Pages

Saturday, January 16, 2016

Air Asia - harga baru bagasi

Mulai 28 Januari 2016, semua harga bagasi untuk penerbangan Air Asia akan naik sama ada untuk penerbangan antarabangsa atau domestik. Aku macam biasa kalau naik kapal terbang tak sah kalau bawa beg merah yang besar itu. Semua barang dan baju nak bawa sekali. Light packing memang jarang dalam kamus perjalanan aku. 

Untuk tahun 2016, dah menunggu beberapa trip dengan Air Asia. Nampak gaya terpaksalah aku simpan duit lebih untuk tampung perbelanjaan. Sebagai contoh kalau ambil bagasi dari Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh. 

Sebelum:
20kg = RM45

Selepas 
20kg = RM52


Haaa..tengok peningkatan 15.56%. Banyak tu! Itu baru Kuala Lumpur ke Ho Chi Minh. Tak salah aku, kadar peningkatan harga bagasi berbeza sebab bergantung kepada destinasi yang kita pergi nanti. Bukan itu sahaja, kalau kita beli tiket dan ambil bagasi terus dengan ambil bagasi kemudian pun ada beza harga. Aduh pening kepala dibuatnya. 

Apa pendapat korang terutamanya yang selalu ambil bagasi ni? Bagi aku, sedikit sebanyak boleh memberi kesan untuk melancong. Kena fikir banyak kali kalau nak ke mana-mana. Nak jimat boleh sahaja naik bas atau keretapi tapi ia akan mengambil masa yang lebih panjang untuk sampai. 

p/s: yang penting, lepaskan apa yang ada ini dulu. 


2 comments:

  1. saya pun jarang travel light, mesti nak ambik bagasi...
    kalu mcm ni, kalau travel brdua, ambik satu bagasi je, share the cost..guna hand luggage semaksima mungkin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul
      kena buat strategi cantik punya kalau nak ambil bagasi ni

      Delete