Pages

Saturday, December 31, 2016

Dangal


Ada sesiapa dah tengok cerita Dangal lakonan Aamir Khan? Aku dah tengok baru-baru ni. Memang best, penuh dengan pengajaran, isu keluarga dan semangat juang yang tinggi. Berapa bintang boleh bagi? Aku boleh bagi 5 bintang. 

Sinopsis Dangal. 

Mahavir Singh Phogat (Aamir Khan) adalah bekas ahli gusti yang pernah menang pingat perak. Beliau telah berjanji dan nekad untuk dapatkan pingat emas dengan melatih gusti kepada anak lelaki. Sayang, anak lelaki yang diharapkan tak menjadi kenyataan apabila isteri beliau melahirkan 4 orang anak perempuan. 

Apa yang telah terjadi selepas itu? 

Rupa-rupanya anak perempuan Mahavir mempunyai bakat dalam arena gusti apabila anak perempuan menyerang dan memukul anak jiran. Terus semangat Mahavir membara lalu terus memberi latihan gusti kepada anak perempuan, Geeta dan Babita. 

Pada awal pembabitan Geeta dan Babita mendapat bantahan dan tohmahan daripada masyarakat tetapi Mahavir membuktikan bahawa pendapat mereka adalah tidak benar. Atas usaha Mahavir yang gigih, Geeta dan Babita telah berjaya mewakili India dalam arena gusti ke peringkat antarabangsa. 

Apa tunggu lagi? Pergilah tengok. Ini bukanlah filem India yang tipikal yang biasa kita tengok. Ada scene memang sedih terutamanya bila berkait hal-hal keluarga yang menunjukkan kasih sayang seorang ayah kepada anak. 

Rasa nak tengok lagi sebenarnya. Jom ada siapa nak ikut tak? 

p/s: suka lihat watak Aamir Khan. 

6 comments: