Pages

Friday, January 31, 2014

Restoran Serai, Cyberjaya

Aku tak pernah makan di Restoran Serai dan tak salah aku, Restoran Serai ada beberapa cawangan di Shah Alam, Subang Jaya dan terbaru di Cyberjaya. Nak juga aku mencuba sebab ada beberapa orang komen yang mengatakan makanan di sini sedap terutamanya Pavlova. Alang-alang dah ada di Cyberjaya, apa kata kita cuba.

First impression bila aku masuk, memang kagum sebab hiasan dan susun atur sangat cantik. Kebetulan masa tu tak berapa ramai orang dan terus dapat meja. Layanan pelayan memang mesra dan ramah. Perkhidmatan yang diberi juga cepat. Tak perlu nak tunggu lama-lama, dalam 10-15 minit dah sampai makanan yang dipesan. 

Nak tahu apa yang kami makan? 

Serai Iced Tea - air teh ada rasa masam sorbet limau. Aku suka! 

Nasi Goreng Kampung - oklah boleh tahan.

Mee Goreng Mamak - masin sikit.

Salted Egg Squid - sedap.

Berry Pavlova - rasa kering sedikit. Aku lebih suka yang lembap dan lembut sedikit macam marshmallow. 

Jumlah yang perlu dibayar ialah RM91.30. Amik kau!  

Bagi aku, harga yang dikenakan agak mahal. Secara keseluruhan, aku rasa makanannya biasa-biasa je. Agak kecewa sedikit sebab tak seperti yang aku sangkakan. 

Kalau diberi peluang, aku rasa aku tak mungkin datang lagi kecuali kalau ada orang belanja aku. Hehehe.. Aku mengharapkan makanannya sedap tapi rupa-rupanya tak. Mungkin aku mengharap terlalu tinggi. 

Maklumat lanjut:
Restoran Serai, 
P3A 16 & 17, Shaftbury Square, 
Persiaran Multimedia 6, 
63000 Cyberjaya, Selangor

Ulasan ringkas
Harga: 2/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 4/5
Suasana dan kebersihan: 4/5

p/s: tiba-tiba terasa nak makan steak. mana nak cari yang sedap ya? 

Thursday, January 30, 2014

Monday, January 27, 2014

Perkhidmatan terapi diri

Dah nak masuk 4 minggu kereta Myvi aku masih lagi di bengkel. Tak tahu berapa lama kereta aku nak siap. Maklumat terbaru yang aku dapat, adjuster insurans dah datang tengok keadaan kereta aku dan lepas tu baru boleh mula baiki kereta aku. Nampak gaya kena tunggu lagi sebab kebetulan minggu ini ada cuti Tahun Baru Cina.

Aku dah tak sabar lagi nak dapatkan kereta Myvi aku balik. Terasa lamanya nak tunggu. Aku tak fahamlah, bab nak minta suruh bayar insurans cepat je minta tapi bila nak uruskan tuntutan insurans punyalah lama nak ambil masa. Geram tau! 

Aku tak boleh nak geram-geram sebenarnya. Bila aku geram, aku akan cuba buat sesuatu untuk lepaskan geram. Perkhidmatan terapi diri katanya. Baru-baru ini, aku jumpa online shopping baju plus size. Banyak juga yang berkenan di hati. Pilih punya pilih, terus terbeli 8 helai baju. Amik kau!


Baju yang aku order dijangkakan sampai pada bulan depan. Bestnya dapat baju baru. Bolehlah aku pakai ke Bali nanti. Aku tak tahu apa motif baju baru dengan ke Bali? Main hantam je. Hehehe.. Sekurang-kurangnya aku puas hati.

Boss aku dah mula cuti sempena sambutan Tahun Baru Cina. Lama pula tu dia ambil cuti. Aku sangat suka. Senyum lebar sampai ke telinga. Bukan selalu dapat peluang macam ini. Gunakan masa yang ada sebaik-baiknya. Yeah!

p/s: mabuk makan limau hari-hari. 

Sunday, January 19, 2014

Al Qasr, Street Mall Cyberjaya

Baru-baru ini aku mencuba makanan masakan Arab di Al Qasr, Street Mall Cyberjaya. Tak salah aku, kedai ini baru je baru buka dalam bulan lepas. Setiap kali aku ke Street Mall, aku mesti tertanya-tanya bila agaknya kedai ini nak buka sebab ia mengambil masa yang sangat lama untuk ubahsuai. Bila aku dapat tahu kedai ini dah buka, membuatkan aku teruja dan tak sabar untuk mencuba makanannya. 

Pandangan pertama bila aku masuk Al Qasr, aku sangat kagum dengan hiasan dalamannya. Segala perabot, hiasan dan susun atur memang terperinci. Terasa aku berada di Negara Arab. 



Cantiknya lampu dia. 

Aku dapat tahu, tuan punya kedai ini asal orang Yemen dan sudah pasti makanannya adalah dari Yemen. Banyak juga pilihan makanan yang ada tapi kali ini aku mencuba Maftoon Chicken Rice.

Maftoon Chicken Rice harga RM12. 

Secara keseluruhan kalau nak dibandingkan dengan Saba', aku lebih suka makanan di Saba' lagi. Cumanya kalau makan di Saba' suasananya agak sesak sebab ramai orang dan susah nak cari parking. Kalau ada pilihan nak makan dengan lebih selesa, boleh sahaja cuba makan di Al Qasr. Dari segi harga pula, mahal sikit daripada Saba'. 

Sesiapa yang ingin mencuba, cubalah. Bagi aku, aku rasa biasa-biasa sahaja. Sangat sesuai kalau sesiapa yang suka lepak-lepak sambil menikmati keindahan dan suasana hiasan dalaman Al Qasr. 

Maklumat lanjut:
Al Qasr,
Street Mall,
Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Ulasan ringkas
Harga: 3/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 4/5

p/s: aku ada jumpa rencah nasi arab buat sendiri. 

Saturday, January 18, 2014

Sebelum umur 40 tahun

Ada beberapa perkara aku nak buat sebelum umur aku 40 tahun. Tinggal beberapa bulan je lagi ni. Kalau tak sempat nak buat semua, tak apa. Sekurang-kurangnya aku mencuba. 


1. Cuba langsaikan hutang-hutang (free debt)

2. Teroka lebih banyak tempat, tak kira di Malaysia atau luar negara

3. Kurangkan berat badan dan stay healthy (rasa-rasa boleh buat ke?)

4. Menghargai masa bersama-sama keluarga dan kawan-kawan

5. Kuatkan semangat dan terus berusaha

6. Belajar bahasa asing

7. Belajar balik bawa kereta gear manual

8. Belajar menjahit baju

Sebenarnya aku nak cukupkan 10 perkara tapi tak dapat fikir sekarang. Mungkin senarai ini akan bertambah lagi pada masa akan datang. Jadi, kena tunggu manalah tahu tiba-tiba idea datang. 

p/s: yang penting sebenarnya nak kena cari Abang Long dulu. hahaha...

Monday, January 13, 2014

Alasan beli baru

Tak biasa nak update blog kat handphone. Skrin kecil sangat. Tak syok nak tengok. Dahlah jari-jari aku ni ambam belaka. Terkial-kial bila tekan huruf. Apa taknya, sekali tekan, 2 huruf yang keluar. 

Bilalah agaknya nak laptop aku nak baik semula? Atau mungkin kena beli baru? Hehehe...

p/s: alasan kukuh untuk beli baru.

Friday, January 10, 2014

Nasib badan

Lepas kereta Myvi aku kena langgar minggu lepas, laptop aku pula buat hal. Apalah nasib badan. Baru masuk tahun 2014, macam-macam berlaku. Sabar je lah kan. 

Semenjak kereta aku tak ada, terasa macam kaki patah. Tak boleh nak ke mana-mana. Kereta yang ada semua manual. Aku manalah tahu nak bawa manual. Kalau nak ke mana-mana, tunggu je lah sesiapa yang sudi bawa. Macam lagu Bawalah Daku Pergi yang dinyanyikan oleh Anita Sarawak. Memang sesuai dengan keadaan aku sekarang ini. Hehehe.. Pergi kerja pun sekarang, ayah yang hantar hari-hari. Kasihan pula aku tengok.

Ini namanya dugaan dan cabaran yang perlu aku hadapi. Betul tak? 

p/s: semoga aku dapat menempuhi semuanya.  

Wednesday, January 8, 2014

Dulu dan sekarang


p/s:  bawa gadget di mana-mana sahaja sekarang

Saturday, January 4, 2014

Oh my Myvi

Hari ini dah masuk hari ketiga 2014 dan baru tadi berlaku peristiwa yang tak mungkin aku lupa sampai bila-bila. Nak tahu? Kereta Myvi tersayang aku kena langgar. Adduuhh!! Baru je masuk bonus, nampak gaya tak sempat aku nak merasa. Terasa macam duit tu akan melayang-layang.

Ceritanya bermula masa aku dalam perjalanan balik ke rumah petang tadi. Kebetulan hujan turun agak lebat dan keadaan jalan licin. Aku tengah beratur nak masuk simpang kanan dan tiba-tiba sahaja kereta Kancil langgar kereta aku dari belakang dan terus kereta aku langgar kereta Grand Livina yang ada di hadapan. Jadinya, kereta Myvi aku dah terkapit. Depan belakang kena langgar. 

Aduhai, aku tak tahu nak cakap apa-apa. Speechless. Pemandu kereta Kancil, entah berapa kali minta maaf dan beritahu aku yang brek kereta tak berfungsi. Aku nak marah macamana, benda dah berlaku. Nasib baik aku tak panik. Kalau tak, aku tak tahu apa nak jadi. 

Inilah rupa kerete Myvi tersayang aku tu. Aku rasa keadaan kereta Kancil lagi teruk sebab tak boleh jalan langsung. Nasib baik kereta aku boleh jalan lagi walaupun dah kena langgar. Yang kereta Grand Livina setakat kena bumper je dan bagi aku taklah serius mana. 


Oh my Myvi. 

Aku bersama-sama pemandu Kancil dan pemandu Grand Livina bincang elok-elok untuk selesaikan masalah ini. Keputusannya kami sama-sama pergi balai polis Kajang buat laporan kemalangan. Selesai buat laporan, kereta Myvi aku dihantar ke bengkel kereta dan dibaiki. Aku tak tahulah berapa lama kereta aku kena tahan. Aku terfikir macamana aku nak pergi kerja nanti. Dahlah kereta yang ada di rumah semuanya manual. Aku manalah tahu bawa manual. Ayoyo!!

Bila kejadian ini berlaku, rasa macam nak ambil kereta baru je. Jahat kan? Aku tahu kereta Myvi aku dah banyak berjasa dan berkhidmat hampir 9 tahun. Sudah pasti, aku sayang. Dahlah ini kereta pertama aku. Banyak kenangan indah bersama-sama. Cewaah!

Aku baru je plan nak pergi kenduri kahwin esok di Seremban. Nampak gaya macam tak jadi je. Sorrylah ya. 

p/s: nasib baik semuanya selamat. Alhamdulillah.