Pages

Wednesday, September 30, 2015

Trip seterusnya

Berdebar-debar pula nak pergi trip seterusnya pada hari esok. Sejak kena jerebu asyik batuk sahaja sampai sekarang  masih belum sihat sepenuhnya. Tak apa, bawa je ubat yang diberi doktor dan harapnya semuanya ok. 

Ke mana trip aku kali ini? Dengan siapa? Tunggu dulu. Nanti aku bagi hint. 

Alamak cerita pasal trip ke Bangkok belum mula lagi. Insya Allah aku akan buat lepas aku balik dari trip ini nanti. Boleh kan? 

p/s: rasa-rasa boleh teka tak? 


Monday, September 14, 2015

Jerebu

Semakin teruk jerebu hari ini sampaikan tak nampak apa-apa. Rasanya jerebu hari ini paling teruk setakat ini dan bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU)  setakat petang ini melebihi 150. Dikatakan ini adalah peringkat sangat tidak sihat. (IPU di antara 100-200)


Pandangan daripada opis aku. 

Bila dah berlaku jerebu macam ini, di antara langkah-langkah pencegahan:

1. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 

3. Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.

4. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.

5. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

6. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 

7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 

8. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 

9. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

p/s: doakan keadaan bertambah baik. 

Wednesday, September 9, 2015

Semangat dah hilang?

Mana hilangnya semangat nak update blog ni? Semakin lama semakin jarang aku update blog. Nak update trip ke Bangkok baru-baru ni, tak tahu bila nak mula. 

Harap semuanya bersabar. Boleh kan? Ok aku kongsi sikit gambar di Bangkok. Nanti aku cerita selanjutnya lain kali. 

Damnoen Saduak Floating Market. 

p/s: tarik nafas dulu sebelum nak mula.