Pages

Tuesday, April 7, 2015

Love from Melbourne - part 9

Bangun awal pagi semata-mata nak update blog, Kagum tak? Bukan apa, malam ni tak boleh nak tidur sebab panas sangat. Alang-alang dah bangun, baik aku habiskan cerita Melbourne. 

Sambung balik cerita kita di Melbourne. Selepas jalan-jalan sekitar Woolamai Beach, destinasi seterusnya adalah Nobbies Centre. Kebetulan masa sampai di situ, ada pula rombongan tour daripada agent tupperware dari seluruh Indonesia. Perrghh ramai gila ok! Aku tak tahu berapa banyak bas mereka datang. 

Nobbies Centre. 

Di Nobbies Centre ada disediakan kawasan pejalan kaki dan sambil itu kita boleh melihat pemandangan pantai yang cantik. Jangan lupa pakai jaket sebab tiupan angin kuat dari pantai sangat sejuk. Kalau bernasib baik, boleh nampak penguin. 



Cantik tempat ni. 

Memandangkan masih terlalu awal untuk melihat Penguin Parade, Simon bawa kami untuk makan malam. Ikutkan boleh sahaja makan di Nobbies Centre tapi ruang makan dah ditempah oleh rombongan agent tupperware dari Indonesia. Tak boleh nak buat apa. 

Sebelum sampai ke tempat makan malam, Simon tunjukkan tempat kawasan Penguin Parade. Tak jauh pun dari Nobbies Centre. Lagipun semasa penguin tu keluar dari pantai malam nanti, tak dibenarkan ambil gambar. Takut mengganggu penguin tu nanti. Sekurang-kurangnya kita tahu dan apa nak dijangkakan nanti. 

Kawasan Penguin Parade. Penguin tu akan berjalan keluar dari pantai. 

Aku tak pasti Simon bawa ke mana untuk makan malam tapi jangan risau ada kedai makanan halal. Untuk makan malam adalah tanggungan sendiri sebab Autopia Tours tidak menyediakan makanan. 

Kedai yang menyediakan makanan halal. 


Order fish and chips dengan nasi butter dan kuah dal. 

Perut dah kenyang dan makan pun sudah. Seterusnya ke acara kemuncak untuk menyaksikan Penguin Parade. Sebelum masuk, Simon telah menyediakan alas duduk dan tiket masuk untuk setiap orang. Bila aku sampai ke pintu masuk, tiket aku tiba-tiba hilang. Aku perasan aku simpan tiket dalam poket jaket. 

Alamak..aku tengok semua ahli kumpulan aku termasuk ayah dan adik dah selamat masuk. Tinggal aku seorang di luar. Aku beritahu penjaga tiket yang aku dah hilang tiket. Lebih kurang merayu berilah aku masuk tapi mereka tak lepas aku masuk. 

Tak lama lepas tu, adik aku call tanya aku di mana. Aku beritahu yang aku tak dapat masuk sebab tiket hilang. Dalam kes ini, kalau dalam keadaan terpaksa, kena beli tiket barulah nampaknya. Tiket masuk kena bayar AUD25 tu. Uwaaa!!!!

Sambil aku memikirkan nasib aku ni, aku nampak Simon keluar. Lega hati aku. Masa ini aku dah nak menangis tapi control beb. Aku ceritalah macamana tiket aku hilang. Simon terus bawa aku balik ke bas semula dan sama-sama cari tiket. Puas aku cari tapi  masih tak jumpa lagi. 

Di sini ada 2 pilihan:

1. kalau aku bernasib baik, aku dapat tiket tu semula dengan percuma. 

2. kalau aku tak bernasib baik, terpaksalah aku beli tiket baru. 

Pada masa yang sama, Simon pergi berbincang dengan pengurus untuk dapatkan tiket masuk. Sementara menunggu apa yang akan terjadi, aku sempat berborak dengan Simon. Simon beritahu aku dia dah biasa dengan situasi macam ini sebab itulah dia boleh bertenang sahaja. Jangan tak tahu, rupa-rupanya Simon pernah sampai ke Malaysia. Kagum akak tau. 

Kalaulah aku dapat gambarkan masa ini, aku terasa aku sangat terhutang budi dengan Simon. You are my savior..you are my hero. Aaaaah sudah cukup, jangan nak berangan pula. Jiwang pula aku kali ini. 

Aku bernasib baik sebab aku dapat tiket masuk percuma. Fuuh! Alhamdulillah. Simon beritahu yang Autopia Tours selalu datang ke sini. Lebih kurang ada hubungan yang baik antara mereka dan sebab itu aku dapat tiket percuma. 

Dapat sahaja tiket masuk, aku tengok ayah dan adik dah tunggu di ruang legar. Kami bergegas masuk sebab acara Penguin Parade dah nak bermula. Dinasihatkan untuk membawa selimut atau pakai jaket sebab di sini sangat sejuk. 

Sebelum acara bermula, sedikit penerangan daripada pegawai bertugas berkenaan penguin. Tak lama lepas itu, kelihatan sekumpulan penguin keluar dari pantai. Alahai comel dan kecil sahaja penguin sambil berjalan terkedek-kedek. 

Selepas acara Penguin Parade, kami dibawa pulang semula ke Melbourne. Sampai di hotel dalam pukul 11 lebih. Mengantuk sangat tapi esok dah nak balik Malaysia. Kenalah siap sedia untuk mengemas. 

p/s: last minute shopping di Melbourne pula. 

10 comments:

  1. baik nya Simon tu...x de gambar dia ke hiksss

    ReplyDelete
    Replies
    1. Simon memang baik.
      sayang tak ada pula gambar dia.

      Delete
  2. sayangnyaaa xleh nak snap gmbar penguin.. kalo buat trip ke sini.. rasa berbaloi ke tak tengok penguin tu semua ?
    hehehe sbb kalo CT pegi.. nak tngk koala je ahak ahak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. memang tak boleh amik gambar penguin.
      kalau nak rasa pengalaman yg berbeza, ok je amik trip ni.
      asyik koala je la CT ni. suka koala ya?

      Delete
    2. aaaaa CT mmg pasang angan2.. kalau ke aussie.. nak dukung koala.. nak berenang ngan dolphin.. kenapa x excited ngn kanggaroo sbb diorng lepas je kanggaroo.. bleh posing2 tp koala exclusive..

      ps : koala berat montot.. suka tidoo je. macam CT wakakaka

      Delete
    3. angan-angan tu penting. manalah tahu jadi kenyataan. hehehe
      suka juga koala tu tapi koala tu asyik tido je.

      Delete
    4. tu yang snggop nak bayar lebih hehehe.. tp mengenangkan kemahalan hehe

      Delete