Pages

Monday, September 14, 2015

Jerebu

Semakin teruk jerebu hari ini sampaikan tak nampak apa-apa. Rasanya jerebu hari ini paling teruk setakat ini dan bacaan Indeks Pencemaran Udara(IPU)  setakat petang ini melebihi 150. Dikatakan ini adalah peringkat sangat tidak sihat. (IPU di antara 100-200)


Pandangan daripada opis aku. 

Bila dah berlaku jerebu macam ini, di antara langkah-langkah pencegahan:

1. Mereka yang mengalami penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk.

2. Mereka yang berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 

3. Penutup hidung (topeng muka) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan kumpulan berisiko tinggi.

4. Orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. Kurangkan aktiviti sukan di luar rumah. Pakai topeng muka jika ingin keluar dari rumah.

5. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih.

6. Gunakan alat penghawa dingin dalam kenderaan ketika sedang memandu. 

7. Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak. 

8. Perokok dinasihatkan supaya tidak merokok apabila keadaan udara tidak sihat (iaitu IPU yang melebihi 100). 

9. Mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan mengambil cuti di luar kawasan yang berjerebu sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya di kawasan mereka. 

p/s: doakan keadaan bertambah baik. 

6 comments:

  1. mmg sgt teruk Mazu...bila sedut udara tu bau BUSUK!!! adus...jalan tutup hidung

    ReplyDelete
    Replies
    1. teruk sangat sampaikan hari ni sekolah di Selangor, KL,, Putrajaya & N.Sembilan tutup

      Delete
  2. teruk kan keadaan.. tp dengarnya skrang da kurang sikit..
    take care ya..

    ReplyDelete