Pages

Monday, September 16, 2013

Pertemuan tak diduga

Teka siapa aku jumpa baru-baru ini? OMG..orang yang dah lama aku tak sebut nama dia. Kali terakhir aku sebut nama dia masa hari konvokesyen UUM tahun lepas. Kalau ada sesiapa yang ikut blog aku, mesti ada yang dah tahu siapa orangnya. 

Ya, betul Mr. X. Nak gugur jantung aku dibuatnya bila dia tegur aku di Petronas. Masa aku tu aku nak bayar duit minyak dan dia pula sedang beratur beli barang. Waaah..terlepas rindu aku. 

Sepanjang aku memandu balik ke rumah, aku senyum je. Senyum sampai ke telinga. Hehehe...

Rasanya bila agaknya dapat jumpa lagi Mr. X? Lagipun aku dengan dia sama-sama tinggal di Bangi. Dulu dia ada sebut kawasan rumah dia tapi aku taklah sampai nak jadi stalker. Gila kau! 

Kawan-kawan MBA aku yang lain dah senyap je sejak konvo. Sibuk agaknya. Entah berapa kali nak buat reunion, asyik tak jadi sahaja. Aku malaslah nak urus reunion kalau tak ada siapa nak kerjasama. 

Apa yang pasti aku akan sentiasa rindukan pengalaman belajar sama-sama dulu. Susah macamana, insyaAllah pasti ada jalan penyelesaiannya. 

p/s: Mr. X masih macam dulu juga. 

2 comments:

  1. huhh sapola Mr X tu kak long oii...org bangi? sekolah bangi ke tak? tarak gambo ke? hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang dok bangi tapi tak sekolah kat bangi. nak gambar ke? nanti ya. nak kena carik balik gambar dulu.

      Delete