Pages

Sunday, December 28, 2014

Sorotan 2014

Tak sangka tinggal beberapa hari sahaja kita nak masuk ke tahun 2015. Macamana pencapaian kita selama ini? Bagus atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera. Sendiri-sendiri fahamlah kan. 

Pada tahun 2014, dimulakan dengan pengalaman yang tak berapa bagus. Kereta kesayangan aku, Bubu ditimpa kemalangan. Masa aku kena langgar tu, aku dalam perjalanan ke rumah. Dah tak jauh pun nak sampai ke rumah. Tiba-tiba sahaja kereta kancil langgar dari belakang. Oleh sebab hentakan yang terlalu kuat, kereta aku langgar pula kereta di hadapan. Terus terdiam aku apabila apabila melihat bahagian hadapan dan belakang kena langgar. Bila hantar kereta ke bengkel, lama juga tersadai sampai 2 bulan! Kasihan Bubu. 

Bahagian belakang.

Bahagian hadapan. 

Cerita pasal jalan-jalan, tahun ini aku sempat ke Miri, Brunei dan Bali. Berbanding tahun lepas, tahun ini kurang sedikit. Nak buat macamana, kerja banyak. Tak sempat nak ambil cuti lama-lama tapi itu dah kira ok lah tu. Daripada tak ada langsung kan? 

Bandar Seri Begawan, Brunei

Miri

Bali

Aku rasa, macam dah ketagih kalau dalam 1 tahun tak pergi mana-mana. Terasa macam ada sesuatu yang kurang. Pantang nampak promosi Air Asia, MAS dan sebagainya, tangan ni gatal je nak klik. Punyalah tak sedar diri, untuk tahun 2015 dah ada 3 trip sedang menunggu. Amik kau! 

Aku tak akan lupa sampai bila-bila apabila aku diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bercuti di dalam akhbar Sinar Harian. Tak pernah terlintas pun sebenarnya sebab aku rasa banyak lagi tempat yang belum aku terokai. Berapalah sangat pengalaman yang aku ada kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada wartawan Sinar Harian yang memberi kepercayaan kepada aku untuk berkongsi pengalaman aku. Punyalah gembira sangat, pagi-pagi lagi aku beli 5 salinan Sinar Harian untuk dijadikan kenangan. 


Keratan akhbar Sinar Harian. 

Aku rasa tiada siapa yang akan melupakan peristiwa yang menimpa kepada pesawat MH370 dengan MH17. Tiap kali aku ingat balik, mesti terasa sedih sangat. Baru-baru ini pula pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang membawa seramai 155 orang penumpang telah hilang daripada pantauan radar dan masih dalam proses untuk mencari. Sama-samalah kita berdoa semoga pesawat QZ8501 ditemui dengan segera. 

Berbalik kepada perkara yang aku suka ialah pasal makanan. Di Cyberjaya tempat aku kerja semakin banyak tempat makan untuk dicuba. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Tak sangka komen dan pendapat aku boleh mencetus pelbagai reaksi. Mari aku ingin berkongsi sebahagian daripada koleksi makanan yang telah dicuba untuk tatapan semua. *meleleh air liur bila aku tengok balik*

Nasi Khabsa Ayam

Mee Goreng Mamak

Sate kambing dan ayam

Gulai daging salai masak lemak cili 

Kuew tiow ginger beef

Semoga pencapaian kita untuk tahun 2015 bertambah baik daripada tahun 2014. Selamat tinggal tahun 2014 dan segala apa yang berlaku akan menjadi kenangan bersama-sama untuk selama-lamanya. Cewaah! 

p/s: selamat datang tahun 2015. 

Monday, December 22, 2014

Cuti hujung tahun

Semakin sunyi suasana opis semenjak akhir-akhir ini. Tengok meja sebelah, kosong je. Apa taknya, pada penghujung tahun ramai yang mengambil kesempatan untuk habiskan baki cuti tahunan. 

Bagi aku, aku masih lagi di sini.  Sengaja aku tak ambil cuti sebab nak simpan untuk tahun hadapan. Macamlah hebat sangat plan aku tu sampai nak simpan cuti kan? 

Kepada yang bercuti, jaga diri baik-baik. Yang penting jangan lupa masuk semula kerja! 

Bestnya kalau dapat bercuti tepi pantai. *mood berangan tak sudah-sudah*

p/s: nak jalan tapi asyik hujan je. 

Sunday, December 21, 2014

Harimau Malaya

Nampak gaya tahun ini Piala Suzuki AFF bukan milik Harimau Malaya. Aku sangka bila dah masukkan 3 gol pada separuh masa pertama, ingatkan dapatlah peluang untuk menang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Pada 10 minit terakhir pasukan Thailand dapat mengejar dan berjaya masukkan 2 gol. 

Aku dah siap berangan kalau Harimau Malaya menang, mesti hari Isnin diumumkan cuti umum. Nak buat macamana, tak ada rezeki. Namun pujian patut diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang habis-habisan. Walaupun kalah di tempat sendiri, kita kalah dengan penuh kehormatan. Good job Harimau Malaya. 

Aku tahu ramai yang dok usha pemain nombor 7 Thailand tapi aku dok usha yang ini. Cuba teka. 






























Jurulatih pasukan Thailand, Kiatisuk Senamuang. 

Handsome tak? Hehehe..

p/s: bangun..bangun harimau bangun.

Thursday, December 11, 2014

Refund money - part 2

Ada juga yang nak tahu nama syarikat yang tak bayar balik duit dalam entry aku  sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini aku masih belum dapat duit balik. Janji dah berapa kali tapi tak tepati juga. Yang pasti ada sahaja alasan diberi kononnya sakitlah, cutilah, lupa nombor akaunlah dan banyak lagi. Arrrgghh tension akak dibuatnya tau!

Ini adalah maklumat syarikat yang aku maksudkan itu. Aku harap sesiapa pun tidak akan menjadi mangsa seperti aku pada masa akan datang. 

Ms. Tina
Forever Travel Service Co., Ltd.
Tel : (662) 6120625, 6120626, 6129116, 6129117
Fax :(662) 6120591, 6120592
skype : tinayuwadeewan
mobile : 085-179-6986
Email  : rsvn2@forever88.com
Website : www.forever88.com

Selalu juga buat promosi di Streetdeal.my dan ini di antara promosi terbaru yang dibuat. 




Sebenarnya aku tak suka nak buruk-burukkan nama sesiapa tapi kalau dah buat hal dengan aku, takkan aku nak diam diri sahaja kan? Oh no...that is so not me. Aku akan berusaha untuk dapatkan balik hak dan milik aku sampai berjaya. 

Hari-hari aku emel syarikat ini tanyakan duit balik. Biarlah apa kau nak cakap. Selagi tak dapat balik duit, aku akan terus menghantui kau. Hahaha!!! *gelak orang jahat*

p/s: nanti aku akan update lagi sampai dapat duit balik. 

Monday, December 8, 2014

Big Bad Wolf 2014

Hati sangat teruja bila Big Bad Wolf dah mula pada 5 Disember sehingga 16 Disember. Sudah menjadi lumrah aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memborong buku. 

Pada hari semalam, aku pergi pagi sebab selalu aku dengar cerita kalau pergi sebelah malam memang ramai orang. Lebih kurang pukul 9 pagi aku dah sampai di MIECC, Seri Kembangan. Masa aku sampai, semuanya berjalan dengan lancar. Kereta tak banyak beratur, nak cari parking pun senang dan orang pun tak ramai sangat masa tu. Akak sangat suka!

Lampu hiasan Big Bad Wolf. 

Pintu masuk. 

Masuk sahaja dewan MIECC, aku berpecah dengan ayah dan adik aku. Pandai-pandailah bawa diri dan carilah buku sesuka hati. Aku dapat rasakan pada tahun ini, pilihan buku lebih banyak berbanding tahun lepas. Susunan dan pembahagian buku pun lebih teratur. Baguslah macam tu. Aku pun boleh tengok buku dengan hati tenang. Nampak je buku yang berkenan, terus masuk beg. 

Oh ya lupa nak beritahu. Untuk memudahkan membawa buku, bawalah troli atau beg beroda sendiri. Memang ada disediakan kotak untuk simpan buku tapi kalau buku dah banyak, mesti berat nak bawa. Ingat tu. 

Lebih kurang 10.30 pagi kami keluar dari MIECC dan masa ini bertambah ramai orang yang datang. 

Mari aku tunjukkan hasil tangkapan aku. 

20 buah buku dengan harga RM199. Sangat puas hati!

Aku selalu beli buku yang banyak gambar atau yang berunsur humor. Malas dah nak beli novel tebal-tebal. Bukan apa, tak tahu bila masanya aku nak baca. Ada pernah beli novel sebelum ini tapi tak habis baca pun. Ada sesiapa nak?

Apa lagi. Pergilah ke Pesta Buku Big Bad Wolf. 

p/s: suka bau buku baru. 

Thursday, December 4, 2014

Refund money

Kali ini aku nak mengadu berkenaan dengan 1 syarikat yang pernah buat tour trip semasa aku di Bangkok. Dah lama aku nak cerita tapi aku rasa belum sampai masanya lagi. 

Ceritanya begini, tahun lepas adik aku pergi ke Bangkok dan ambil tour trip ke Damnoen Saduak floating market. Entah macamana, wakil syarikat tour ni tak datang pada hari yang ditetapkan. Puas adik aku call kenapa tak ada orang datang ambil. Bayaran tour dah bayar awal sebelum pergi ke Bangkok lagi. 


Silaplah siapa buat hal dengan aku. 

Selepas adik aku balik dari Bangkok, aku terus follow up pasal nak dapatkan duit balik. Bukannya banyak cuma RM165 untuk 3 orang dan sampai sekarang (dah 1 tahun) masih tak dapat lagi duitnya. Emel dah banyak kali aku hantar tanyakan pasal duit tu. Alasan sama yang diberi iaitu lupa nombor akaun aku. Geram akak dibuatnya. Kalaulah dia duduk dekat, mahu aku ketuk-ketuk kepala dia. *piak piak!!*

Aku bukannya apa, kalau syarikat tu memberi perkhidmatan yang baik pasti aku syorkan dan kongsi kepada semua. Yang dapat untung bukannya aku tapi mereka. Sedikit aku tak dapat apa-apa pun. Lagipun aku tak nak orang lain menjadi mangsa keadaan pada masa akan datang. 




Berbalik kepada cerita duit tadi, syarikat tu beritahu akan masukkan duit pada 7 Disember. Sebelum ini pun, dah banyak kali dia janji nak masukkan duit tapi masih tak ada perubahan. Kali ini aku tak boleh sabar dan sabar aku ada hadnya. Sama-sama kita tunggu sama ada dia mengotakan janji atau tidak. 


p/s: panduan untuk semua. 

Wednesday, December 3, 2014

Kentucky Fried Chicken pertama di Malaysia

Kentucky Fried Chicken (KFC) berada di Malaysia lebih daripada 40 tahun. KFC pertama terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan masih wujud sehingga sekarang. 

Mari aku tunjukkan perbezaan gambar KFC dulu dan sekarang. 


1973

Sekarang 

Kalau dulu memang jarang dapat makan KFC sebab tak banyak tempat yang ada. Sekarang ni, boleh pergi bila-bila masa sahaja. Apa taknya, KFC terletak seberang jalan opis. Jalan kaki pun boleh. Hehehe... 

p/s: suka makan yang original resepi KFC.