Pages

Monday, June 2, 2014

Day 1 - Bali

Beberapa hari sebelum bertolak ke Bali, aku demam siap ambil MC lagi tu. Risau juga kalau demam aku berterusan. Tak seronoklah kalau jalan-jalan waktu demam. Alhamdulillah aku bertambah pulih dan sepanjang aku berada di Bali semuanya berjalan dengan lancar. 

Trip ke Bali sebenarnya dah lama plan sejak dari tahun lepas lagi. Kali ini aku pergi bersama-sama 6 orang yang terdiri daripada 2 adik, ayah dan 2 anak saudara. Asalnya adik ipar aku nak pergi sekali tapi last minit tak jadi sebab dia ada kerja. Jadinya ayah aku menggantikan tempat adik ipar aku tu. Aku bertambah teruja sebab naik kapal terbang dari KLIA 2 yang baru sahaja beroperasi pada awal bulan Mei. 

Aku dapat tahu, untuk penerbangan luar negara mesti check in sekurang-kurangnya 3 jam sebelum berlepas. Apa taknya, KLIA 2 sangat luas. Aku rasa mahu setengah jam aku berjalan untuk sampai ke balai menunggu. Punyalah jauh! 

Ok, mari kita cerita pula trip Bali. Perjalanan dari KLIA 2 ke Lapangan Terbang Denpasar mengambil masa 3 jam. Entah macamana penerbangan kami lewat setengah jam yang sepatutnya bertolak pukul 10.35am bertukar kepada 11.00am. 

Lebih kurang pukul 2.00pm, sampailah kami ke Lapangan Terbang Denpasar dan keluar sahaja daripada pintu ketibaan, aku nampak ada orang pegang kad nama aku, Ms. Mazuriah. Glamer akak rasanya. Hehehe..Sepanjang aku berada di Bali, Arif telah membawa kami sekeluarga jalan-jalan. Nanti aku cerita pasal Arif, tour guide aku di Bali. Ok? 

Di Bali, aku menginap di Hotel Cipaganti, Legian. Hotel ini baru sahaja buka pada tahun 2013, tak sampai setahun rasanya. Masa aku check in hotel, ada sedikit salah faham sebab receptionist tu ingat aku ambil 1 bilik. Aku terkejutlah, sebab dia siap minta aku bayar lebih sebab bilik tu hanya dapat menampung untuk 4 orang sedangkan masa tu kami ada 6 orang. 

Eh, minah ni. Aku tak puas hati sebab sebenarnya aku ambil 2 bilik iaitu 1 bilik superior dan 1 bilik superior connecting. Mengikut pengiraan aku, memang cukup untuk 6 orang. Barulah dia perasan, memang salah dia sebab tak perasan yang aku buat 2 tempahan bilik yang berbeza. Eii geramnya. Lain kali tengok betul-betul ya. 





Hotel Cipaganti, Legian Bali. (sebut betul-betul. jangan salah sebut lain pula)

Selesai sudah urusan check in hotel, terus keluar cari makan sebab dah lapar. Arif mencadangkan makan di Restoran Malioboro yang masyhur dengan lauk ayam tulang lunak. Katanya ramai orang Malaysia suka makan di situ. Oklah, kami pun cuba. 

Rapuh sangat sampai boleh makan tulang sekali. Sedap!

Makan pun sudah, Arif bawa kami semula ke hotel. Perjalanan diteruskan lagi pada hari seterusnya. Lepas solat, aku dengan adik-adik aku keluar jalan-jalan sekitar Legian. Sepanjang jalan, memang banyak kedai yang menjual pelbagai barang. Sediakan sahaja wangnya dan jangan lupa untuk menawar harga dan tawar harga sampai separuh harga. Kami tak beli apa-apa pun cuma beli adapter. Entah macamana aku boleh lupa bawa. Ish apa nak jadi dengan aku ni. 

Lepas jalan-jalan masuk bilik, tidurlah apa lagi. Kita sambung lagi cerita di Bali ya. 

p/s: aku nak sangat tahu macamana dia masak ayam sampai tulang rapuh. ada sesiapa tahu? 

2 comments:

  1. Mesti dorang rebus dulu ayam tu pastu goreng hikss pandai2 je kan Jm
    Best lahh dpt travel ngan saudara mesti x de kes nk masam2 muka bagai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mungkin juga ayam tu rebus dulu tapi kagumla siap boleh mkn tulang sekali. Rangup sangat. Sekali-sekala jln dgn saudara. Baru mesra. Hehehe..

      Delete