Pages

Monday, September 15, 2014

Restoran Kayu Manis, Cyberjaya

Kali ini aku nak bawa ke restoran yang menyediakan makanan cina muslim. Terletak berdekatan dengan opis aku. Aku cuma jalan kaki sahaja ke sana. Namanya ialah Restoran Kayu Manis. 

Tak salah aku ada cawangan lain di Bukit Jelutong. Baru sahaja beroperasi sebulan lebih, masih baru lagi. Masa aku sampai pun, tak ramai orang yang datang makan.




Keadaan dalam restoran. 

Menu ada gambar ketam yang menggiurkan. 

Air kelapa special (RM9.90). Ada laici, isi kelapa dan rasa limau sedikit.  


Ginger Beef Kuew Tiow (RM11)

Bagi aku, rasa makanan yang dihidangkan bolehlah tahan sebab ada banyak daging dan portion agak besar. Kalau nak makan seafood pun ada. Ada ketam besar hidup dalam akuarium. Boleh je order dan ambil terus dari situ. Aku jeles tengok meja sebelah siap order ketam black pepper nampak macam sedap je. 

Ulasan ringkas

Harga: 3/5
Kesedapan: 3.5/5
Layanan: 3/5
Suasana dan kebersihan: 3.5/5

Kalau ada sesiapa nak cuba, boleh sahaja hubungi: 


p/s: kalau ada keraian, boleh je cuba makan di sini. ketam banyak besar woo!!

2 comments:

  1. ciku pernah g sekali kat sini makan crab black pepper tu ngan famili.sedap..bestla dia tmpt ni jalan kaki je..hihi.kalau ada kesempatan dan poket penuh bolehla ciku terjah lagi.hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waah sedap ya? Nak cuba la nanti. Saya memang dah aim makan ketam. Geram saya tengok ketam dalam akuarium tu.

      Delete