Pages

Thursday, August 1, 2013

Salam dari Hanoi - hari ketiga

Sambung lagi cerita di Hanoi. Kawan aku bercadang untuk shopping di Dong Xuan Market. Oleh sebab Dong Xuan Market ini tutup awal pukul 6 petang, jadi kami cuba cabut sekejap waktu lunch. 

Di Dong Xuan Market ini jual pelbagai barang seperti kain, cendermata, baju dan banyak lagi. Sekali pandang macam berada di Padang Besar sahaja. Di sini aku mengambil kesempatan untuk membeli kain cotton dan Vietnam Silk untuk diri sendiri dan adik-adik. Murah juga kain di sini dan kalau ikutkan hati aku nak beli banyak lagi tapi masa pula singkat sangat. Itupun aku main ambil sahaja mana yang berkenan. Jumpa sahaja yang berkenan tak perlu lagi nak nak fikir banyak kali. 

Memang mata rambang tengok kain banyak. 

Suasana di dalam Dong Xuan Market. 

Yang tak bestnya orang dalam Dong Xuan Market pelik tengok aku yang besar ni. Agaknya mereka jarang nampak orang besar macam aku ni ditambah pula aku pakai tudung. Bila nampak aku sahaja, mulalah mengata macam-macam. Walaupun aku tak faham apa yang mereka cakap, aku dapat tangkap mesti cakap pasal aku. Bukan itu sahaja, mereka sempat lagi picit dan usik aku dan ada juga dengan selamba picit bontot aku. Aku telah dicabuli! Nak marah je masa tu tapi aku sabar je. Sesungguhnya aku berpuasa. 

Dalam masa 2 jam aku sempat borong beberapa pasang kain dan tshirt untuk dibawa pulang. Dekat USD140+ aku habiskan kat situ. Amik kau! 

Ini hasil tangkapan aku.

Sebelum keluar dari Dong Xuan Market, terjumpa orang Malaysia yang bekerja di kedutaan sibuk membeli barang di situ. Aku sempat tanya apa yang masyhur di Hanoi. Mereka mencadangkan beli beberapa barang seperti biji teratai , serbuk kopi (aku dah beli sebelum ni jadi aku tak beli) dan buah mata kucing kering (direbus dahulu dengan gula sebelum dijadikan minuman). Akhirnya aku beli biji teratai dan buah mata kucing kering dan bila sampai di rumah nanti boleh aku cuba. 

Selesai shopping, ambil teksi dan terus pulang ke hotel. Lepas seminar aku tak ke mana-mana pun sebab aku nak berbuka puasa dalam bilik memandangkan stok makanan aku ada lagi. Lebih baik aku habiskan semuanya daripada aku bawa balik semula ke Malaysia. Lagipun dapat jimat duit sekali! Hehehe..

Seminar dah habis, tak sabar nak balik. Yeaaah!

p/s: tak sangka dah nak balik Malaysia. 

No comments:

Post a Comment