Pages

Saturday, July 12, 2014

Day 5 - Bali

Hari terakhir di Bali tak banyak aktiviti yang dilakukan. Lagipun aku belum kemas beg. Ambil peluang pagi-pagi ini untuk buat apa yang patut. Lebih kurang pukul 10am, kami check out dari hotel. Entah macamana, aku boleh tertinggal poskad dah siap tulis untuk diberikan kepada kawan. Sayang kan?  

Sebelum ke airport, kami singgah sebentar ke kedai menjual busana muslim untuk menghabiskan duit baki Rupiah yang ada. Siapa sangka, di Bali ada juga tempat yang menjual busana Muslim. Lainlah kalau ke Bandung atau Jakarta, memang banyak tempat yang menjual busana Muslim ini. 

Aku yang tak plan nak beli apa-apa boleh terbeli telekung. Memang cantik dan sangat sesuai dipakai masa raya nanti. Yang penting aku muat. Faham-fahamlah nak cari telekung yang saiz istimewa ini susah nak dapat. Adik-adik aku lagilah, siap beli baju dan dress. Amboooi. Kedainya kecil sahaja tapi menyediakan banyak juga pilihan.

Ini alamatnya:
Bali Citra Busana
Jl. Griya Anyar Br. Rangkan Sari
Gg. Cineflex No. 4 Suwung Kauh, Pemogan Denpasar 
No. Tel: +62 82 145 901 906 (Ana)

Tak boleh lama-lama di sini sebab nak terus ke airport memandangkan flight pukul 2.15pm, perlu ada di sana dalam pukul 12pm. 

Jangan lupa untuk sediakan duit airport tax sebanyak Rp200,000 seorang. Terkejut aku sebab sebelum ini cuma Rp150,000. Airport di Bali baru sahaja diubahsuai sebab tu agaknya airport tax naik. Nasib baik dah asingkan siap-siap. Fuuh!

Selamat tinggal Bali.

Flight balik boleh pula lambat. Masa pergi lambat, masa balik pun lambat. Sabar je lah. Kami sampai di KLIA 2 dalam pukul 6pm. Alhamdulillah selamat sampai walaupun lambat. 

Ok, kepada sesiapa yang ingin ke Bali dan memerlukan perkhidmatan pengangkutan, boleh hubungi:

One More Tour 
Pak Yanto (+62 81 755 64888 / +62 81 2365 40997)
Email: ytobalitour@gmail.com

Bayaran dikenakan berpatutan dan perkhidmatan diberikan amat memuaskan. Untuk 1 hari trip adalah Rp350,000 termasuk minyak, driver dan tiket parking. Apa lagi, jom ke Bali! 

Suksma Bali maksudnya terima kasih Bali. Aku tak akan lupakan kenangan di Bali. 

Waaahh lega. Akhirnya cerita trip di Bali selesai sudah. Punyalah lama aku nak habiskan cerita. Belum ada plan nak ke mana-mana dalam masa terdekat. Nak cuti pun, kerja banyak pula. Tunggu je lah ya. 

p/s: aku rindukan pantai di Bali. 

No comments:

Post a Comment