Pages

Saturday, September 6, 2014

Restoran Bunga Cengkih, Dengkil

Lama dah tak buat ulasan makanan kan? Kali ini aku nak bawa korang ke kedai makanan masakan Negeri Sembilan. Aku bertambah teruja sebab aku ni ada darah orang Negeri Sembilan jadi aku nak pastikan betul atau tidak seperti apa yang dikatakan. 


Inilah dia Restoran Bunga Cengkih. 

Kedai ini terletak di Dengkil. Masa aku sampai tak ramai orang lagi tapi masa aku nak balik, semakin ramai orang yang datang untuk makan. Pilihan lauk tak banyak iaitu gulai lemak cili api dengan lauk ikan keli, telur itik dan daging salai atau asam pedas lauk ikan. 

Kali ini aku pilih gulai lemak cili api daging salai dengan ikan keli claypot. Yang ini kena tunggu sikit sebab nak kena masak dulu dalam claypot. 

Hasilnya? Habis licin dimakan. 

 
Boleh sahaja pilih lauk yang dah siap.


Suasana dalam kedai. 

Apa yang dapat aku simpulkan, gulai lemak cili api ada rasa masam sikit sebab ada letak buah bacang. Bagi aku, kalau pedas sikit pasti lagi best. Harga makanan bolehlah tahan anggaran dalam RM8-10 termasuk nasi, lauk dan minuman.  

Ulasan ringkas

Harga: 3.5/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: lain kali boleh cuba lauk asam pedas pula. 

3 comments:

  1. Licin! Sedap lah tu :-) dengkil kat area mana ni eh mazu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedap tapi kalau pedas, lagi best. Kedainya depan sikit dr kubur cina & terletak di deretan kedai sebelah kanan. X jauh dr simpang masuk ke dengkil. Err boleh agak tak?

      Delete
  2. Sy suka sbb mna ada mna2 kedai hidang masak lomak dlm claypot. Asam pedas dia pun dlm claypot. Mantapp. Sy suka kedai ni tp sbb Sy keja banting tnggal ptrajaya. Nk kejar msa kedai ni buka sukar sikit

    ReplyDelete