Pages

Tuesday, March 28, 2017

Kuching, Sarawak - tempat menarik

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang banyak tempat menarik di Kuching. Terutamanya bila dapat pandu sendiri, lagi bebas ke mana-mana. 

Salah satu tempat yang sempat dilawati adalah Serikin. Nak tahu apa yang istimewa di Serikin? Ada pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan dan untuk pengetahuan semua, pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi kalau ada rancangan ke sana, pastikan sampai pada hari tersebut.

Tak sempurna kalau tak beli kain. 

Biskut Gery yang viral. Aku beli dengan harga RM44 sekotak yang ada 20 bungkus. Rasanya sini lagi mahal kan? 

Dalam perjalanan balik ke Kuching sempat singgah ke Wind Cave dan Fairy Cave. Singgah sekejap sahaja sebab hujan. Sempatlah ambil gambar buat syarat dah sampai. 

Wind Cave.



Fairy Cave. 

Di Kota Samarahan, aku sempat jalan-jalan masuk UNIMAS. Perasan nak jadi pelajar balik. Nasib baik tak kena tahan. Hehehe..


Ada rupa pelajar UNIMAS tak? 

Yeaah UNIMAS. Here I come. 

Terdapat jeti feri di Kota Samarahan dan pengangkutan feri masih lagi berfungsi untuk sampai ke sebarang sungai. 





Bila tiba di Bandar Kuching, jangan lupa untuk mencari replika kucing. Aku dapat jumpa 3 replika kucing yang terletak berdekatan antara 1 sama lain. Seronok aku bila dapat jumpa replika kucing ni. 

Dekat Jalan Chan Chin Ann. 

Berhadapan Hotel Grand Magherita. 

Dekat Waterfront. (jauh sebab ambil gambar dalam kereta) 

Selain daripada itu, bolehlah cuba untuk menaiki cruise yang mengelilingi Sungai Sarawak. Tiket untuk menaiki cruise adalah RM130 seorang tapi aku dapat diskaun bayar RM125 sebab beli awal. Cruise hanya berjalan sekali sehari pada pukul 5.30pm. 


 Kapal cruise


Tingkat atas kapal cruise. Dinasihatkan datang awal untuk dapatkan tempat yang menarik. 

Disajikan dengan kek lapis dan air oren sepanjang perjalanan. 


Masjid Negeri Sarawak.  

 Astana. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak. 


Kapal-kapal nelayan. 

Bersama-sama penari membuat persembahan tarian tradisional Sarawak. 

Jangan lupa untuk membeli ole-ole dari Sarawak. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan ikan terubuk masin. Memang berbaloi beli sebab murah dan sedap. Nasib baik masa beli tak lebih muatan. Kalau tak, berpeluh ketiak nak bayar nanti. Fuuuh lega! 

Adik manis jual kek lapis. 

Itu sahaja cerita trip di Kuching. Trip main redah je tanpa ada apa-apa itinerary. Bila penat jalan, balik hotel bantai tidur. Sempoi habis trip kali ini. Yang penting aku gembira di Kuching. Lepas ni boleh buat lagi kan? 

p/s: bulan depan dah tunggu 1 trip. ke mana? tunggu! 

Monday, March 27, 2017

Kuching, Sarawak - syurga makanan

Untuk tahun 2017 dimulakan dengan trip ke Kuching selama 4 hari 3 malam. Trip dalam Malaysia dulu bagi warm up sebelum melangkah lebih jauh. Dahlah trip ke Kuching adalah trip last minit yang dirancang kurang daripada 1 bulan. Tak seperti trip sebelum ini yang mengambil masa berbulan-bulan. 

Trip ke Kuching kali ini lebih kepada jalan-jalan santai sambil menikmati makanan tempatan. Sepanjang aku berada di Kuching, aku menginap di Hotel Grand Magherita. 

Bilik di Hotel Grand Magherita. 

Pandangan daripada bilik. Boleh nampak Sungai Sarawak. 

Untuk explore Kuching, aku telah mengambil kereta sewa dan pandu sendiri. Sesiapa yang ada rancangan ke Kuching nanti, boleh hubungi Cikgu Halid (012-8871250). Servis memang baik dan yang best dapat kereta Axia baru. Harga pun boleh tahan, bayaran dikenakan adalah RM300 untuk 4 hari 3 malam. 

Kali ini aku rasa tak perlulah aku cerita terlalu terperinci sebab ini adalah trip ulangan dan kalau tak salah aku ini adalah trip kali ketiga. Aku cuma highlight yang penting sahaja dan manalah tahu boleh jadi rujukan kepada yang berminat ke Kuching nanti. Ok tak? Kalau nak tahu lebih lanjut, boleh sahaja emel kepada aku. 

Kuching memang tempat terbaik untuk makan makanan laut. Boleh katakan tiap-tiap malam aku akan ke Top Spot untuk makan makanan laut. Kebetulan pula, malam sebelum aku sampai rupa-rupanya PM Dato' Sri Najib dah datang. Lokasi Top Spot tak jauh pun dari hotel. Kalau jalan kaki, dalam 10-15 minit dah sampai. 

Sayur pucuk midin goreng belacan. Wajib cuba. 

Udang masak butter. 

Umai obor-obor dengan umai udang. 

Oyster pancake. 

Jangan lupa juga untuk mencuba makanan tempatan di Kuching.

Laksa Sarawak. 

Aiskrim gula apong. 

Teh 3 lapis. 

Cerita selanjutnya, aku akan kongsikan ke mana aku pergi sepanjang berada di Kuching. Sempat lagi aku menyamar jadi pelajar Unimas. Perasan muda lagi tapi tak sedar diri umur dah tua. Hahaha! 

p/s: makanan laut dahlah sedap, murah pula. terbaiklah! 

Monday, March 13, 2017

Jaket plus size untuk dijual

Aku ada jaket yang nak dijual. Rasa-rasa ada nak beli tak. Jangan risau harga boleh dirunding. Kalau ada yang plan nak bercuti ke negara yang ada musim salji, bolehlah pertimbangkan ya. 😃😃😃

Jaket ini beli di India dengan harga 6,000 rupees (RM360) tapi aku jual dalam RM280 termasuk bayaran pos. Material jaket adalah kulit. Kalau pakai waktu salji sangat sesuai sebab tahan sejuk. 



Jaket beli di Ho Chi Minh harga dalam VND800,000 (RM140) nak jual dalam RM100 termasuk bayaran pos. Material polyester dan tak tebal. Sesuai pakai masa musim bunga yang tak berapa sejuk.  


Kalau ada sesiapa berminat dan nak tahu lebih lanjut, boleh emel kepada mazuriah@gmail.com. Jangan malu-malu ya. 

p/s: dalam proses nak kemaskan almari.