Pages

Saturday, October 10, 2015

Bangkok - Day 1

Selamat pagi semua. 

Trip ke Bangkok dah sebulan lebih berlalu. Minta maaflah ya sebab mengambil masa yang agak lama untuk update. Untuk pengetahuan semua, ini adalah trip ulangan ke Bangkok selepas ke sana pada tahun 2013. 

Pada mulanya agak keberatan nak ke sana sebabnya seminggu sebelum nak pergi, berlakunya insiden bom meletup yang mengakibatkan beberapa orang telah mati. Ada yang kata tak payah pergi sebab bahaya tapi hati meronta-ronta nak pergi juga dan setelah mendapat pengesahan daripada kenalan di Bangkok mengatakan semuanya selamat, barulah berani aku ke sana. 

Aktiviti di Bangkok kali ini lebih santai memandangkan ahli rombongan kali ini ada 6 orang termasuk 2 kanak-kanak. Setelah selesai urusan check in di hotel, jalan-jalan sekitar MBK. Di Bangkok, aku menginap di Bangkok City Hotel yang terletak di Ratchathewi. Yang bestnya di hadapan hotel, terletaknya masjid dan untuk mencari makanan halal bukan lagi masalah.  


Bangkok City Hotel

Lebih kurang pukul 5.30 petang, van datang untuk membawa kami untuk menonton ke Siam Niramit Show. Urusan tempahan memang aku dah buat awal lagi sebelum bertolak ke Bangkok. Bagi aku, ini adalah persembahan yang patut ditonton kalau ada peluang ke Bangkok. 

Persembahan Siam Niramit yang menunjukan kebudayaan dan kesenian masyarakat Thailand. Kalau nak dibandingkan dengan persembahan di Istana Budaya, memang jauh berbeza bagai langit dan bumi. Memang kagum gila. Sebelum persembahan bermula pada pukul 8 malam, kita makan dulu. Lapar woo!!! 


Dewan makanan luas yang menyediakan pelbagai makanan. 

Ada sedikit persembahan untuk pra tonton. 

Sampai sahaja pintu masuk, pemeriksaan ketat dijalankan. Kamera tak dibenarkan bawa masuk. Janganlah berani nak cuba seludup bawa masuk. Habis 1 beg diselongkar dan kalau didapati ada kamera, silalah simpan ke loker yang telah disediakan. Ingat tu! 

Persembahan Siam Niramit berjalan lebih kurang selama 2 jam dan habis sahaja terus pulang ke hotel. Penat juga sebab tak cukup tidur. Nampak katil sahaja, terasa melambai-lambai dan menyahut nama aku je. 

Hari seterusnya, kita sambung dulu. 

p/s: ada aksi dayung sampan. 

2 comments:

  1. berapa bayaran tgk show ni maz termasuk makan or berasingan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Bayaran show dgn makan ialah THB1,700 sorg. Kalau nak tgk ahow sahaja, saya tak pasti berapa.

      Delete