Pages

Thursday, February 27, 2014

Restoran Noodles House, Cyberjaya

Kali ini aku nak bawa korang ke Restoran Noodles House yang memperkenalkan mee tarik yang biasa dibuat di China. Betul, sekali aku makan aku terasa berada di China. Poyo kan? Hahaha.. 

Apa yang aku tahu, mee yang disediakan adalah mee yang dibuat sendiri. Rasanya memang berbeza dengan mee yang biasa kita beli di kedai sebab lebih enak dan kenyal. 


Restoran Noodles House di Cyberjaya. 

Aku dapat tahu yang restoran ini baru dibuka satu bulan yang lalu. Lokasinya berhampiran dengan Bank Islam. Nampak tak gambar kat tepi tu? Agaknya, itulah cara-cara mereka buat mee tarik tu.

Masa aku nak order makan, aku tak tahu apa nak pilih. Nasib baik pelayan yang ada rajin melayan pertanyaan aku sebelum mengambil keputusan untuk order makanan. Terima kasih ya. 

Menu dan borang order. Harga dari RM2-RM30 untuk satu hidangan tapi kebanyakannya harga RM8. 

Dah pilih makanan, hantar borang order ke kaunter cashier dan tunggu makanan dihantar ke meja. Air pula ambil sendiri mana yang suka dekat kaunter cashier. Pilihan air yang ada ialah air teh cina, sour plum, air suam dan beraneka air soda (yang picit-picit tu). 

Nak tahu apa yang aku makan?

Sate ayam dan kambing (RM2 secucuk). Suka sate kambing. Sedap.

Braised Beef Soup Noodle (RM8). 

Air sour plum (free).

Sambal lada yang sangat kick. Perrgh!! Baru terangkat makan.

Apa yang aku suka restoran ini, ada disediakan surau yang luas untuk solat. Bagus kan? Hiasan dalam kedai adalah simple tapi selesa. Ramai juga yang datang makan terutamanya waktu makan tengahari sampaikan terpaksa tambah meja. 

Secara keseluruhan, rasa makanan yang dihidangkan adalah bukan makanan yang biasa kita makan seperti makanan yang pedas, masin dan berempah. Antara sebab itulah ada disediakan sambal lada yang pedas untuk menambah perasa kepada makanan. 

Maklumat lanjut:
Restoran Noodles House, 
42, Ground Floor, Blok 4810, CBD Perdana 2
Persiaran Flora
Cyberjaya, Selangor
Dibuka setiap hari pukul 10am-10pm. 


Ulasan ringkas
Harga: 4/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: tak perlu pergi jauh-jauh ke China untuk makan. 

No comments:

Post a Comment