hari aku dok tunggu bila agaknya periuk aku nak sampai. Janganlah dibuatnya periuk aku hilang ke tempat lain. Menangis akak seminggu! 

Lama dah aku aim periuk macam ni. Asalnya nak beli periuk Le Creuset tapi aku tak mampu nak beli. Harga mahu sampai ribu-ribu. Mana aku nak cekau duit banyak tu? 

Inilah butiran periuk aku tu.

Harga cuma RM211 brand Classica dari Australia. Rata-rata orang komen pasal periuk Classica ni katanya kualiti lebih kurang macam Le Creuset. Bagi aku, oklah tu kan? 

Bila aku beli periuk teringat pula kat arwah mak yang selalu beli periuk. Dulu aku dok tanya, apa faedahnya beli periuk banyak-banyak ni? Bila betul-betul kena kat aku, baru padan muka aku. Amik kau! Hahaha..

p/s: lepas ni boleh cuba masak gulai pakai periuk ni. 

2 comments:

  1. Molek sangat le tu kak long cuba masak lam piyok baru tuh...pastu lagi afdal bagi semangkuk kat jiran blakang umah merasa....kekekekeee....

    ReplyDelete
    Replies
    1. belum testing lagi periuk baru ni. masih elok simpan dalam almari. nanti bila ada makan-makan, bolehlah jemput sekali. :)

      Delete