Pages

Sunday, June 29, 2014

Day 3 - Bali (part 2)

Terlebih dahulu aku ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan dan selamat berpuasa kepada semua umat Islam. Minta maaf sebab mengambil masa yang agak lama untuk sambung cerita trip ke Bali. Harap ada yang masih sudi nak dengar cerita aku ni. Sebenarnya aku rindu korang and now I'm back. Mari kita sambung ok. 

Destinasi seterusnya ke Uluwatu. Jangan lupa ambil gambar banyak-banyak di sini. Percayalah sebab pemandangan di sini memang cantik tapi sayang aku tak dapat nak ambil gambar banyak sebab masa tu orang ramai sangat. Katanya di sini ada banyak monyet yang suka kacau orang tapi masa aku sampai, aku tak nampak pula monyet. Fuuh selamat. 




Tinggi tebingnya. 

Di Uluwatu juga boleh melihat persembahan tarian kecak yang bermula pukul 6 petang. Untuk menyaksikan persembahan ini, bayaran Rp100,000/seorang dikenakan. Kalau aku diberi pilihan antara tarian kecak dengan tarian barongan, aku lebih suka tarian kecak. 

Nak tahu kenapa ia dipanggil tarian kecak? Sepanjang tarian kecak ini, hanya bunyi kecak-kecak daripada penari-penari yang kedengaran, tiada alat muzik lain yang mengiringinya. Menarik kan? Oh ya, jangan lupa untuk datang awal untuk mendapat tempat yang strategik. Itu pesanan daripada Arif.  


Datang awal untuk chop tempat. 

Tengok betapa ramainya orang nak tengok tarian kecak. 

Walaupun aku tak berapa faham jalan ceritanya, aku seronok menonton tarian kecak. Yang aku kagum tu, penari-penari tu boleh buat bunyi-bunyi kecak dalam tempoh yang lama. Cuba korang buat bunyi kecak-kecak lama-lama. Boleh tak? Aku cuba buat 5 minit pun tak larat. Hahaha..

Dimulakan dengan upacara spiritual. 

Haa..dah mai penari-penari tarian kecak. Kecak..kecak! 

Tarian kecak. 

Tarian kecak diadakan selama lebih kurang 1 jam. Mula-mula tu agak bosan juga tapi bila nak hujung tu baru menarik sikit sebab ada bahagian penari tu jalan atas api.  Ditambah pula ada penari monyet putih yang buat aksi kelakar yang suka mengacau penonton yang ada. Kalau ada kesempatan ke Bali, cuba tengok tarian kecak. 

Seterusnya ke Jimbaran untuk makan malam. Istimewa di Jimbaran ini, boleh menikmati suasana pantai dengan bunyi ombak sambil kita makan. Waah kalau nak feeling romantik, boleh je ke Jimbaran. Sambil-sambil makan, ada pula sekumpulan ahli muzik datang ke meja pelanggan dan menghiburkan dengan dendangan lagu yang diminta. Tak kiralah bahasa apa, pasti mereka akan nyanyikan. 

Layan ombak rindu dulu. 

Masa makan, aku tunggu jugalah bilalah kumpulan ini nak datang meja kami. Nak minta mereka nyanyi boleh tapi kenalah bayar sedikit tips. Aku siap panggil waitress minta mereka datang ke meja kami. Apa, kau ingat akak tak mampu nak bayar? 

Nak tahu? Adik aku minta mereka nyanyikan lagu happy birthday dalam 2 bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia untuk anak saudara aku yang kebetulan masa tu adalah birthday dia. Apa lagi, bukan main suka anak saudara aku tu. Senyum sampai ke telinga. 

Makanan yang dihidangkan agak mahal harganya. Hidangan makanan untuk 5 orang, mahu mencapai Rp750,000++. Nak kata sedap sangat tu taklah. Bagi aku, biasa-biasa sahaja. 

Sotong goreng tepung. Sedikit liat.

Ikan bakar. Biasa-biasa je. 

Kerang bakar. 

Perut dah kenyang dan mata dah mengantuk, seterusnya balik ke hotel. Sampai bilik, aku memang terus tidur. Letih sangat seharian keluar. Ok, kita sambung lagi ya. 

p/s: hari keempat pula. 

4 comments:

  1. Alhamdulillah dapat pengalaman jalan2 ke negeri orang... Thanks for sharing.. :-)
    -Fara-
    Fara Menulis Tentang..

    ReplyDelete
    Replies
    1. You're most welcome dear. sharing is caring kan? :)

      Delete
  2. Salam. Hee sungguh seronok menonton tarian kecak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. seronok sangat. lebih-lebih lagi ada monyet putih yang nakal tu.

      Delete