Pages

Monday, October 9, 2017

Kad Octopus

Bulan lepas ada trip ke Hong Kong tapi tak sempat nak pulangkan kad Octopus. Siapa yang pernah ke Hong Kong mesti tahu kegunaan kad ini. Kad ini boleh dipakai apabila kita menaiki MTR, bas dan lain-lain. Ia juga boleh dipakai untuk membayar barang di 7Eleven. 

Inilah rupa kad Octopus. 

Ok, di sini aku nak buat tawaran yang menarik kalau ada sesiapa yang ada perancangan ke Hong Kong nanti. Aku akan berikan kad Octopus dengan harga istimewa. Dalam kad ini ada deposit $50 dan baki sedikit. 

Jadi bila sampai di Hong Kong, tak payah lagi nak cari kad Octopus. Masa balik nanti jangan lupa pulangkan balik untuk dapatkan balik deposit kad dan baki yang ada. Jangan jadi macam aku, tak sempat dan terlupa nak pulangkan balik kad Octopus. 

Sila emel kepada aku sekiranya betul-betul berminat. 

Jumpa lagi.

p/s: dapat juga merasa dimsum paling sedap. 

7 comments:

  1. Akak, kalau still available, saya nak book!

    ReplyDelete
  2. SS sempat tuko kad ni... Dapat lah susu pisang dengan FM Disneyland kat Airport tu sebelum balik Malaysia... He He He...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak sempat sebab takut terlepas flight. Dahlah salah turun terminal. Habis masa nak cari terminal yg betul. Uwwaaa

      Delete
    2. Terminal dia beratus gate kan... ha ha ha

      Delete
  3. tunggu mazu update story makan angin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa macam lama lagi nak update. Sabarlah menunggu.

      Delete