Pages

Sunday, January 19, 2014

Al Qasr, Street Mall Cyberjaya

Baru-baru ini aku mencuba makanan masakan Arab di Al Qasr, Street Mall Cyberjaya. Tak salah aku, kedai ini baru je baru buka dalam bulan lepas. Setiap kali aku ke Street Mall, aku mesti tertanya-tanya bila agaknya kedai ini nak buka sebab ia mengambil masa yang sangat lama untuk ubahsuai. Bila aku dapat tahu kedai ini dah buka, membuatkan aku teruja dan tak sabar untuk mencuba makanannya. 

Pandangan pertama bila aku masuk Al Qasr, aku sangat kagum dengan hiasan dalamannya. Segala perabot, hiasan dan susun atur memang terperinci. Terasa aku berada di Negara Arab. 



Cantiknya lampu dia. 

Aku dapat tahu, tuan punya kedai ini asal orang Yemen dan sudah pasti makanannya adalah dari Yemen. Banyak juga pilihan makanan yang ada tapi kali ini aku mencuba Maftoon Chicken Rice.

Maftoon Chicken Rice harga RM12. 

Secara keseluruhan kalau nak dibandingkan dengan Saba', aku lebih suka makanan di Saba' lagi. Cumanya kalau makan di Saba' suasananya agak sesak sebab ramai orang dan susah nak cari parking. Kalau ada pilihan nak makan dengan lebih selesa, boleh sahaja cuba makan di Al Qasr. Dari segi harga pula, mahal sikit daripada Saba'. 

Sesiapa yang ingin mencuba, cubalah. Bagi aku, aku rasa biasa-biasa sahaja. Sangat sesuai kalau sesiapa yang suka lepak-lepak sambil menikmati keindahan dan suasana hiasan dalaman Al Qasr. 

Maklumat lanjut:
Al Qasr,
Street Mall,
Jalan Usahawan,
63000 Cyberjaya, Selangor

Ulasan ringkas
Harga: 3/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 4/5

p/s: aku ada jumpa rencah nasi arab buat sendiri. 

4 comments:

  1. As Salam ..bila tgk entry nasi arab ni
    teringat lak makan nasi arab masa kt Madinah dan Mekah ..rindu pula..
    harus g makan nasi arab ni nak ilangkan kerinduan

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya belum sampai ke sana lagi. InsyaAllah ada rezeki, saya ke sana nanti.
      nasi arab kat sini tak berapa best sangat. saba' lagi sedap.

      Delete
  2. Saba' memang tiada tandingan buat masa ni...

    ReplyDelete