Pages

Saturday, December 12, 2015

Surabaya-Yogyakarta (part 1)

Assalamualaikum semua. 

Agak lama juga aku peram cerita trip Surabaya-Yogyakarta pada bulan Oktober lalu. Trip ni dah 2 bulan berlalu baru sekarang aku nak kemaskini. Nak karang cerita kali ini kena ada mood dan feel. Bukan itu sahaja, nak kena ingat balik sepanjang perjalanan di sana. Faham-fahamlah umur dah tak muda lagi. Banyak benda yang dah tak berapa nak ingat. Hehehe..

Sebelum aku nak mula cerita, aku ingin berterima kasih banyak-banyak kepada Jari Manis (JM) yang sudi menjadi travel partner kali ini. Ini adalah kali pertama aku jalan bersama-sama dengan JM. Siapalah aku ni nak dibandingkan dengan JM yang glamour itu. 

Untuk pengetahuan semua, urusan beli tiket punyalah lama, tak salah aku lebih dari setahun aku membelinya. Beberapa hari sebelum nak bertolak, aku kena demam dan batuk yang agak teruk dan ditambah pula bebanan kerja yang semakin banyak. 

Aku hampir-hampir nak batalkan trip aku ke Surabaya-Yogyakarta. Aku terus tak sampai hati bila mengenangkan JM hubungi dan ingatkan aku pasal trip itu. Bersungguh-sungguh JM aturkan itinerary lagilah buatkan aku terus terharu sangat. I'm so touched.

Pada hari bertolak, itulah kali pertama aku bertemu JM di KLIA 2. Alahai comel kecil manis sahaja si JM. Memang jauh berbeza dengan aku yang besar gedabak. Kali pertama jumpa JM, memanglah malu-malu kucing. Apa taknya masa tu ayah ada. Takkanlah aku nak beritahu ayah yang aku kali pertama jumpa JM. Kalau dia tahu, mesti tak lepaskan aku pergi. 


Inilah Jari Manis merangkap travel partner. 


Alamak panjangnya mukadimah. Ok back to our trip. 

Urusan check in dan bagasi berjalan dengan lancar walaupun masa tu orang agak ramai. Dalam pukul 6.45 pagi penerbangan bertolak ke Surabaya dan sampai di sana sekitar pukul 8.30 pagi. Sampai di lapangan terbang Surabaya, kami disambut oleh Mr. Wong. Mr. Wong adalah warganegara Malaysia yang telah lama menetap di Surabaya. Sekali dengar Mr. Wong cakap, masih kedengaran slang Penang, Sarawak bercampur Bahasa Indonesia. 

Mr. Wong terus bawa kami berjumpa dengan Pakji yang menjadi tour guide sepanjang berada di Surabaya. Tanpa berlengah masa lagi, Pakji terus bawa kami ke Kota Malang. Destinasi pertama kami adalah di Lumpur Lapindo. Sedikit maklumat berkenaan Lumpur Lapindo, peristiwa berlakunya bencana penyemburan lumpur panas ke seluruh kawasan pada tahun 2006 yang mengakibatkan ramai yang terkorban. 


Kesan lumpur. Nampak bahagian atap sahaja yang tinggal. 

Yang tinggal hanyalah padang lumpur. 

Kami tak lama berada di sini sebab masih banyak tempat nak pergi dan ditambah pula dengan keadaan yang sangat panas. Tak tahan akak wooi. Kemudian berhenti sebentar untuk makan tengahari. Dah sampai waktu makan tengahari patutlah perut meragam minta diisi. 


Air limau suam dengan pai susu. 

Set nasi dengan ayam goreng. 

Alang-alang dah berhenti makan, terus solat sahaja di surau yang disediakan. Perjalanan diteruskan lagi dan berhenti di Masjid Ajaib di Tuben. Mengikut sejarah yang disampaikan, masjid ini dibina secara tiba-tiba tanpa diketahui oleh sesiapa pun. Pelik kan? 




Masjid Ajaib.

Di Masjid Ajaib pun tak singgah lama. Seterusnya kami ke Pantai Goa Cina. Nak sampai ke sini, punyalah mencabar betul dengan jalan yang bersimpang-siur. Bila sampai sahaja, aku rasa cabaran yang dilalui memang berbaloi. Memang cantik dan pemandangan pantai yang belum dicemar lagi. 



Pantai Goa Cina. 

Sangat sesuai nak layan jiwang di sini. Sambil menikmati pemandangan pantai dengan tiupan angin menderu. Best wooo!! Sempat lagi menikmati juadah makan malam ikan bakar yang simple tapi segar dan enak. Sampai ke hari ini, aku tak boleh lupa ikan bakar di Pantai Goa Cina. 

Ikan bakar cicah dengan sambal kicap. Perggh! 

Waah perut sudah kenyang, mata pula dah mengantuk dan badan minta untuk tidur. Terus ke Hotel De Daunan Boutique untuk bermalam di sana. Seharian berjalan jauh, memang penat rasanya. 

Kita sambung lagi pada hari kedua pula. 

p/s: jauh lagi nak habis cerita ini. sabar ya. 

16 comments:

  1. Machhham kenal laaaaa... Machammmm laaaa... Machhhammmmm kenall org sebelah Mazu tuh.. keh keh keh...

    ReplyDelete
  2. JM tu glemer ke Maz ehehehe...nanti menyampah bila org baca ahahha

    ReplyDelete
  3. ohh patutlah di Airport tu JM nampak Maz malu2 je....heee

    ReplyDelete
  4. ahaha...ringkas dan padat jalan cerita nya..okey nanti sambung hari ke 2 eh

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lama juga nak mengarang ayat tu JM. Nak sambung tu tak tau bila.

      Delete
    2. Ehhh... Suruh Mazu sambung plak... Jay Emm punya entry mana??? Manaaaa?????

      Delete
    3. ehehehe kita tunggu dan tunggu dan tunggu =)

      Delete
  5. bestnyaaa makan ikan bakar fresh gitu.. berbaloi travel jauh2 nk tengok bumi ciptaan-Nya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. sedap ikan bakar tu
      masih terasa-rasa sampai sekarang
      memang cantik pantai tu

      Delete
  6. kes CT ngan Kak Sal pun cenggini gak la.. cinta pandang pertama kat KLIA2 tu ngeh2..
    tapi mak ayah mmg tahu x pernah jumpa Kak Sal lagi.. tapi okay je.. dah report semua pasal Kak Sal da..

    ReplyDelete
    Replies
    1. agaknya kalau kita jumpa nanti 1 hari macamana ya?
      ai is malu tau
      hahaha

      Delete