Pages

Tuesday, March 28, 2017

Kuching, Sarawak - tempat menarik

Sebenarnya kalau nak diikutkan memang banyak tempat menarik di Kuching. Terutamanya bila dapat pandu sendiri, lagi bebas ke mana-mana. 

Salah satu tempat yang sempat dilawati adalah Serikin. Nak tahu apa yang istimewa di Serikin? Ada pasar yang menjual pelbagai barangan tempatan dan untuk pengetahuan semua, pasar Serikin dibuka pada hari Sabtu dan Ahad. Jadi kalau ada rancangan ke sana, pastikan sampai pada hari tersebut.

Tak sempurna kalau tak beli kain. 

Biskut Gery yang viral. Aku beli dengan harga RM44 sekotak yang ada 20 bungkus. Rasanya sini lagi mahal kan? 

Dalam perjalanan balik ke Kuching sempat singgah ke Wind Cave dan Fairy Cave. Singgah sekejap sahaja sebab hujan. Sempatlah ambil gambar buat syarat dah sampai. 

Wind Cave.



Fairy Cave. 

Di Kota Samarahan, aku sempat jalan-jalan masuk UNIMAS. Perasan nak jadi pelajar balik. Nasib baik tak kena tahan. Hehehe..


Ada rupa pelajar UNIMAS tak? 

Yeaah UNIMAS. Here I come. 

Terdapat jeti feri di Kota Samarahan dan pengangkutan feri masih lagi berfungsi untuk sampai ke sebarang sungai. 





Bila tiba di Bandar Kuching, jangan lupa untuk mencari replika kucing. Aku dapat jumpa 3 replika kucing yang terletak berdekatan antara 1 sama lain. Seronok aku bila dapat jumpa replika kucing ni. 

Dekat Jalan Chan Chin Ann. 

Berhadapan Hotel Grand Magherita. 

Dekat Waterfront. (jauh sebab ambil gambar dalam kereta) 

Selain daripada itu, bolehlah cuba untuk menaiki cruise yang mengelilingi Sungai Sarawak. Tiket untuk menaiki cruise adalah RM130 seorang tapi aku dapat diskaun bayar RM125 sebab beli awal. Cruise hanya berjalan sekali sehari pada pukul 5.30pm. 


 Kapal cruise


Tingkat atas kapal cruise. Dinasihatkan datang awal untuk dapatkan tempat yang menarik. 

Disajikan dengan kek lapis dan air oren sepanjang perjalanan. 


Masjid Negeri Sarawak.  

 Astana. 


Dewan Undangan Negeri Sarawak. 


Kapal-kapal nelayan. 

Bersama-sama penari membuat persembahan tarian tradisional Sarawak. 

Jangan lupa untuk membeli ole-ole dari Sarawak. Apa lagi kalau bukan kek lapis dan ikan terubuk masin. Memang berbaloi beli sebab murah dan sedap. Nasib baik masa beli tak lebih muatan. Kalau tak, berpeluh ketiak nak bayar nanti. Fuuuh lega! 

Adik manis jual kek lapis. 

Itu sahaja cerita trip di Kuching. Trip main redah je tanpa ada apa-apa itinerary. Bila penat jalan, balik hotel bantai tidur. Sempoi habis trip kali ini. Yang penting aku gembira di Kuching. Lepas ni boleh buat lagi kan? 

p/s: bulan depan dah tunggu 1 trip. ke mana? tunggu! 

7 comments:

  1. Gaya pensyarah Unimas dah ada...

    Best juga main redah dan pandu sendiri... banyak tempat boleh pergi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. wow itu satu pujian. tak sangka ada gaya pensyarah rupanya.
      ya senang je kalau pandu sendiri ni. lebih2 lagi ada waze.

      Delete
  2. tak bergambar pun kat tugu kuching tu.. sebab hujan and nxt day dah tak lalu.. nak kena pegi lagi la maksudnya tu hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. itu tanda kena datang lagi ke kuching lah nampaknya

      Delete
  3. MenARIK LAH TERASA NAK PERGI LAGI KAT sARAWAK..INDAHNYA sARAWAK..sUBAHANALLAH..DAH KE SANA TAHUN NI

    ReplyDelete