Pages

Sunday, December 28, 2014

Sorotan 2014

Tak sangka tinggal beberapa hari sahaja kita nak masuk ke tahun 2015. Macamana pencapaian kita selama ini? Bagus atau sebaliknya? Tepuk dada tanya selera. Sendiri-sendiri fahamlah kan. 

Pada tahun 2014, dimulakan dengan pengalaman yang tak berapa bagus. Kereta kesayangan aku, Bubu ditimpa kemalangan. Masa aku kena langgar tu, aku dalam perjalanan ke rumah. Dah tak jauh pun nak sampai ke rumah. Tiba-tiba sahaja kereta kancil langgar dari belakang. Oleh sebab hentakan yang terlalu kuat, kereta aku langgar pula kereta di hadapan. Terus terdiam aku apabila apabila melihat bahagian hadapan dan belakang kena langgar. Bila hantar kereta ke bengkel, lama juga tersadai sampai 2 bulan! Kasihan Bubu. 

Bahagian belakang.

Bahagian hadapan. 

Cerita pasal jalan-jalan, tahun ini aku sempat ke Miri, Brunei dan Bali. Berbanding tahun lepas, tahun ini kurang sedikit. Nak buat macamana, kerja banyak. Tak sempat nak ambil cuti lama-lama tapi itu dah kira ok lah tu. Daripada tak ada langsung kan? 

Bandar Seri Begawan, Brunei

Miri

Bali

Aku rasa, macam dah ketagih kalau dalam 1 tahun tak pergi mana-mana. Terasa macam ada sesuatu yang kurang. Pantang nampak promosi Air Asia, MAS dan sebagainya, tangan ni gatal je nak klik. Punyalah tak sedar diri, untuk tahun 2015 dah ada 3 trip sedang menunggu. Amik kau! 

Aku tak akan lupa sampai bila-bila apabila aku diberi peluang untuk berkongsi pengalaman bercuti di dalam akhbar Sinar Harian. Tak pernah terlintas pun sebenarnya sebab aku rasa banyak lagi tempat yang belum aku terokai. Berapalah sangat pengalaman yang aku ada kalau nak dibandingkan dengan orang lain. Apa-apa pun terima kasih aku ucapkan kepada wartawan Sinar Harian yang memberi kepercayaan kepada aku untuk berkongsi pengalaman aku. Punyalah gembira sangat, pagi-pagi lagi aku beli 5 salinan Sinar Harian untuk dijadikan kenangan. 


Keratan akhbar Sinar Harian. 

Aku rasa tiada siapa yang akan melupakan peristiwa yang menimpa kepada pesawat MH370 dengan MH17. Tiap kali aku ingat balik, mesti terasa sedih sangat. Baru-baru ini pula pesawat QZ8501 dari Surabaya ke Singapura yang membawa seramai 155 orang penumpang telah hilang daripada pantauan radar dan masih dalam proses untuk mencari. Sama-samalah kita berdoa semoga pesawat QZ8501 ditemui dengan segera. 

Berbalik kepada perkara yang aku suka ialah pasal makanan. Di Cyberjaya tempat aku kerja semakin banyak tempat makan untuk dicuba. Ada yang bagus dan ada yang kurang bagus. Tak sangka komen dan pendapat aku boleh mencetus pelbagai reaksi. Mari aku ingin berkongsi sebahagian daripada koleksi makanan yang telah dicuba untuk tatapan semua. *meleleh air liur bila aku tengok balik*

Nasi Khabsa Ayam

Mee Goreng Mamak

Sate kambing dan ayam

Gulai daging salai masak lemak cili 

Kuew tiow ginger beef

Semoga pencapaian kita untuk tahun 2015 bertambah baik daripada tahun 2014. Selamat tinggal tahun 2014 dan segala apa yang berlaku akan menjadi kenangan bersama-sama untuk selama-lamanya. Cewaah! 

p/s: selamat datang tahun 2015. 

Monday, December 22, 2014

Cuti hujung tahun

Semakin sunyi suasana opis semenjak akhir-akhir ini. Tengok meja sebelah, kosong je. Apa taknya, pada penghujung tahun ramai yang mengambil kesempatan untuk habiskan baki cuti tahunan. 

Bagi aku, aku masih lagi di sini.  Sengaja aku tak ambil cuti sebab nak simpan untuk tahun hadapan. Macamlah hebat sangat plan aku tu sampai nak simpan cuti kan? 

Kepada yang bercuti, jaga diri baik-baik. Yang penting jangan lupa masuk semula kerja! 

Bestnya kalau dapat bercuti tepi pantai. *mood berangan tak sudah-sudah*

p/s: nak jalan tapi asyik hujan je. 

Sunday, December 21, 2014

Harimau Malaya

Nampak gaya tahun ini Piala Suzuki AFF bukan milik Harimau Malaya. Aku sangka bila dah masukkan 3 gol pada separuh masa pertama, ingatkan dapatlah peluang untuk menang. Rupa-rupanya sangkaan aku meleset. Pada 10 minit terakhir pasukan Thailand dapat mengejar dan berjaya masukkan 2 gol. 

Aku dah siap berangan kalau Harimau Malaya menang, mesti hari Isnin diumumkan cuti umum. Nak buat macamana, tak ada rezeki. Namun pujian patut diberikan kepada pasukan Harimau Malaya yang telah berjuang habis-habisan. Walaupun kalah di tempat sendiri, kita kalah dengan penuh kehormatan. Good job Harimau Malaya. 

Aku tahu ramai yang dok usha pemain nombor 7 Thailand tapi aku dok usha yang ini. Cuba teka. 






























Jurulatih pasukan Thailand, Kiatisuk Senamuang. 

Handsome tak? Hehehe..

p/s: bangun..bangun harimau bangun.

Thursday, December 11, 2014

Refund money - part 2

Ada juga yang nak tahu nama syarikat yang tak bayar balik duit dalam entry aku  sebelum ini. Untuk pengetahuan semua, sehingga hari ini aku masih belum dapat duit balik. Janji dah berapa kali tapi tak tepati juga. Yang pasti ada sahaja alasan diberi kononnya sakitlah, cutilah, lupa nombor akaunlah dan banyak lagi. Arrrgghh tension akak dibuatnya tau!

Ini adalah maklumat syarikat yang aku maksudkan itu. Aku harap sesiapa pun tidak akan menjadi mangsa seperti aku pada masa akan datang. 

Ms. Tina
Forever Travel Service Co., Ltd.
Tel : (662) 6120625, 6120626, 6129116, 6129117
Fax :(662) 6120591, 6120592
skype : tinayuwadeewan
mobile : 085-179-6986
Email  : rsvn2@forever88.com
Website : www.forever88.com

Selalu juga buat promosi di Streetdeal.my dan ini di antara promosi terbaru yang dibuat. 




Sebenarnya aku tak suka nak buruk-burukkan nama sesiapa tapi kalau dah buat hal dengan aku, takkan aku nak diam diri sahaja kan? Oh no...that is so not me. Aku akan berusaha untuk dapatkan balik hak dan milik aku sampai berjaya. 

Hari-hari aku emel syarikat ini tanyakan duit balik. Biarlah apa kau nak cakap. Selagi tak dapat balik duit, aku akan terus menghantui kau. Hahaha!!! *gelak orang jahat*

p/s: nanti aku akan update lagi sampai dapat duit balik. 

Monday, December 8, 2014

Big Bad Wolf 2014

Hati sangat teruja bila Big Bad Wolf dah mula pada 5 Disember sehingga 16 Disember. Sudah menjadi lumrah aku pasti tidak akan melepaskan peluang untuk memborong buku. 

Pada hari semalam, aku pergi pagi sebab selalu aku dengar cerita kalau pergi sebelah malam memang ramai orang. Lebih kurang pukul 9 pagi aku dah sampai di MIECC, Seri Kembangan. Masa aku sampai, semuanya berjalan dengan lancar. Kereta tak banyak beratur, nak cari parking pun senang dan orang pun tak ramai sangat masa tu. Akak sangat suka!

Lampu hiasan Big Bad Wolf. 

Pintu masuk. 

Masuk sahaja dewan MIECC, aku berpecah dengan ayah dan adik aku. Pandai-pandailah bawa diri dan carilah buku sesuka hati. Aku dapat rasakan pada tahun ini, pilihan buku lebih banyak berbanding tahun lepas. Susunan dan pembahagian buku pun lebih teratur. Baguslah macam tu. Aku pun boleh tengok buku dengan hati tenang. Nampak je buku yang berkenan, terus masuk beg. 

Oh ya lupa nak beritahu. Untuk memudahkan membawa buku, bawalah troli atau beg beroda sendiri. Memang ada disediakan kotak untuk simpan buku tapi kalau buku dah banyak, mesti berat nak bawa. Ingat tu. 

Lebih kurang 10.30 pagi kami keluar dari MIECC dan masa ini bertambah ramai orang yang datang. 

Mari aku tunjukkan hasil tangkapan aku. 

20 buah buku dengan harga RM199. Sangat puas hati!

Aku selalu beli buku yang banyak gambar atau yang berunsur humor. Malas dah nak beli novel tebal-tebal. Bukan apa, tak tahu bila masanya aku nak baca. Ada pernah beli novel sebelum ini tapi tak habis baca pun. Ada sesiapa nak?

Apa lagi. Pergilah ke Pesta Buku Big Bad Wolf. 

p/s: suka bau buku baru. 

Thursday, December 4, 2014

Refund money

Kali ini aku nak mengadu berkenaan dengan 1 syarikat yang pernah buat tour trip semasa aku di Bangkok. Dah lama aku nak cerita tapi aku rasa belum sampai masanya lagi. 

Ceritanya begini, tahun lepas adik aku pergi ke Bangkok dan ambil tour trip ke Damnoen Saduak floating market. Entah macamana, wakil syarikat tour ni tak datang pada hari yang ditetapkan. Puas adik aku call kenapa tak ada orang datang ambil. Bayaran tour dah bayar awal sebelum pergi ke Bangkok lagi. 


Silaplah siapa buat hal dengan aku. 

Selepas adik aku balik dari Bangkok, aku terus follow up pasal nak dapatkan duit balik. Bukannya banyak cuma RM165 untuk 3 orang dan sampai sekarang (dah 1 tahun) masih tak dapat lagi duitnya. Emel dah banyak kali aku hantar tanyakan pasal duit tu. Alasan sama yang diberi iaitu lupa nombor akaun aku. Geram akak dibuatnya. Kalaulah dia duduk dekat, mahu aku ketuk-ketuk kepala dia. *piak piak!!*

Aku bukannya apa, kalau syarikat tu memberi perkhidmatan yang baik pasti aku syorkan dan kongsi kepada semua. Yang dapat untung bukannya aku tapi mereka. Sedikit aku tak dapat apa-apa pun. Lagipun aku tak nak orang lain menjadi mangsa keadaan pada masa akan datang. 




Berbalik kepada cerita duit tadi, syarikat tu beritahu akan masukkan duit pada 7 Disember. Sebelum ini pun, dah banyak kali dia janji nak masukkan duit tapi masih tak ada perubahan. Kali ini aku tak boleh sabar dan sabar aku ada hadnya. Sama-sama kita tunggu sama ada dia mengotakan janji atau tidak. 


p/s: panduan untuk semua. 

Wednesday, December 3, 2014

Kentucky Fried Chicken pertama di Malaysia

Kentucky Fried Chicken (KFC) berada di Malaysia lebih daripada 40 tahun. KFC pertama terletak di Jalan Tuanku Abdul Rahman dan masih wujud sehingga sekarang. 

Mari aku tunjukkan perbezaan gambar KFC dulu dan sekarang. 


1973

Sekarang 

Kalau dulu memang jarang dapat makan KFC sebab tak banyak tempat yang ada. Sekarang ni, boleh pergi bila-bila masa sahaja. Apa taknya, KFC terletak seberang jalan opis. Jalan kaki pun boleh. Hehehe... 

p/s: suka makan yang original resepi KFC.

Sunday, November 30, 2014

Kajang #throwback

Aku ingin  membawa semua untuk mengimbas kembali kenangan pekan Kajang. Aku dapat gambar ini daripada whatsapp group kawan sekolah rendah. Tak salah aku, gambar ini diambil sekitar 1980-1990 an. Lama betul gambar ini. Terima kasih kerana sudi berkongsi. 

Nak ikutkan dulu, pekan Kajang ini adalah sebuah pekan kecil sahaja. Tak banyak bangunan tinggi ada pada waktu itu. Selalunya kalau nak ke Kajang, rata-rata memilih untuk naik bas sama ada bas Fo Hup (warna hijau) atau bas Sum (warna merah). Nak buat macamana, memang bas banyak masa tu kalau nak dibandingkan dengan pengangkutan awam lain.

Bukan itu sahaja, nak beli barang dapur, peralatan sekolah, baju dan lain-lain boleh sahaja didapati di Kajang. Sebut sahaja nama kedai seperti Chip Lee, Sang Lee dan Ali Store, orang lama Kajang dan Bangi mesti tahu punya. Hehehe..

Memang banyak kenangan indah masa muda-muda dulu. Aku selalu lepak di kedai kayu yang terletak di belakang stesen bas. Sambil menunggu bas datang, sempat lagi makan mee goreng dan minum ABC. Bukan sahaja sedap, murah pula tu. Bestnya kalau dapat kembali masa zaman tu. Rasanya masa tu kita bebas nak ke mana-mana dan tak banyak kes kehilangan anak seperti sekarang. 

Mari aku tunjukkan gambar lama pekan Kajang. Siapa yang masih ingat, beritahu aku ya dan jangan lupa untuk komen sekali. 

Kenangan pergi Kajang naik bas Sum.


Round about dah bertukar menjadi flyover dan jambatan. 




Stesen Bas Fo Hup.  


Tempat ni dah jadi bangunan Plaza Metro Kajang.


Macam-macam jual di kedai kayu ni. Kat sini juga selalu makan mee goreng bila balik dari sekolah. 

p/s: nostalgia betul. 

Saturday, November 29, 2014

Karnival Upin & Ipin 2014

Ini adalah cerita yang berlaku pada minggu lepas. Aku tak sempat nak update sebab agak sibuk kebelakangan ini. Kali ini aku nak kongsi pengalaman aku ke Karnival Upin & Ipin pada 21-23 November baru-baru ini. 



Banyak cerita buruk aku dengar dan baca sepanjang karnival tu berlangsung walaupun sambutan memang di luar dugaan. Aspek logistik seperti parking kereta dan lokasi adalah tidak amat memuaskan. Aku dan keluarga adik aku pergi pada 23 November (Ahad) dan bila sampai ke PICC nak mencari parking kereta punyalah susah. Aku rasa mahu pusing banyak kali baru jumpa parking kereta. Itu pun bila dah dapat, kena pula naik bukit yang agak tinggi. Habis tonggek bontot akak dibuatnya. 

Ikutkan hati aku memang tak nak pergi tapi kasihan bila tengok anak saudara aku yang beriya-iya nak pergi. Tak sampai hati pula nak hampakan dia. 

Bila dah masuk ke perkarangan PICC, orang punyalah ramai!!! Kasihan tengok anak kecil yang kepanasan dan keletihan. 

Di Lobi PICC. 

Nak masuk tengok pertunjukan Upin & Ipin dan Ultraman, kena berhimpit dan berebut. Aduhai, taubat aku. Kalau ada lagi pertunjukan macam ni, aku tak nak pergi. 

Pertunjukan Ultraman. 

Pertunjukan Upin & Ipin. 

Aku tak stay lama-lama dalam dewan. Apa taknya aku bukannya dapat tengok apa-apa. Setakat dapat tengok bontot orang di hadapan aku. Dah mereka tak nak duduk, macamana aku nak tengok pertunjukan. Geram tau. 

Ini tak boleh jadi. Aku nak keluar. Satu hal pula aku nak keluar sebab ramai orang nak masuk tengok pertunjukan. Memang sesak. Adik aku dengan anak saudara aku yang masih di dalam. Biarlah..bagi peluang anak saudara aku tengok Upin & Ipin dan Ultraman. 

Sementara tunggu pertunjukan habis, aku tunggu di luar sahaja dengan adik ipar aku. Dalam pukul 2 lebih, kami keluar dari PICC. 

Apa yang dapat aku ringkaskan, pengurusan karnival tidak memuaskan. Sepatutnya karnival macam ini, diadakan di kawasan yang lapang seperti di stadium, dewan atau padang. Kalau nak buat di PICC, setakat nak buat karnival yang kecil-kecilan tu bolehlah. Rata-rata yang pergi hari tu, memang tak berpuas hati. Harap untuk karnival akan datang, pihak pengurusan dapat pertimbangkan lokasi yang sesuai untuk diadakan. 

p/s: lokasi kena strategik. 

Thursday, November 13, 2014

Mokhtar Dahari




Cuba tengok Google.com hari ini. Ada gambar Mokhtar Dahari sempena hari lahirnya yang ke-61. Siapa tak kenal Mokhtar Dahari. Beliau adalah idola bola sepak yang terkenal pada zaman 1970an dan pernah mendapat anugerah pemain terbaik Asia. 

Aku kagum dengan Mokhtar Dahari sebab beliau adalah seorang yang setia. Bayangkan beliau telah mewakili pasukan bola sepak Selangor lebih daripada 15 tahun. Siapa lagi yang pernah mewakili satu pasukan yang sekian lama di Malaysia. 

Aku ingat lagi yang pasti setiap kali perlawanan yang melibatkan Mokhtar Dahari, aku tak akan lepaskan peluang untuk menyaksikannya. 

Pada tahun 1991, Mokhtar Dahari meninggalkan kita semua akibat penyakit yang dipanggil sebagai muscular dystrophy. Hingga sekarang, tiada siapa dapat menggantikan tempat dan menandingi kehebatan Mokhtar Dahari. 

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan orang yang beriman. 

p/s: beliau memang Supermokh!

Monday, November 10, 2014

Air Asia - free seats


Ada yang tergoda tak? Aku terpaksa tangguh dulu. Apa taknya untuk tahun 2015 dah ada 3 trip. Siapa nak bercuti tahun depan, ini adalah peluang terbaik. 

Anyway, happy holiday!

p/s: kuatkan iman..kalau tak, mesti dah rembat.

Tuesday, November 4, 2014

Jumpa boyfriend lama

Ok, kali ini aku nak buka cerita lain. Bukan cerita pasal jalan-jalan. Boleh kan? 

Apa perasaan korang bila jumpa balik boyfriend lama? Baru-baru ini aku jumpa boyfriend lama kat kenduri kahwin. Rasa nak tegur tapi takut. Sampai ke hari ini, aku dok tanya kenapalah aku tak tegur dia. Ya aku tahu aku ni pemalu orangnya. Hahaha...

Petang tadi aku beranikan diri hantar message untuk memastikan betul atau tidak dia ada masa kenduri kahwin hari tu. Nak tahu apa jawapan dia? Memang betul dia ada!! 

OMG! Aku tak tahu nak ungkapkan perasaan aku sekarang. Kan dah melepas. Padan muka aku. 

Perkara yang lepas, biarkan je. Tak perlulah nak diingatkan kembali. Konon nak pujuk diri sendiri. Lagipun dia dah berkeluarga. (akak juga yang masih solo) Sekurang-kurangnya aku tahu status dia sekarang daripada sunyi sepi tanpa berita. Betul tak? 

Life must goes on. Apa lagi? Jom kita jalan-jalanlah. Ada sesiapa nak ikut? 

p/s: be happy. 

Saturday, November 1, 2014

Piala Malaysia 2014

Malam ini akan menentukan pemenang Piala Malaysia 2014 antara Pahang dengan JDT. Aku dapat rasakan Pahang sudah pasti ingin mengekalkan kemenangan tahun lepas manakala JDT tak kurang hebatnya berusaha untuk memenangi Piala Malaysia. Apa pendapat korang? Malam ini Piala Malaysia akan menjadi milik siapa? 

Adakah milik JDT?

Pahang akan mengekalkan kejuaraannya?

p/s: ayah koi orang Pahang, koi sokong Pahang lah. 

Tuesday, October 28, 2014

4 series already

40 tahun dah aku ya. 

Alhamdulillah. 

Pada 25 Oktober cukuplah umur aku yang ke-40. Macam tak percaya je kan? Ramai juga yang beritahu aku ni tak ada rupa umur 40 tahun. Siap beritahu lagi umur dalam 30. Auww! Malu akak tau. Sebenarnya tak ada apa-apa petua untuk nampak muda. Anyway, enjoy your life and be happy. Itulah petua aku untuk nampak awet muda. Cewaah. Petualah sangat. Hehehe..


Bertenang, umur hanya pada angka tapi jiwa masih muda. 

Jangan jadi macam ni pula.


Tak sangka pula pada tahun kelahiran aku, ada pelbagai peristiwa penting yang berlaku. 

Ada juga yang beritahu aku dengan ayat ini.

Apa-apa pun, aku ingin ingatkan kepada diri aku dan lain-lain apabila kita menginjak umur 40 tahun, kita perlu: 

1. Meneguhkan tujuan hidup

2. Meningkatkan daya spiritual

3. Menjadikan uban sebagai peringatan

4. Memperbanyak bersyukur

5. Menjaga makan dan tidur

6. Menjaga istiqamah dalam ibadah


p/s: ada juga beritahu, life began at 40.

Friday, October 17, 2014

Pemenang Bajet 2015 Giveaway

Aku dah dapat pemenang untuk Bajet 2015 Giveaway. Tahniah diucapkan kepada pemenang. Aku rasa mereka dah hadiah tapi kalau tak dapat, tolong beritahu ya. Sebelum aku nak umumkan pemenangnya, aku ingin beritahu jawapannya. Jawapannya kepada soalan bila tarikh lahir aku ialah 25 Oktober

Ini pemenangnya:


Harap mereka berpuas hati dengan hadiah diberi dan gunakan sebaik-baiknya.

p/s: rasa-rasa ada lagi tak giveaway lepas ni?


Friday, October 10, 2014

Bajet 2015 giveaway

Waah ramai yang senyum lebar. Dapat bonus masa perbentangan Bajet 2015 tadi ya? Alhamdulillah, itu namanya rezeki. Untuk menambahkan kegembiraan itu dan sempena hari lahir yang bakal menjelang, aku nak beri giveaway istimewa. Bukan selalu dapat peluang macam ini. Betul tak? 

Caranya mudah sahaja. Jawab soalan mudah dan siapa dapat jawab dengan betul dan cepat, ada hadiah istimewa akan diberi. Kita tunjuk dulu hadiah ok. 

Notebook dan planner 2015. 

Berguna untuk menulis dan merancang plan untuk tahun 2015. Dibuat daripada 100% kertas kitar semula dan earth friendly. Saiznya pun comel sahaja, sesuai untuk disimpan dalam beg atau poket. Yang penting boleh dibawa ke mana-mana sahaja. Cewaah! Amboi siap promote lagi. 

Dah siap sedia dengan soalannya? Senang sangat soalannya. Soalannya ialah bila tarikh lahir aku? Aku dah bagi clue dalam entry sebelum ini. Ada 2 pemenang akan diberi dan masing-masing akan mendapat 1 notebook atau 1 planner 2015. 

Jangan lupa untuk berikan jawapan dan emel kepada mazuriah@gmail.com. Siapa cepat, dia dapat. 

p/s: selamat mencuba, jangan lupa emel jawapan. 

Thursday, October 2, 2014

Sama tarikh lahir dengan

Sambil buat kerja, aku sempat cari siapa lagi yang sama tarikh lahir dengan aku. Hahaha..nampak sangat aku ni tak ada kerja kan? Sebenarnya ada kerja tapi aku rehat kejap. Ye lah tu..nak rehatlah sangat aku ni.  

Nak tahu siapa? Aku pun tak sangka sebenarnya. Siapa sangka sama tarikh lahir dengan dia orang ni. Ok ini antara artis yang sama tarikh lahir dengan aku. 

Tiz Zaqyah


Katy Perry

Ciara


Roy penyanyi tahun 80-90an

Hannah Tan

p/s: siapa tahu bila tarikh lahir aku?

Tuesday, September 30, 2014

Berapa umur aku nanti?

Esok masuk bulan Oktober dan semakin bertambah umur aku lagi. 





p/s: rasa-rasa berapa ya? 

Wednesday, September 24, 2014

Projek tahun 2015

Untuk tahun 2014 yang tinggal beberapa bulan ni, aku rasa tak ada plan nak ke mana-mana. Sengaja nak simpan cuti tahunan untuk tahun hadapan. Ish ish..macam ada plan besar je kan sampai sanggup nak simpan cuti tahunan. Hehehe..

Oklah..nak kata plan besar sangat tu tak lah cuma badan tuan punya blog je yang semakin membesar. Pada asalnya aku tak sangka pula pada tahun 2015 aku akan ada 3 trip. Pantang nampak promosi tiket murah, main ambil je. Padan muka, tamak punya pasal. Mana aku nak cekau duit ni? 

Ke mana aku nak pergi nanti? Rasa-rasa boleh agak tak?

Februari 2015

April 2015

Oktober 2015

Harap semuanya berjalan dengan lancar. Yang penting sekarang ini ialah kumpul duit dulu lainlah kalau ada orang nak sponsor. Aku ok je. 

p/s: tangan gatal lagi...nak pergi jalan ke mana pula tu.