Pages

Sunday, December 28, 2014

Sorotan 2014

Tak sangka tinggal beberapa hari sahaja kita nak masuk ke tahun 2015. Macamana pencapaian kita selama ini? Bagus atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera. Sendiri-sendiri fahamlah kan. 

Pada tahun 2014, dimulakan dengan pengalaman yang tak berapa bagus. Kereta kesayangan aku, Bubu ditimpa kemalangan. Masa aku kena langgar tu, aku dalam perjalanan ke rumah. Dah tak jauh pun nak sampai ke rumah. Tiba-tiba sahaja kereta kancil langgar dari belakang. Oleh sebab hentakan yang terlalu kuat, kereta aku langgar pula kereta di hadapan. Terus terdiam aku apabila apabila melihat bahagian hadapan dan belakang kena langgar. Bila hantar kereta ke bengkel, lama juga tersadai sampai 2 bulan! Kasihan Bubu. 

Bahagian belakang.

Bahagian hadapan. 

Cerita pasal jalan-jalan, tahun ini aku sempat ke Miri, Brunei dan Bali. Berbanding tahun lepas, tahun ini kurang sedikit. Nak buat macamana, kerja banyak. Tak sempat nak ambil cuti lama-lama tapi itu dah kira ok lah tu. Daripada tak ada langsung kan? 

Bandar Seri Begawan, Brunei

Miri

Bali

Aku rasa, macam dah ketagih kalau dalam 1 tahun tak pergi mana-mana. Terasa macam ada sesuatu yang kurang. Pantang nampak promosi Air Asia, MAS dan sebagainya, tangan ni gatal je nak klik. Punyalah tak sedar diri, untuk tahun 2015 dah ada 3 trip sedang menunggu. Amik kau! 

Aku tak akan lupa sampai bila-bila apabila aku diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bercuti di dalam akhbar Sinar Harian. Tak pernah terlintas pun sebenarnya sebab aku rasa banyak lagi tempat yang belum aku terokai. Berapalah sangat pengalaman yang aku ada kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada wartawan Sinar Harian yang memberi kepercayaan kepada aku untuk berkongsi pengalaman aku. Punyalah gembira sangat, pagi-pagi lagi aku beli 5 salinan Sinar Harian untuk dijadikan kenangan. 


Keratan akhbar Sinar Harian. 

Aku rasa tiada siapa yang akan melupakan peristiwa yang menimpa kepada pesawat MH370 dengan MH17. Tiap kali aku ingat balik, mesti terasa sedih sangat. Baru-baru ini pula pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang membawa seramai 155 orang penumpang telah hilang daripada pantauan radar dan masih dalam proses untuk mencari. Sama-samalah kita berdoa semoga pesawat QZ8501 ditemui dengan segera. 

Berbalik kepada perkara yang aku suka ialah pasal makanan. Di Cyberjaya tempat aku kerja semakin banyak tempat makan untuk dicuba. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Tak sangka komen dan pendapat aku boleh mencetus pelbagai reaksi. Mari aku ingin berkongsi sebahagian daripada koleksi makanan yang telah dicuba untuk tatapan semua. *meleleh air liur bila aku tengok balik*

Nasi Khabsa Ayam

Mee Goreng Mamak

Sate kambing dan ayam

Gulai daging salai masak lemak cili 

Kuew tiow ginger beef

Semoga pencapaian kita untuk tahun 2015 bertambah baik daripada tahun 2014. Selamat tinggal tahun 2014 dan segala apa yang berlaku akan menjadi kenangan bersama-sama untuk selama-lamanya. Cewaah! 

p/s: selamat datang tahun 2015. 

4 comments:

  1. wahh akk, display makanan nya sedap2 belaka...nasib baik kita dah sudah makan :D btw bestnya masuk surat khabar.... :D teringin jugak :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tengok gambar makanan tu selalu memang terliur lah. Lebih2 lagi masa lapar. Masuk surat khabar tu kebetulan. Cerita biasa2 je.

      Delete
  2. thn ini sahaja dah ada 3 trip menunggu..FUHH...lap peluh hihihi

    kasihan Bubu...kita drive dh carefully tpi org lian pulak yg buat hal...boleh claim insuran kan tapi kalau 2 bln tersadai di bengkel patah kaki jugak tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang claim insurans tapi prosesnya lama sangat sampai 2 bulan. patah kaki dibuatnya. nak ke mana-mana pun susah.

      Delete