Pages

Sunday, April 19, 2015

Love from Melbourne - part 10

Hari terakhir di Melbourne tak banyak aktiviti yang dapat aku lakukan. Bangun awal untuk siapkan makanan dan bekalan sebab teksi ayah sampai pukul 6 pagi memandangkan flight ayah pukul 9 pagi.  Manakala flight aku dan adik lambat lagi iaitu pukul 3 petang. Jadi tak perlulah nak terburu-buru dulu. 

Kari ikan dengan nasi putih makanan terakhir di Melbourne. 

Selepas hantar ayah, aku dan adik bercadang untuk last minute shopping. Singgah ke Queen Victoria market untuk beli buah ceri. Kebetulan masa aku sampai di Melbourne sedang musim buah. Tak ketinggalan untuk tambah lagi cendermata untuk dibawa pulang. 

Buah epal. 

Buah strawberry, blueberry dan raspberry. 

Buah ceri. 

Tak boleh nak lama-lama di Queen Victoria market sebab aku tak siap kemas lagi. Dahlah waktu check out pada pukul 10 pagi. Nasib baik dapat check out tepat pada masa. Masih terlalu awal untuk ke airport jadi kami bercadang untuk ke Melbourne Central. Tambah lagi barang-barang nak bawa pulang dan pada masa yang sama untuk habiskan baki duit Australia yang ada. Hehehe.. Tak lupa juga untuk pos poskad kepada kawan-kawan. 

Rasanya semua dah dapat poskad aku ni. 

Dalam pukul 12 tengahari, ambil teksi untuk ke airport. Tiap kali aku nak check in dan timbang beg, mesti aku selalu berdebar-debar. Takut beg aku terlebih muatan. Alhamdulillah semuanya masih terkawal, tak lebih muatan. Fuuh! Di sini peraturan bawa hand luggage sedikit ketat. Mereka siap timbang lagi, selalunya di tempat lain tak macam tu. Sebelum masuk ke pintu perlepasan, aku siap makan dulu bekalan yang dimasak pagi tadi. 

Jemput makan ya. 

Selesai sahaja urusan imigresen, entah kenapa aku dan adik ditahan oleh pegawai imigresen. Aku tengok orang lain tak pula kena tahan. Apa hal pula ni? Setahu aku, aku tak buat apa-apa kesalahan pun. Rupa-rupanya pegawai imigresen nak periksa beberapa maklumat daripada kami. Beberapa soalan ditanya contohnya: 

1. Kenapa datang ke Australia?
2. Berapa lama di Australia?
3. Berapa banyak bawa balik duit Australia? 

Aku ingatkan apa tadi. Sudah pasti aku takutlah. Dibuatnya tak lepas balik, apa aku nak jawab dengan ayah nanti? Macamana aku nak balik kerja? Ayoyo!!!

Sepanjang perjalanan lebih kurang 8 jam balik ke KLIA, berjalan dengan lancar. Aku selamat sampai ke KLIA dalam pukul 8 malam. 

Jadi kawan-kawan, apa yang dapat aku simpulkan trip ke Melbourne memang best. Kalau diberi peluang, biarlah lama sikit berada di sana. 5 hari aku di Melbourne terasa singkat sangat. Tak banyak tempat aku dapat pergi. InsyaAllah kalau ada rezeki, aku akan ke Melbourne lagi. Kenalah kumpul duit banyak-banyak nampaknya. 

p/s: lega dah habis cerita trip Melbourne. 

16 comments:

  1. yuuuuhuuu dengan ini CT pun habis bacaaa trip ke Melbourne ini.. ehehe..
    next kemana pula ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rajin CT bagi komen. lepas ni CT bolehlah ke Melbourne ya.
      next trip?
      baru je balik dari ho chi minh.
      tak tau la bila boleh start cerita trip tu.

      Delete
    2. suka bace cerita kawan2 p travel.. rasa macam ikut sama ehehe.. wow hcm..
      cepat2 cr mood cerita.. nnt cuti sek mesti ramai yg nak p snaa..

      Delete
    3. tak dapat pergi tapi dapat baca dah kira ok
      sharing is caring kan?
      tunggu dulu cerita HCM. kena amik mood dulu.

      Delete
    4. yeah..!! dapatlaa pasang angan2 hihi..

      Delete
  2. WOWWW...masak kari ikan tu...hotel yang mazu stay tu boleh masak ek?...dah mcm kat umah sendiri...nasi putih dan kari mmg heaven

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh masak. aah mmg terasa mcm rumah sendiri. best sangat.
      kombinasi terbaik nasi putih dgn kari.

      Delete
  3. ha'a...dah terima poskad tu terima kasih mazu -:)

    ReplyDelete
  4. 5 hari tak cukup...nak pegi lagi? alahai...ni yg buat JM pun teruja nk ke sana tapi susah nk dapat rega tiket dalam kemampuan...berapa budget 5 hari mazu kat sana termasuk tiket flight...plan nak menabung nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang 5 hari tak cukup. paling kurang 1 minggu baru ok.
      bajet sepanjang 5 hari di sana (flight + hotel) dalam RM2k++
      kalau naik AirAsia lagi murah rasanya.
      apa lagi..mari menabung boleh ke sana sama-sama.

      Delete
  5. best kann gi melbourne., soklan bg org nerves je tuuh., ;)

    ReplyDelete