Pages

Wednesday, January 14, 2015

Restoran J Scoozi, Cyberjaya

Kali ini aku nak bawa ke salah satu tempat makan kegemaran aku di Cyberjaya. Namanya ialah Restoran J Scoozi. Istimewa kedai ini menyediakan masakan Johor. 

Aku dah lama tahu kewujudan kedai ini bermula dengan membuka gerai di Restoran Charlie di Cyberjaya sekitar tahun 2011. Kemudian berpindah di Glomac, Cyberjaya sebelum beroperasi di tempat sekarang pada Ogos tahun lepas. Bukan main terperinci lagi aku tahu sejarah kewujudan Restoran J Scoozi ini. 


Inilah dia Restoran J Scoozi. 

Kaunter bayar. 

Suasana dalam Restoran J Scoozi. 

Setakat ini, aku dah cuba Nasi Beriani, Kacang Pool, Laksa Johor, Tauhu Bakar dan Mee Bandung. Semuanya sedap tapi antara semua itu aku paling suka Mee Bandung. Cukup rasa pedas, masin dan pekat kuahnya dengan udang yang besar. Hehehe... Sambil makan, layan pula lagu zaman muda-muda dulu. Memang terbaiklah!

Mee Bandung (RM8)

Air Laici (RM2.50)

Nak tahu maklumat lanjut? 

Restoran J Scoozi
4808, Unit 0-25, Jln Perdana, Persiaran Flora, Cyberjaya
Tel: 010-5414444 atau 016-2689004

p/s: selamat mencuba!

Monday, January 12, 2015

Pindah jabatan

Selamat tahun baharu 2015 kepada semua. Minta maaflah dah masuk hari ke-12 aku baru nak ucap. Nak buat macamana, banyak perkara yang berlaku. Mula-mula unifi di kawasan rumah aku ada masalah kabel. Mahu 3-4 hari aku tak dapat nak pakai internet. Mati kutu aku dibuatnya. 

Perkara seterusnya aku dapat surat arahan yang aku dipindahkan ke jabatan lain. Pihak pengurusan sedang melaksanakan kerja penggiliran (job rotation) terutamanya pekerja yang dah bekerja lebih daripada 5 tahun di tempat sama. Aku antara yang terpilih dalam senarai tersebut. Pada mulanya aku agak berat nak tinggalkan tapi bila aku fikir balik, sampai bila aku nak bertahan di tempat sama? Inilah masanya aku nak berubah. Betul tak? 

Hari-hari kemas sedikit demi sedikit barang aku. Bayangkan hasil kerja lebih daripada 5 tahun, memanglah banyak! Ini pun tak semua aku kemas. Aku ada tinggalkan sedikit untuk rujukan kawan-kawan pada masa akan datang.  

Sebahagian barang-barang dah masuk kotak. 

Dah angkut barang-barang. Nampak kosong je meja. 

Selesai kemas barang-barang, mulalah tugasan baharu aku di jabatan lain. Agak mencabar dan berlainan dengan kerja yang biasa aku lakukan sebelum ini. Aku akan cuba yang terbaik dan harap semuanya dapat berjalan dengan lancar. 

p/s: tahun baharu dengan kerja baharu.