Pages

Saturday, April 19, 2014

Day 1 - Brunei

Hampir seminggu berlalu trip aku ke Brunei dan Miri. Dari hari ke hari aku selalu ingatkan diri untuk update tapi aku asyik bertangguh sahaja dan ditambah pula sekarang aku agak sibuk. Maaf ya. 

Asalnya plan ke Brunei dan Miri adalah secara kebetulan sebab aku nampak Air Asia ada buat promosi. Alang-alang ada promosi, aku cuba tengok flight ke Brunei. Boleh tahan harganya. Apa lagi, aku tanyakan kawan aku sama ada dia berminat nak ikut aku ke Brunei. Dia setuju dan terus aku beli tiket ke Brunei dan balik ke sini melalui Miri. Kebetulan dah sampai ke Brunei, aku ambil kesempatan untuk jumpa kawan aku di Miri. Nak tahu? Ini adalah partner trip aku kali pertama dan sama-sama kali pertama ke Brunei. Berani kan? 

Aku pun tak tahu kenapa aku nak sangat melawat ke Brunei. Ramai juga yang bertanya kenapa nak ke Brunei? Apa yang istimewa dengan Brunei? Selagi aku tak sampai ke Brunei, bagaimana aku nak tahu apa yang ada di Brunei. Ternyata Brunei mempunyai tarikan tersendiri. Bukan sahaja mempunyai masjid dan pemandangan yang cantik, makanan yang dihidangkan juga sedap. 

Perjalanan dari LCCT ke Brunei mengambil masa selama 2 jam 20 minit. Alhamdulillah sepanjang perjalanan aku ke Brunei berjalan dengan lancar. Dalam diam-diam, aku sebenarnya takut juga naik kapal terbang sekarang lebih-lebih lagi dengan kes MH 370. 

Sampai di Lapangan Terbang Bandar Seri Begawan, tiba-tiba pegawai imigresen panggil "hajjah, mari sini" sambil menunjukkan kaunter imigresen yang kosong. Aku keliru dan tertanya-tanya bila masa pula aku naik haji? Baru aku tahu, rupa-rupanya itulah panggilan untuk wanita di Brunei. Kalau di sini sama ada panggil puan atau cik. Hahaha..malu aku. 

Urusan imigresen berjalan dengan lancar dan terus aku keluar untuk mencari pemandu untuk bawa aku ke hotel. Di Brunei, aku menginap di Hotel Jubilee dan sebab aku pilih hotel ini ialah hotel ini menyediakan perkhidmatan ambil dan hantar ke lapangan terbang. Seminggu sebelum aku ke Brunei, aku dah maklumkan kepada Hotel Jubilee untuk ambil aku di lapangan terbang. Tak salah aku, kalau ambil teksi kena bayar dalam $20-30. Mahal tu. 

Dari lapangan terbang ke hotel mengambil masa dalam 20 minit. Sepanjang perjalanan, aku melihat Bandar Seri Begawan sangat bersih dan tenang. 




Sampai di hotel, bilik sudah tersedia dan aku terus rehatkan diri sekejap. 

Hotel Jubilee

Pukul 1 tengahari kereta sewa sampai. Sepanjang aku di Brunei aku mengambil kereta sewa dengan bayaran $55 sehari. Asalnya harga $50 sehari tapi kereta yang aku nak kebetulan tak ada. Bengang juga sebenarnya sebab janji lain tapi dapat lain. Lagipun buat apa nak ambil kereta besar-besar sebab yang nak pakai cuma berdua sahaja. Aku malas nak bertekak lagi. Jadi ambil sahaja apa yang ada. Untuk memandu di Brunei, lesen memandu Malaysia memang sah dipakai. Tak perlu nak memohon lesen antarabangsa. 

Yang bestnya, kereta yang disewa sudah diisi minyak penuh jadi masa nak pulangkan kereta nanti, kena isi penuh balik. Adil kan? Jangan risau, harga minyak di sana murah. Cuma 53 sen setiap liter untuk RON 97. 

Kereta sewa, Vios harga $55 sehari. 

Oleh sebab dah waktu tengahari, perut aku dah memanggil untuk diisi. Hidangan pertama di Brunei adalah makan tengahari di Gadong. Aku dan kawan aku makan nasi campur yang berlaukkan ayam dengan sayur. Nak tahu berapa harga untuk 2 orang? Cuma $3 sahaja. Aku siap tanya balik berapa harga sebab aku macam tak percaya dengan harga tu. Bila dah sebut 2 kali dengan harga $3, memang betullah. 

Selesai makan tengahari, aku memandu sekitar Bandar Seri Begawan. Sempat singgah ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddin. Jangan tak tahu, kubah masjid dibuat daripada emas. Perrghh!! Boleh sahaja masuk masjid tapi tak dibenarkan ambil gambar. Apa-apa pun, kita layan dulu gambar masjid ya. 





Selepas itu, sambung lagi pusing-pusing sekitar Bandar Seri Begawan. Pandai tak, masa memandu aku tak ingat langsung nak bawa peta. Jadinya selama 3 jam aku memandu, asyik pusing tempat yang sama sahaja. Buang masa je kan? Tak salah aku, aku sempat ke Kampung Ayer, area Gadong dan tak pasti ke mana lagi. 

Akhirnya ambil keputusan balik ke hotel dan dapatkan peta. Masa aku balik ke hotel pun dah petang, jadi masuk bilik rehat dulu sebab sebelah malam ada kawan nak bawa kami makan-makan. Waah rezeki!

Pukul 8 malam, kawan datang ambil kami dan bawa ke Kampung Ayer. Di Brunei, pukul 8 malam dah banyak kedai yang dah tutup. No nightlife here. Apa lagi disko, confirm tak ada ok. 

Lepas makan malam, kawan aku bawa ke Mall di Gadong untuk beli sedikit cenderamata. Tak lupa singgah sekejap di pasar malam Gadong. Oleh sebab masih kenyang lagi, sekadar melihat sahaja apa yang dijual. Kalau lapar lagi, aku rasa macam-macam juga aku nak beli. Nampak sangat aku ni suka pergi pasar malam. 

Apam balik yang besar! 

Kuih celorot. 

Lebih kurang pukul 10.30 malam, balik ke hotel. Masuk bilik, aku mandi dan terus tidur. Sambung lagi trip Brunei. 

p/s: bangga dapat memandu di Brunei. 

19 comments:

  1. Salam kenal ... me suka sgt brunei .. rase aman tenang tenteram jer ...

    ReplyDelete
    Replies
    1. salam kenal juga.
      memang betul rasa tenang je di Brunei.

      Delete
  2. Ehhh azra pun ada di sini hee
    mazu, selain sewa kereta ada cara lain x nk travel around brunei ni like train kee

    ReplyDelete
    Replies
    1. train tak nampak pula ada di brunei. selain drp ambil kereta sewa ada perkhidmatan bas awam tapi tak banyak.

      Delete
  3. Assalam �� Train xda kt Brunei.. Bas cuma beroprasi jam 6 pg smpai 6 ptg je kt sini ��

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      betul la tu. saya memang tak nampak pun train di brunei.
      bas yg ada pun kecil macam bas mini.

      Delete
    2. tak lah. bas banyak je yang besar gedabak. bas mini utk sewa je. kalau pengangkutan harian memang bas besar

      Delete
    3. oh ye ke? saya tak tahu pula yg tu.
      sepanjang saya ada di brunei tak nampak pula bas besar. :)

      Delete
  4. Assalamualaikum.boleh saya tau awak sewa kereta di brunei dgn company ape?

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikumsalam,

      saya sewa kereta dengan KWSH Transport. boleh contact Brandon dgn emel kwshtransport@gmail.com

      Delete
  5. hai, boleh tau tak sewa kereta dengan syarikat apa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. nama syarikat sewa kereta ialah KWSH Transportation Services. boleh contact brandon dgn emel kwshtransport@gmail.com

      Delete
  6. wow teuja saya juga mahu ke sana

    ReplyDelete
  7. maaf,sewa keta tu rate BND kan?bukan MYR?cam x logik la plak kalu MYR sbb tmpt kita agak susah nak dpat MYR50

    ReplyDelete
  8. Betul juga, Brunei Tu kalau takde sewa

    ReplyDelete
  9. Sorry terputus plak, Betul juga Brunei kalau takde sewa kereta memang susah, mcm rugi jalan jauh jauh Lepas Tu tak sempat tengok tempat. Saya tejumpa blog akak sewaktu saya d Brunei skrg. Tapi sewa Dari Autox Brunei. Which saya pun recommend pasal owner dia tolong saya recommend mkan mana Yang sedap. Haha

    ReplyDelete