Pages

Monday, January 12, 2015

Pindah jabatan

Selamat tahun baharu 2015 kepada semua. Minta maaflah dah masuk hari ke-12 aku baru nak ucap. Nak buat macamana, banyak perkara yang berlaku. Mula-mula unifi di kawasan rumah aku ada masalah kabel. Mahu 3-4 hari aku tak dapat nak pakai internet. Mati kutu aku dibuatnya. 

Perkara seterusnya aku dapat surat arahan yang aku dipindahkan ke jabatan lain. Pihak pengurusan sedang melaksanakan kerja penggiliran (job rotation) terutamanya pekerja yang dah bekerja lebih daripada 5 tahun di tempat sama. Aku antara yang terpilih dalam senarai tersebut. Pada mulanya aku agak berat nak tinggalkan tapi bila aku fikir balik, sampai bila aku nak bertahan di tempat sama? Inilah masanya aku nak berubah. Betul tak? 

Hari-hari kemas sedikit demi sedikit barang aku. Bayangkan hasil kerja lebih daripada 5 tahun, memanglah banyak! Ini pun tak semua aku kemas. Aku ada tinggalkan sedikit untuk rujukan kawan-kawan pada masa akan datang.  

Sebahagian barang-barang dah masuk kotak. 

Dah angkut barang-barang. Nampak kosong je meja. 

Selesai kemas barang-barang, mulalah tugasan baharu aku di jabatan lain. Agak mencabar dan berlainan dengan kerja yang biasa aku lakukan sebelum ini. Aku akan cuba yang terbaik dan harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. 

p/s: tahun baharu dengan kerja baharu. 

4 comments:

  1. salam akk... selamat berkerja di jabatan baru yer :D selamat tahun baru jugak :D terima kasih hantar poskad pada kita...terkejut masa poskadnya sampai :D cantik sgt2...so far ni poskad paling cantik yang kita ada, terima kasih banyak akk yer :D

    ReplyDelete
  2. Selamat tahnu baru Mazu...pindah jabatan? ke mana pulak tu..luar daerah atau masih dalam daerah yg sama

    good luck a new place ok :-)

    ReplyDelete
    Replies
    1. pindah jabatan tapi masih dalam daerah yang sama.
      nasib baik tak pindah jauh-jauh.

      Delete