Pages

Monday, December 23, 2013

Cendol Durian Borhan, Dengkil

Dalam perjalanan aku untuk makan tengahari, aku nampak 1 papan tanda besar cendol durian. Waah, ini sudah bagus. Balik nanti aku boleh cuba. 

Inilah dia papan tanda Cendol Durian Borhan yang terletak di Dengkil. Senang je nak cari sebab memang terletak di tepi jalan dan bertentang dengan kubur cina.  

Katanya dah beroperasi sejak tahun 1997. Dah lama rupanya tapi cawangan Dengkil ini baru je buka. Hehehe... 

Ini rupanya kedai tu. Simple je. 

Mari kita tengok menu pula. Bukan sahaja cendol, ada makanan lain seperti mee kari, laksa, cucur udang dan kerepok lekor. 

Aku pilih cendol durian + jagung. Harga RM3 semangkuk. Aku ingatkan ada durian betul tapi yang ada cuma pes durian. Kecewa sikit. 


Kakak ini yang buatkan cendol. 

Suasana dalam kedai. Masa ini tak ramai orang lagi. 

Ulasan ringkas
Harga: 3/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 4/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: nak rasa kelainan cendol, boleh cuba di sini. 

2 comments:

  1. betul tu... kecewa sungguh.. pes durian tu pun banyak pewarna ngan tepung jagung kot, durian tak terasa, lepas tu ais kisar sikit sangat, sampai tak rasa sejuk pun, kedekut sungguh, tak berbaloi rm3 tu

    ReplyDelete